12 October 2010

Homemake caramel popcorn

Dah lama beli pop corn maker ni di GS, tapi hari ni baru berkesempatan cuba membuat pop corn.

Bahan2 penting untuk membuat pop corn ni sudah semestinya pop corn maker dan biji jagung. Bagus betul la pop corn maker ni... senang je cara menggunakannya. Lepas ni boleh la beli banyak2 di GS dan bagi pada adik-beradik sorang satu. Tapi kalau di Malaysia rajin ke nak buat pop corn sendiri sebab senang je nak beli, mana2 tempat atau kedai ada orang jual. Apa salahnya kalau ada pop corn maker ni boleh make pop corn sendiri lagi bestttttt... dan boleh buat ikut citarasa sendiri.

Memang senang je rupanya nak membuat pop corn kalau ada pop corn maker ni... masuk je biji jagung ke dalamnya, pasang suis dan biarkan. Tak lama kemudian biji jagung tu meletup 'pop'...'pop'... seronok pulak tengok biji jagung tu meletup dan melompat keluar terus ke dalam mangkuk. Yaya siap bersorak lagi he3...

Ini la hasilnya selepas dibubuh caramel... Sebenarnya ikut suka kite nak letak apa, boleh letak hirisan badam, kacang tumbuk, krismis atau apa2 aje la... lain kali nak cuba buat pop corn perasa lain pulak la.

Yummy...... finally Yaya dapat makan pop corn yang mama buat sendiri. Lepas ni kite tak payah beli dah pop corn ye Yaya, kalau nak makan mama buatkan je. Kalau beli kat sini harganya $5... kalau convert RM15 macam sayang duit je kan... tapi kalau nak makan beli jugak.

No comments:

Post a Comment