Yaya excited sangat nak ke sekolah dari last year lagi... sekarang dah tiba masanya Yaya ke sekolah. Umur Yaya dah 4 tahun so boleh la ke sekolah. Sekolah Yaya di Campbelltown. Dari semalam lagi Yaya dok sibuk suruh aku membuat persiapan untuknya ke sekolah... macam2 Yaya tanya, Yaya nak bawak bekal apa?, nak pakai baju apa?, bag sekolah Yaya mana? dan macam2 lagi. Memang nampak sangat Yaya hepi nak sekolah. Sebaliknya aku pulak yang gabra Yaya nak sekolah... macam2 aku pikir... Yaya tak nangis ke di sekolah? masa main kalau jatuh macam mana? nak makan macam mana? nak buang air macam mana? dan macam2 lagi soalan bermain dipikiran. Risau pulak aku rasa...
Hari pertama nak ke sekolah pagi2 lagi Yaya aku bangunkan... senang je Yaya bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Nampak sangat Yaya hepi untuk ke sekolah. Yaya kan peminat tegar warna pink so semua keperluan sekolah Yaya berwarna pink. Yaya dah cakap awal2 semua benda dia nak warna pink.
Baju tak payah cakap la memang wajib dan mesti warna pink... aku banyak beli baju warna pink untuk Yaya masa di Malaysia hari tu. Kasut pun warna pink... tak boleh warna lain.
Bag sekolah pun sama mesti warna pink dan kalau ada gambar barbie lagi Yaya suka... bag ni dah lama kami beli di Harbour Town tapi simpan untuk Yaya guna ke sekolah.
Rasa sedih dan gembira pulak tengok Yaya nak ke sekolah... dah besar anak mama ni? Mama doakan Yaya dapat belajar dengan baik dan sentiasa selamat semasa berada di sekolah. Semoga anak mama pandai jaga diri yer...
Hari pertama Yaya ke sekolah Yaya cakap hepi sebab dapat main macam2... semuanya benda yang Yaya minat seperti main plastesin, melukis, mewarna dan main puzzle. Mama harap Yaya sentiasa bersemangat dan seronok setiap kali nak ke sekolah dan semasa berada di sekolah. Yang paling penting semoga anak mama pandai jaga diri.
Walaupun Yaya bersekolah sekali seminggu dan cuma 2 jam aku terasa sunyi sangat masa Yaya takde. Aqil pun ke sekolah dan hubby ke Uni. Ye la aku mana pernah berpisah jauh dengan Yaya, memang terasa sangat... biasenya Yaya dok depan mata aku je dan macam2 karenah dia... tiba2 rasa rindu dengan gelagat Yaya. Apa2 pun mama doakan anak mama dapat belajar dengan baik dan hepi di sekolah ye... good luck and mama cayang Yaya dan abang Aqil muahhhhhh...
No comments:
Post a Comment