Semenjak datang sini dah 2 kali Yaya diserang sakit perut. Hari tu siap kena pergi klinik sebab Yaya nangis2 mengadu sakit perut dan berak2... Tanya ma aku di kampung... ma cakap "kalau sakit perut disebabkan cacing kanak2 akan sakit perut dan najis yang kuar busuk". Memang ye pun.... Kali ni Yaya sakit perut tapi tak berak sebab aku terus suruh hubby pergi beli ubat for threadworm di farmasi. Lepas makan ubat tu esoknya Yaya dah tak sakit perut tapi demam pulak. Lepas bagi panadol baru la ok. Aku sangat risau kalau anak2 tak sihat... tak senang duduk dibuatnya. Jadi fobia kalau anak2 tak sihat... Alhamdulillah lepas makan ubat Yaya sihat. Aku kena bagi ubat tu sebulan sekali sehingga habis. Aqil pun aku bagi makan jugak. Kalau di Malaysia 6 bulan sekali kanak2 kena makan ubat cacing. Risau jugak coz orang di farmasi tu cakap kanak2 di sini mudah terkena jangkitan kuman melalui habuk2 yang ada di karpet, tilam, cadar, main pasir/tanah dan jangkitan dari orang lain. Satu lagi kalau jarang mandi dan tak basuh tangan sebelum makan pun mudah terkena. So lepas ni kami perlu mengambil langkah pencengahan. Menurut beliau sebenarnya orang dewasa pun kena makan jugak sekali sekala. So lepas ni ibu2 bapak2 pun kena la makan. Di bawah ni ada info pasal serangan cancing dan pencengahannya yang boleh dikongsi bersama. Cacing Jarum / Cacing Benang Apa itu cacing jarum atau cacing benang Cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang sangat halus berukuran lebih kurang setengah inci panjang dan tinggal didalam usus. Cacing jarum betina keluar dari dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran dengan kulit dubur. Apakah ‘enterobiasis’ ? Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali sebagai ‘enterobiasis’. Suatu penyakit yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak. Bagaimanakah ia berjangkit ? Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telor cacing jarum melalui pakaian tidor, cadar atau persekitaran kediaman kanak-kanak lain yang telah dijangkiti. Apabila telah di jangkiti kanak-kanak akan menggaru dikawasan dubur kerana gatal. Telor-telor cacing jarum akan melekat dicelah-celah kuku. Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna, telur-telur tersebut akan masuk melalui mulut dan menjadi cacing dewasa dan tinggal didalam usus. Bagaimanakah ianya terjadi ?
Komplikasi Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing jarum ?
Bagaimanakah ia di rawat ?
Pencegahan
JANGKITAN CACING GELANG Bagaimanakah ia berjangkit ? Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?
Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing ? Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing ? Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah ?
CACING RAMBU ATAU CACING CAMBUK Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada cirri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup didalam diantara 1-3 tahun. Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia. Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telor dalam masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia. Apakah ‘trichuriasis’? 'Trichurisasis’ ialah jangkitan yang disebabkan oleh cacing rambu atau cacing cambuk. Ia sering berlaku dikalangan kanak-kanak. Bagaimanakah ia berjangkit ? Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Jangkitan teruk ( cacing melebihi 100 -1000 ) kemungkinan di ikuti dengan tanda-tanda dan gejala berikut :-
Apakah bahaya jangkitan cacing rambu atau cacing cambuk ? Bagi kes yang teruk , pucat dan kekeringan berlaku kesan dari cirit birit yang mengandungi darah. Namun jarang berlaku ??? rectal prolapsed ??? (Bahagian akhir usus besar terkeluar) Bagaimanakah anda tahu anak anda di jangkiti cacing rambu atau cacing cambuk ? Apabila anak anda buang air besar dan najisnya mengandungi telur cacing rambu atau cacing cambuk. Ianya boleh dipastikan melalui pemeriksaan mikroskopik keatas najis anak anda. Apakah rawatannya ? Pengambilan ubatan secara oral adalah lebih berkesan. (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari). Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi ). Pencegahan
| ||
Sumber: |
16 October 2010
Cacing oh cacing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment