03 October 2010

Gorge Wildlife Park

Lebih kurang jam 10 pagi kami 5 famili berkonvoi ke Gorge Wildlife Park. Perjalanan pergi terasa amat jauh... ikut kata hubby macam KL nak ke Gua Musang jeee... rupa2nya silap jalan. Takpa yang penting kami selamat sampai.

Dalam perjalanan sempat ambik gambar2 permandangan yang cantik ni. Hilang la rasa bosan masa perjalanan. Risau jugak masa ni sebab Aqil dan Yaya cakap pening2 dan nak muntak. Alhamdulillah semua ok.



Menurut hubby ni ladang anggur...

Biri2...

Aikkkk... mana orang lain, orang Malaysia je ke yang datang sini... takpa la best sikit boleh layan kanggaroo ni puas2.

Yaya takut dengan kanggaroo... fobia lepas kena serang oleh itik masa pergi Botanic Garden.

Masa mula2 sampai ada sesi bergambar dengan koala... apa lagi kami tak lepaskan peluang ni. Bila lagi nak bergambar dengan koala yang cute ni.

Mula2 macam takut dan geli nak pegang koala ni... tapi bila lagikan... nak bergambar, so kena la beranikan diri.

Yang ni aku memang geli... tak sanggup nak pegang, setakat dok tepi boleh la.

Yaya memang taknak dok dekat... just tengok dari jauh je...

Time layan kanggaroo... kenyang la kanggaroo ni sebab semua orang bagi dia makan.

Mula2 kami macam takut tapi lepas tengok kanggaroo ni macam jinak je... baru la berani dekat.

Aqil dengan best friend dia Danish, seronok sekali-sekala dapat kuar jalan sama2.


Yaya ni tak spoting la... nangis pulak takut dengan kanggaroo... mama nak bergambar kejap je, sebenarnya mama pun takut hehehe...

Papa pun bergambar jugak... bila lagikan... rasanya sekali ni je datang sini.

White Kanggaroo... sampai terangkat kaki Yaya takuttttt...

Camel pun ada... boleh pulak binatang ni hidup dengan cuaca sejuk ye...

Yaya asyik nak berdukung je... penat papa dibuatnya.

Cantiknya merak ni... memang tahu kami nak tengok terus mengepak je bulu dia, siap pusing2 lagi... macam orang buat fesyen show lagaknya.

Sebelum balik sempat bergambar kenangan ramai2... agaknya bila la pulak nak datang sini ye, plan nak beli fridge magnetic sebagai tanda datang sini, tapi takde la pulak. Aku memang suka kumpul fridge magnetic kalau pergi mana2 even di Malaysia pun. Nampak gayanya kena cari tempat lain la atau kirim pada sapa2 yang nak datang sini lain kali.

No comments:

Post a Comment