22 June 2009

SOGO

Sabtu dalam pukul 11 lebih aku dan Aqil ke Sogo. Kami pergi naik komuter dan tukar naik LRT di Bandar Tasik Selatan dan turun di Bandaraya. Beli baju untuk Aqil dan Yaya. Dalam pukul 2 balik. Semasa pergi orang sesak betul dalam komuter. Masa balik pun sama, tapi nasib baik aku dan Aqil boleh duduk. Hampir pukul 4 baru sampai rumah. Happy Aqil sebab dapat naik LRT. Yaya tak bawa... kalau bawa dia kesian je sebab orang ramai, mesti dia menangis.
Balik aku cuba pakaikan baju Yaya, dua pasang je muat yang 2 lagi kecik... padahal saiz budak 3 tahun. Perut Yaya buncit ketat jeee... terpaksa la aku jual dan beli yang lain untuk Yaya. Frust sebab sepasang tu cantik. Keletihan... lepas Asar tidur.
Ahad dok rumah je mengemas.

19 June 2009

Yaya... Yaya...


Yaya malam tadi tidur lambat... lepas tu selalu sedar... dan pagi pulak bangun awal. Bila la dia nak tidur nyenyak macam budak2 lain. Pagi bangun terus nak mandi... tak reti sejuk betul dia. Lepas tu nak ke pasar nak beli ais-krim. Itu la rutin aku kalau Yaya bangun. Tengahari setiap Jumaat aku kena balik untuk hantar Aqil ke sekolah... sebab jiran aku pergi sembahyang dan Aqil tak nak masuk kelas lewat. Yaya macam biase nak ikut lagi... nak tinggal dia tak sampai hati takut menangis. Yaya pun ikut sama hantar Aqil dan balik kena beli ais-krim dulu kalau tidak dia taknak turun dari kereta. Letih dibuatnya dah la cuaca panas terik. Lepas dapat ais-krim baru ok terus cakap "mama nak pergi kerjakan... meh nak salam, sambil hulur tangan dia pada kau" dan cium aku. Hilang rasa nak marah... comelll ... mama cayang Yaya. (gambar di atas Yaya masa umur 1 tahun lebih).

18 June 2009

Petua

batuk - daun kapal terbang tumbuk + kaput + air -sapu leher


leher hitam - asam limau sapu masa mandi


tumit keras - rendam air suam + asam gelugor


kayap - putik cempedak asah + air - sapu
getah pisang sapu pada kayap, kayap lebih cepat kecut dan tak gatal (aku pernah naik kayap... dah la dalam pantang masa tu, memang menyeksakan pedih panas tau kayap ni)


segar badan - 3 biji limau purut perah dlm. sebaldi air mandi masa subuh


sengat terbuan - bawang putih belah 2 sapu


selsema - minyak kelapa sapu pada ubun2


- hisap cengkih-hingus kering


- kunyit hidup bakar, hiris nipis letak pada dahi selawat.


perut kembung - daun salad atau daun mengkudu salai panas- suam barut pada perut


hitam lutut & siku - sirh sapu kapur + minyak zaitun gosok


bayi sembelit - sarang anai2 +air - sapu & barut perut 3 x 3 mlm.


kencing manis - buah pala muda rebus - minum everyday


ketiak hitam


  • epal buang kulit kisar + 2 titis minyak masak + bedak sejuk. buang sisa sapu minyak, biar 20 minit.

  • kapur + limau nipis - sapu selepas mandi n basuh.



elak uban - santan disapu kepala bungkus semalaman, pagi basuh- seminggu 1x.


payu dara tegang - panaskan minyak sapi, sejukkan sapu biar 15 '.


kulit kedut - parut lobak merah, kuning telur + tepung jagung -setiap hari + basuh dengan air suam.


hilang karat - air limau nipis, garam + air - rendam semalaman.





Mimpi

Banyak benda aku mimpi malam tadi... yang buruk mintak Tuhan jauhkan, Nauzubillah. Yaya pulak banyak kali sedar malam tadi, kejap nak tidur bawah kejap nak tidur buai... geram je rasa...

17 June 2009

Cite hari ni

Apa yeee... pasal keje, pagi takde keje, tengahari baru la bos aku bagi keje. Kena buat memo kepada PCP.

16 June 2009

16 Jun 2004 - 5 tahun sudah pemergian Arwah

Tarikh 16 Jun merupakan tarikh yang tidak akan aku dan keluarga lupakan. Tepat jam 3 petang di HKL anak ke dua kami Muhamad Arfan Iman telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Al-fatihah. Amin.

15 June 2009

Ulang Tahun Kelahiran Anak Aku Arwah MUHAMAD ARFAN IMAN

8.45 pagi 15 Jun 2004 aku selamat melahirkan arwah Muhamad Arfan Iman di HKL, tetapi Tuhan lebih menyayangi anak aku ini. Akan ku kenang saat2 kelahiran dan permergianmu. Kalau Arfan ada umurnya dah 5 tahun. Mama, papa, abang Aqil dan Yaya sayang dan akan sentiasa mengingati Arfan. Al-fatihah.

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - Aku bawa anak2 berjalan di Alamanda. Biase la tempat yang dituju ialah tempat yang jual keperluan Aqil... Aku belikan Aqil alatulis dan di MPH aku belikan Aqil dan Yaya buku. Seronok Aqil dan Yaya memilih buku. Kalau sebelum ini kami selalu pergi dengan abang ke kedai buku... sehinggakan kedai buku di KLCC nunn... Lepas itu kami ke tempat favourite Aqil dan Yaya iaitu McD, seronok diaorang makan dan bermain di situ. Sejak cuti sekolah ni, Aqil tak ke mana2 pun, kesian dia. Kalau abang ada kami selalu berjalan, takpa la kami terpaksa mengubah cara hidup buat sementara abang takde ni.
Ahad - Pagi ke pasar dengan Aqil dan Yaya. Kemudian kami dok rumah je... layan anak2 dan chatting dengan abang.

12 June 2009

Lamanya meeting IWK

Hari ini aku meeting bukan main lama lagi dari 9.30 hingga hampir 12.30, lama betul. Pening dibuatnya. Rehat aku ke pasar tani jumpa Jem. Lepas beli makanan, aku balik makan di ofis.

11 June 2009

Abah call aku

Aku call abah tapi abah tak jawab, lepas tu abah call aku balik. Kesian bunyi suara abah. Abah beritahu, dia tak boleh tidur malam sekarang kerana badan terasa letih. Semoga abah sihat dan Tuhan beri kekuatan kepada abah.

Takde mood je nak buat kerja...

Rasa malas je nak buat kerja... padahal bukan banyak pun, mungkin sebab ramai orang bercuti dan sunyi, aku pun jadi takde mood jeee...

10 June 2009

Mimpi abang malam tadi

Malam tadi aku mimpi abang balik... mungkin aku rindu sangat pada abang sampai terbawa ke dalam tidur. Ngantuk je rasa hari ni sebab Yaya terjaga malam tadi siap suruh pasang tv lagi. Tengok2 Yaya tertidur balik depan tv tu. Hari ni aku bangun lewat... pakai baju yang tak perlu diiron. Keje takde hari ni... tu yang membuatkan aku bertambah mengantuk.

09 June 2009

Kesian abah

Aku call abah hari ini, suara abah lain je macam orang tak bermaya... kalau dulu aku call abah mesti abah jawab dengan suara yang lantang dan happy je. Sedih aku dibuatnya... abah cakap dia letih dan kembung perut. Aku doakan semoga abah kuat semangat melawan penyakit yang dihadapinya sekarang dan semoga abah cepat sembuh serta kembali kepada keadaan seperti sedia kala/dulu. Kami semua mendoakan abah sihat dan sayang abah.

Banyak perkara nak pikir.

Macam2 perkara yang aku kena pikir dan lakukan. Nak urus kan anak-anak, abah yang sedang sakit, kerja dan macam-macam lagi. Semoga Tuhan permudahkan segala urusan aku dan keluarga, jauhi kami dari bahaya, semoga kami semua sihat dan selamat, Amin.

08 June 2009

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - pagi aku dan anak ke pasar, lepas tu lepak kat rumah chatting dengan abang dari pagi sampai la ke malam bersambung. Petang ziarah jiran bersalin.

Ahad - aktiviti membasuh dan mengemas. melayan Aqil dan Yaya. Chatting dengan abang sampai ke malam. Kesian abang sebab kami tak jadi ke sana Julai ni, sebab abah tak sihat. Tak sampai hati nak pergi masa abah tengah sakit niii... kami terpaksa tukar rancangan pergi pada bulan Disember. Moga diizin Tuhan. Amin.

04 June 2009

5S

Hari ni sibuk dengan aktiviti 5S, aku tak buat kerja lain pun.

Ke Kota Bharu

Jumaat aku, Aqil, Yaya, Bja dan Ila ke Kota Bharu... beli kain batik (aku beli dua pasang) dan keropok. Petang ramai datang melawat abah.
Sabtu aku dan anak2 balik Bangi, flight jam 8.40.
Ahad petang ke Billion dengan Aqil, beli barang dapur dan hadiah untuk baby nie.

Jaga abah di wad

Masa di kampung hari tu aku dan ma jaga abah di wad selama 2 hari. Dok hospital ni, kite pun rasa macam sakit sebab dok tengok pesakit yang menghidapi macam2 penyakit. Ada yang ketumbuhan dalam kepala, ada yang tak sedar, ada yang usus dok kat luar, ada yang muka kena gergaji elektrik, ada yang buta, sakit buah pinggang dan macam2 lagi. Takut je rasa... aku doakan dijauhi dari penyakit. Aku jaga siang je... malam giliran wak dan eg. Aqil dan Yaya tinggal dengan MIL. Khamis abah dah boleh kuar hospital, aku dan Bja balik dulu sebab nak cari katil single untuk abah tidur kat rumah (di ruang tamu senang orang nak tengok). Abah nampak happy sebab dapat balik rumah.

03 June 2009

Balik kampung... kesian abah

Hari Isnin lepas, aku datang kerja sekejap je sebab abah call doktor nak jumpa anak2, kanser abah dah stage 4. Dup... bergetar jantung aku. Suara abah macam sedih je. Aku terus call adik- beradik aku beritahu dan kami mengambil keputusan hendak balik kampung. Kesian abah... diberi ujian sebegini oleh Allah. Aku sedih sangat memikirkan keadaan abah. Aku terus balik rumah mengemas apa yang patut. Pergi cari tiket Airasia di warta tapi tak boleh beli sebab sistemnya offline. Tunggu wak belikan. Petang wak call beritahu tiket jam 7.20 di LCCT. Kami semua balik, sampai di airport jam 9.30 malam. Nasib baik Yaya ok je tadi. Ila family dan Bja datang ambik kami. Kami makan di restoran matahari sebelum pergi HUSM. Lepas makan kami ke HUSM. Tak sabar aku nak tengok keadaan abah. Sampai je di dalam wad aku tengok abah dan ma takde kat situ. Rupa2nya ada di tandas, abah nak sembahyang Isyak. Tengok je abah aku jadi sebak, sedih dan terkejut. Abah kurus betul dan tak larat je. Lepas abah sembahyang aku bersalaman dan berpelukan dengan abah sambil menangis. Aku tak dapat tahan lagi aku menangis sepuas2nya. Wak pun sama. kami tak duduk lama situ sebab masa tu bukan waktu melawat. Kami balik rumah ma. Letih...
Selasa - Abah akan dibedah hari ni. Kami pagi2 lagi dah ke HUSM. Aku tinggalkan Aqil dan Yaya di rumah bersama MIL. Kesian nak bawa mereka nanti keletihan. Aku menjaga abah bersama2 ma dan adik-beradik abah yang lain. Ila & anak2 dan Bja tunggu di luar. Aku urut abah... memang kurus betul abah... masa aku urut terasa dan nampak tulang kaki abah. Kesian abah, muka pun nampak cengkung je. Abah tak berselera makan. Dalam pukul 3 petang aku dab Bja balik untuk ambil Aqil dan Yaya. Tak sempat kami ke hospital Ila beritahu abah akan di bawa masuk ke bilik bedah iaitu jam 3 lebih. Aku bercakap menerusi telefon dan beritahu aku doakan abah selamat. Kami cepat2 ke hospital. Berdebar je rasa sepanjang menunggu abah dibedah. Kami semua mendoakan abah selamat. Dalam pukul 5 lebih abah siap menjalani pembedahan. Syukur abah tak di masukkan ke ICU. Kami bergilir2 masuk melihat abah. Abah sedar tetapi masih keletihan kesan dari ubat bius. Kemudian abah di bawa masuk ke wad Intan semula. Kami semua berada di sisi abah masa tu. Kami melihat perut abah yang ditebuk dan dikeluarkan usus... mulai saat itu abah akan buang air besar dari situ. Sedih aku tengok keadaan abah... dan merasakan betapa besar kuasa Tuhan... dan manusia diberi oleh Tuhan mempunyai kepakaran untuk mengubah semua itu. Ramai saudara-mara yang datang. Kami semua mendoakan abah cepat sembuh. Petang kami balik... ma, wak dan eg jaga abah malam tu.

02 June 2009

Lama tak menjengok ke blog aku ni

Lama rasanya tak menjenguk ke blog aku ni. Minggu lepas aku balik kampung tengok abah tak sihat, masuk wad dan abah kena bedah. Aku masuk ofis balik 1 Jun. Kerja pulak banyak... tu yang menghalang aku mencoretkan apa2 di blog aku. Sekarang baru lega, kerja yang diberi semuanya dah settle. Sementara menunggu kerja lain, aku boleh la mencoret... di blog aku ni.