02 April 2011

Syoknya dapat peti dan makan strawberi yang fresh2....


Dari tahun lepas lagi kami plan nak memetik strawberi. Tapi memandangkan cuaca yang tak mengizinkan kami tak jadi pergi tahun lepas. Tapi kali ni kami berkesempatan pergi memetik strawberi di Beerenberg Farm, Hanhdorf. Memang excited betul, maklum la aku tak pernah memetik strawberi. Malah di Malaysia pun ramai yang merasa memetik strawberi di Cameron Highlands, tapi kami tak pernah berkesempatan lagi ke sana. Sebenarnya aku banyak ketinggalan compare dengan orang lain kalau bab2 bercuti atau makan angin ni.

Akhirnya dapat merasa pengalaman memetik strawberi di negara orang. Takpa di mana2 pun sama... yang penting aku ada pengalaman memetik strawberi.

Aqil dan Yaya pun sama... first time dapat memetik strawberi. Masing2 memang excited... masing2 tak sabar nak memetik strawberi dan nak bertanding sapa yang dapat memetik strawberi paling banyak. Akhirnya dua2 tak larat nak bawak sebab berat.

Tengok tu siap berebut2... takpa la asalkan anak2 mama hepi dengan pengalaman ini.

Walaupun excited nak memetik strawberi2 ni, kami tak petik banyak pun... lagi pun aku sorang je yang suka sangat makan strawberi ni dan lagi satu buah ni cepat buruk kalau tak dimakan cepat2... cuma nak cari pengalaman memetik strawberi je.


Cukup la 2 kg je... untuk memetik strawberi ni orang dewasa dikenakan bayaran $3 seorang dan kanak2 di bawah 14 tahun percuma. Sambil memetik tu kite boleh makan sepuas2nya kalau nak. Tapi nak makan setakat mana sangat... makan banyak2 nanti sakit perut pulak. Untuk buah yang nak dibawa balik harga $9 sekilo. Cukup 2 kg je... ini pun tak tahu berapa lama boleh dihabiskan. Tapi memang rasa best pulak petik strawberi ni... rasanya tahun depan nak datang lagi la...

No comments:

Post a Comment