Sebelum balik Malaysia lagi aku dah buat list barang2 yang akan aku beli dan bawa datang ke Adelaide. Agak panjang berjela jugak list tersebut. Rasanya semua benda aku nak bawak datang ke sini. Bukannya apa di sini kebanyakan semua barang ni ada tapi harganya agak mahal selepas diconvert. Alhamdulillah barang2 yang aku bawak semuanya lepas. Risau jugak kalau ada yang dirampas. Mulutku tak berhenti2 membaca ayat 1000 dinar dan berdoa semoga semua dipermudahkan olehNya.
Kalau ikutkan hubby tak bagi aku bawak barang2 sebanyak ini, tetapi dah dibeli terpaksa la bawak. Hubby terkejut jugak tengok aku membeli barang2 sebanyak ini. Aku pergi membeli semua barang2 ni sendiri dengan anak2 dan Bja tanpa hubby sebab hubby sibuk dengan keje2nya. Jadi peluang ni aku ambil dengan membeli semua barang yang aku nak bawak.
Kalau ikutkan hubby tak bagi aku bawak barang2 sebanyak ini, tetapi dah dibeli terpaksa la bawak. Hubby terkejut jugak tengok aku membeli barang2 sebanyak ini. Aku pergi membeli semua barang2 ni sendiri dengan anak2 dan Bja tanpa hubby sebab hubby sibuk dengan keje2nya. Jadi peluang ni aku ambil dengan membeli semua barang yang aku nak bawak.
Alhamdulillah kastam di airport Perth tak cerewet sangat. Mereka cuma cek gitu2 je. Aku rasa tak sampai 5 minit pun orang tu cek dah settle. Orang kata atas nasib2 jugak, kalau kena yang cerewet habis diperiksanya.
Ikan tenggiri masin dan ikan bilis... ikan tenggiri ni aku bawak 1 paket je sebab risau tak lepas, tengok2 lepas... kalau tahu aku bawak lagi ikan kering jenis lain.
Haahhh... yang ni bekalan yang agak penting iaitu keropok sebabnya kami sekeluarga memang suka makan keropok. Di sini kami tak pernah jumpa pulak kalau2 ada dijual. Kalau ada pun mesti mahallllllll...sebelum ni Aqil dan Yaya merasa makan keropok kalau ada orang bagi je, kali ni tak payah risau mama dah bawak banyak bekalan keropok untuk Aqil dan Yaya.
Barang2 ni pun aku bawak... di Adelaide ni memang ada semua benda alah ni tapi beli di Malaysia lagi murah... benda2 ni yang membuat bag kami berat. Tapi nak buat macam mana keperluan kena la beli.
Ni barang keperluan aku... tak tahu la bertahan sampai balik Malaysia atau tidak, harap2 tahan la. Nak beli di sini tak tahu yang mana sesuai dengan aku... sebab pernah beli tak boleh pakai. Maybe kulit aku tak boleh terima alat make-up sini.
Barang2 ni yang paling penting iaitu bekalan ubat2an, semua ada. Bukannya apa di Adelaide ni kalau sakit demam susah sangat nak jumpa doktor dan kalau jumpa pun asyik suruh makan panadol je. Jadi sekarang aku dah bawa bekalan ubat segala jenis penyakit yang biase kami alami... lepas ni kite makan ubat2 ni je kalau sakit kecuali penyakit lain (mintak jauh, semoga Tuhan kurniakan kami tubuh badan yang sihat sokmo...).
Yang ni rempah ratus... macam2 aku beli. Rasanya cukup kot untuk sepanjang kami berada di sini. Aku bawak banyak sebabnya di Adelaide ni takde rempah-ratus brand ADABI. Brand lain aku tak berapa suka sebab dah biase dengan produk ADABI.
Yang ni pun penting... buku2 untuk Aqil belajar mata pelajaran di Malaysia. Semua subjek hubby beli supaya Aqil tak ketinggalan silibus yang diajar di Malaysia. Hubby akan menjadi cikgu untuk mengajar Aqil dengan berpandukan buku2 ini.
Yang ni memang takde di Adelaide... aku dah cari di kedai2 termasuk kedai India tapi takde jugak. Tanya orang pun semua tak tahu. Jadi kena lah bawak kapur makan ni untuk aku buat kuih dll.
Barang2 keperluan untuk aku membuat kuih... siap dengan acuan sekali. Lepas ni macam2 kuih boleh aku buat antara rajin dengan malas je. Harap2 aku rajin la membuat kuih atau apa2 aje untuk kami sekeluarga maupun untuk kengkawan yang bertandang ke rumah kami.
Sampai ke selotip, plastik alas meja dan plastik letak makanan dll pun aku bawak, melampau betul... macam la takde jual kat sini yer. Peduli apa aku nak bawak... bawak je la, benda2 ni pun banyak kegunaannya terutama time nak shipping nanti.
Bukan saje setakat kami bawak barang2 bersama kami masa datang sini tapi siap ada yang dipos pulak. Lepas 5 hari kami di sini parcel kami yang pertama dah sampai (parcel kedua akan menyusul hehehe...) Makin bertambah la stok kami. Alhamdulillah semua lepas. Bukan apa kami terpaksa pos setengah barang yang aku beli sebab dah terlebih muatan nak bawak naik kapal terbang. Walaupun kos nak pos barang2 ni mencecah RM372 kami tetap pos barang2 ni.
Bukan saje setakat kami bawak barang2 bersama kami masa datang sini tapi siap ada yang dipos pulak. Lepas 5 hari kami di sini parcel kami yang pertama dah sampai (parcel kedua akan menyusul hehehe...) Makin bertambah la stok kami. Alhamdulillah semua lepas. Bukan apa kami terpaksa pos setengah barang yang aku beli sebab dah terlebih muatan nak bawak naik kapal terbang. Walaupun kos nak pos barang2 ni mencecah RM372 kami tetap pos barang2 ni.
Macam tak dibuka pun kotak ni... bagus la kalau tak dibukak takde la aku was2 nak kena basuh barang2 ni.
Lepas mengemas barang2 ni dalam almari rasa macam kedai runcit la pulak sebab banyak sangat sampai tak cukup tempat nak letak. Takpa yang penting kami dapat jimat kos dan tak payah lagi nak beli barang2 ni kat sini. Alhadulillah semua barang yang kami bawak lepas sebab kami bawak barang yang boleh dan yang penting barang2 tersebut dilabel dalam bahasa Inggeris dan lebih baik kalau barang2 yang kite bawak tu telah dibungkus secara komersial.
No comments:
Post a Comment