02 March 2011

lain dari yang lain...

Selepas ke butik pengantin, kedai tudung Fareeda, kedai tudung Pearl Haya dan beberapa butik Wak bawak kami ke The Curve Mutiara Damansara pulak. Kali ni Wak nak belanja kami makan di Marche Restoran. This is the first time aku dan anak2 makan di sini. Bja pun sama. Kalau Wak and his wife Yura memang dah selalu sangat. Ni memang tempat mereka selalu makan dan datang shopping. Kalau aku setakat area Bangi dan Putrajaya je la.

Konsep restoran ni ala2 buffet, kite boleh pilih apa je yang nak makan. Memang banyak kaunter makanan ada kaunter salad, pasta, steak, seafood,vegie, pizza, desset, fruits. Semuanya sedap2. Kaunter air pun sama, macam2 jenis air ada fresh fruit juice, smoothies, ice blended dan macam2 lagi lah. Restoran ni memang menyediakan healthy food... juicenya pun memang pure juicenya sebab tak letak gula langsung.

Bila nak masuk je restoran ni, kite akan diberi Marche Guest Card, so segala apa yang kite nak makan, penjaga kaunter akan tandakan pada guest card tu makanan apa yang kite order (lupa la pulak nak ambil gambar guest card tu). Memang lain dari yang lain la restoran ni. Nak order pun macam takut je... maklum lah tak pernah masuk restoran2 macam ni.

Yaya makan ais krim je...

First time makan sini... nak order pun tak reti, tapi takpa Wak ada... semua Wak orderkan. Malu je kan ketinggalan betul aku ni...

Aqil macam biase la suka makan chicken chop.

Savoury Crepe ni sedap sangat... makan sebelah pun dah kenyang.

Mushroom soup ni pun sedap jugak... makan dengan roti.

Roses tea... macam2 jenis tea ada kat sini. Kite boleh pilih apa aje jenis bunga yang kite nak... Siap ada bunga rose lagi dalam ni... tapi aku tak boleh telan la...

Perut dah kenyang masa untuk Aqil dan Yaya main2 di children corner kejap sebelum balik.

Sempat lagi nak bergambar dengan maskot kedai ni...

Terima kasih Pak Long sebab belanja kami makan hari ni... lain kali boleh la kite datang lagi, kite ajak papa try makan sini mesti papa suka sebab semuanya fresh food. Hubby tak datang sebab ke KL nak beli sesuatu untuk aku.

1 comment:

  1. dulu masa balik kerja, selau jugak singgah makadi sini....mcm berdating berdua la

    ReplyDelete