13 March 2011
Majlis Kenduri Aqiqah Perdana
09 March 2011
Selamat sampai rumah
Ayam kampung...
Walaupun makanan di restoran ni agak mahal tapi kami puashati sebab makanannya sedap2 belaka.
Datang kenal2 dulu...
Hari ni famili Azrin datang merisik Bja. Alhamdulillah 2 famili telah berbincang dengan baik untuk menyatukan anak masing2 dan majlis berjalan lancar. Bja dan Azrin orang yang paling hepi hari ni kerana famili Azrin sudah datang ke rumah famili kami bagi membincangkan tarikh perkawinan meraka. Maknanya hari bahagia makin dekat buat mereka.
Kali ini majlis besar seperti ini berlangsung tanpa arwah abah. Aku dan famili terasa dengan ketiadaan abah. Kalau tidak abah lah yang akan menjadi pembaca doa dan jurucakap untuk majlis2 macam ini.
Berselera betul sekali-sekala dapat makan macam ni... tambah2 lagi kalau makan ramai2. Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan tarikh perkahwinan Bja dan Azrin telah ditetapkan pada hari raya ketiga. Kami sekeluarga tak balik sebab nak balik ni banyak kosnya. Apa2 pun aku akan tolong apa yang patut. Bagi Bja mulai sekarang kena la bekerja keras sebab kerja kawin ni banyak pakai duit tambah2 lagi dengan harga barang yang serba mahal sekarang ni. Semoga Tuhan permudahkan segala urusan perkahwinan Bja and Azrin.
Masuk kebun
Dah berapa lama tak jumpa...
07 March 2011
"Yaya dah kolah..".
Yaya excited sangat nak ke sekolah dari last year lagi... sekarang dah tiba masanya Yaya ke sekolah. Umur Yaya dah 4 tahun so boleh la ke sekolah. Sekolah Yaya di Campbelltown. Dari semalam lagi Yaya dok sibuk suruh aku membuat persiapan untuknya ke sekolah... macam2 Yaya tanya, Yaya nak bawak bekal apa?, nak pakai baju apa?, bag sekolah Yaya mana? dan macam2 lagi. Memang nampak sangat Yaya hepi nak sekolah. Sebaliknya aku pulak yang gabra Yaya nak sekolah... macam2 aku pikir... Yaya tak nangis ke di sekolah? masa main kalau jatuh macam mana? nak makan macam mana? nak buang air macam mana? dan macam2 lagi soalan bermain dipikiran. Risau pulak aku rasa...
Walaupun Yaya bersekolah sekali seminggu dan cuma 2 jam aku terasa sunyi sangat masa Yaya takde. Aqil pun ke sekolah dan hubby ke Uni. Ye la aku mana pernah berpisah jauh dengan Yaya, memang terasa sangat... biasenya Yaya dok depan mata aku je dan macam2 karenah dia... tiba2 rasa rindu dengan gelagat Yaya. Apa2 pun mama doakan anak mama dapat belajar dengan baik dan hepi di sekolah ye... good luck and mama cayang Yaya dan abang Aqil muahhhhhh...
06 March 2011
Bekalan dari Malaysia...
Sebelum balik Malaysia lagi aku dah buat list barang2 yang akan aku beli dan bawa datang ke Adelaide. Agak panjang berjela jugak list tersebut. Rasanya semua benda aku nak bawak datang ke sini. Bukannya apa di sini kebanyakan semua barang ni ada tapi harganya agak mahal selepas diconvert. Alhamdulillah barang2 yang aku bawak semuanya lepas. Risau jugak kalau ada yang dirampas. Mulutku tak berhenti2 membaca ayat 1000 dinar dan berdoa semoga semua dipermudahkan olehNya.
Kalau ikutkan hubby tak bagi aku bawak barang2 sebanyak ini, tetapi dah dibeli terpaksa la bawak. Hubby terkejut jugak tengok aku membeli barang2 sebanyak ini. Aku pergi membeli semua barang2 ni sendiri dengan anak2 dan Bja tanpa hubby sebab hubby sibuk dengan keje2nya. Jadi peluang ni aku ambil dengan membeli semua barang yang aku nak bawak.
Kalau ikutkan hubby tak bagi aku bawak barang2 sebanyak ini, tetapi dah dibeli terpaksa la bawak. Hubby terkejut jugak tengok aku membeli barang2 sebanyak ini. Aku pergi membeli semua barang2 ni sendiri dengan anak2 dan Bja tanpa hubby sebab hubby sibuk dengan keje2nya. Jadi peluang ni aku ambil dengan membeli semua barang yang aku nak bawak.
Alhamdulillah kastam di airport Perth tak cerewet sangat. Mereka cuma cek gitu2 je. Aku rasa tak sampai 5 minit pun orang tu cek dah settle. Orang kata atas nasib2 jugak, kalau kena yang cerewet habis diperiksanya.
Bukan saje setakat kami bawak barang2 bersama kami masa datang sini tapi siap ada yang dipos pulak. Lepas 5 hari kami di sini parcel kami yang pertama dah sampai (parcel kedua akan menyusul hehehe...) Makin bertambah la stok kami. Alhamdulillah semua lepas. Bukan apa kami terpaksa pos setengah barang yang aku beli sebab dah terlebih muatan nak bawak naik kapal terbang. Walaupun kos nak pos barang2 ni mencecah RM372 kami tetap pos barang2 ni.
Lepas mengemas barang2 ni dalam almari rasa macam kedai runcit la pulak sebab banyak sangat sampai tak cukup tempat nak letak. Takpa yang penting kami dapat jimat kos dan tak payah lagi nak beli barang2 ni kat sini. Alhadulillah semua barang yang kami bawak lepas sebab kami bawak barang yang boleh dan yang penting barang2 tersebut dilabel dalam bahasa Inggeris dan lebih baik kalau barang2 yang kite bawak tu telah dibungkus secara komersial.
Subscribe to:
Posts (Atom)