Showing posts with label Tugasan Harian. Show all posts
Showing posts with label Tugasan Harian. Show all posts

12 October 2009

17 June 2009

Cite hari ni

Apa yeee... pasal keje, pagi takde keje, tengahari baru la bos aku bagi keje. Kena buat memo kepada PCP.

12 June 2009

Lamanya meeting IWK

Hari ini aku meeting bukan main lama lagi dari 9.30 hingga hampir 12.30, lama betul. Pening dibuatnya. Rehat aku ke pasar tani jumpa Jem. Lepas beli makanan, aku balik makan di ofis.

11 June 2009

Takde mood je nak buat kerja...

Rasa malas je nak buat kerja... padahal bukan banyak pun, mungkin sebab ramai orang bercuti dan sunyi, aku pun jadi takde mood jeee...

13 May 2009

Keje aku hari ni

Pagi audit 5S... keje di ofis takde yang terkini sebab bos aku EL. Just buat minit mesyuarat IWK.

08 May 2009

Mesyuarat

Hari ini first time aku kena buat semua persiapan untuk mesyuarat, iaitu mesyuarat IWK. Semua berjalan lancar.

28 April 2009

Aku

Hari ini abang hantar aku ke ofis. Amalia ikut sama. Bangun je dari tidur terus cari selipar baru yang aku belikan untuk dia semalam dan cakap nak ikut. Terpaksa la abang bawak dia.

Di ofis aku siapkan semua kerja yang minggu lepas.
Settlekan tentang DEBT- JPA.

23 April 2009

Banyaknya kerja...

Hari ni datang keje abang hantar, sebab abang ada urusan di PJH. Bos aku ke Bintulu, tapi kerja tetap ada yang perlu disiapkan.

14 April 2009

semalam perbincangan mengenai short-team measures to enhance revenue for 2010.

03 April 2009

Lamanya...

Dari pagi sampai tengahari aku ada perbincangan prosedur permohonan dan pengeluaran pinjaman Kerajaan Persekutuan. Letih jugak kalau duduk lama2 ni, rasa nak terbakar dah bontot aku ni... Rehat aku ke Bangi... ke Bintang dan ada urusan di Tabung Haji.

10 March 2009

Cerita hari ini...

Hari ini ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan... ada keje tak la boringgg... dan siapkan isi borang mintak keje.

03 March 2009

Kerja + ngantukkk...

Hari ini aku siapkan maklum balas laporan Ketua Audit Negara 2007. Petang ni bos tak bagi kerja lagi. Mengantuk Tuhan aje yang tahu. Malam tadi Amalia kerap terjaga dari tidur kerana dia demam. Aku pun tak cukup tidur, sebab tu la rasa ngantuk sangat niii...

23 February 2009

Unit baru

Hari ini ada 2/3 kerja yang perlu dilaksanakan. Semuanya dah selesai... petang ini belum lagi dapat apa2 tugasan. Tunggggguuuuu... Hari ini rehat dengan Hajar... kami dok mengadu masalah masing2.

19 February 2009

Parlimen oh Parlimen

Hari ini seharian kena bertugas di tingkat 10, mendengar Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat. Mengantuk Tuhan aje yang tahu... sambil tu aku study untuk exam PTD.

29 January 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kementerian Kewangan

Hari ini En. Zawawi panggil aku, tiba2 aje dia suruh aku hadir mesyuarat JPK menggantikan Adlina yang cuti (EL) hari ini. Mesyuarat itu bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, lamanya kata hati ku. Risau jugak, aku bukannya tahu langsung pasal JPK. Buatnya di tanya macam2 perkara nanti macam mana?. Tapi mesyuarat berjalan lancar, bila pengerusi ajukan soalan aku cakap aku wakil orang dan maklumat yang diminta oleh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian. Nasib baik tiada masalah bagi aku, semua berjalan lancar. Mesyuarat dihadiri oleh wakil setiap bahagian di MOF dan agensi luar seperti Kastam, EPU, ICU, LHDN, LADA, JKR dan lain-lain.

22 January 2009

Mesyuarat 5S

Hari ini aku diwakilkan untuk menghadiri mesyuarat '5S' di BSWP. Ini merupakan kali pertama aku kena pergi mesyuarat di bahagian lain dan berjumpa dengan wakil pegawai dari semua bahagian. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Bukhari atau lebih dikenali sebagai En. Bob. Macam best jugak boleh join this group. Boleh berkenal-kenalan dengan pegawai2 dari bahagian lain. Ada jugak dari pegawai kontrak MOF (yang sudah aku kenal).

21 January 2009

Dah settle satu kerja... just buat memo je. Petang mesyuarat "5S".

20 January 2009

Kerja...

Aku masih dikekalkan di unit pentadbiran kot...senyap aje. Ain PTD baru masuk itu telah ditempatkan di unit Badan Berkanun, menggantikan tempat Munawwir. Aku stay sini je la kot. Bos pun tak kata apa. Pagi tadi dia masih bagi kerja pentadbiran pada aku. Tunggu je la... kalau kena tukar, aku turut perintah je.

14 January 2009

Legaaa...dah siap kerja...kena mintak tandatangan semua pegawai. Macam minggu suaikenal la pulak "junior kena dapatkan tandatangan senior" hehehe...Tengok2 jam dah nak pukul 12.00, cepat je masa hari ni berlalu. Tuuu... lah orang kata, kalau ada kerja kite tak terasa sangat lama dok ofis...kalau yang tak ada kerja tu yang asyik dok kira masa nak balik jeee...aikkkkk macam pernah terasa jeee....

23 December 2008

Dah mula ada kerja...

Pagi tadi dapat dua tugasan. Aku dah siapkan. Lepas rehat ni belum ada apa2 lagi. Layan paper online...Rasa nak pergi shopping je malam ni. Kena tanya hubby setuju atau tak.