Hari ni ada aktiviti gotong-royong... apa lagi kalau bukan untuk 5S. Sekarang peringkat susun la pulak. Semua staf diminta memakai T-shirt 5S. Entah apa yang nak disusun lagi. Tak habis2. Aku kemas tempat aku je, buang apa yang patut. Barang pun tak banyak sebab aku dah bawa balik dan kertas2 yang tak guna/lama aku dah srek sebab aku pun dah nak berhenti, huhuuuu... sedih jugak aku rasa. Banyak kenangan indah di MOF terutama di Seksyen Pinjaman Kerajaan Persekutuan yang takan aku lupakan.
Showing posts with label 5S. Show all posts
Showing posts with label 5S. Show all posts
05 March 2010
02 July 2009
Persijilan 5S
23 June 2009
Pra Audit 5S
Hari ini pra audit 5S di MOF. Semua kelam kabut dok membuat persiapan terakhir. Secara keseluruhan semuanya ok tetapi perlu dilakukan penambahbaikan.
04 June 2009
17 May 2009
06 May 2009
Bosan
Pagi ni aku takde keje, bos pergi meeting di EPU. Untuk hilangkan kebosanan aku sisih apa yang patut. 5S lah katakan!!!.
01 April 2009
Perasmian 5S
Hari ini perasmian 5S oleh KSP. Semua staf berkumpul di dewan untuk menyaksikan dan berikrar untuk majlis perasmian 5S. Semua staf diwajibkan memakai baju 5S. Lepas perasmian KSP melawat semua bahagian termasuklah BPKA. Semua kelam-kabut membuat persiapan terakhir sebelum KSP datang melawat. Termasuk lah aku yang ditugaskan mengurus bilik diskusi 1 dan 2. Aku terkejar2 dok buat tagging dan labeling. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Lepas KSP ke bahagian lain jamuan makan diadakan. Apa lagi kami semua makan jeee... la. Aku antara orang terawal yang makan. Sebenarnya perut tak terasa lapar,tapi disebabkan semua dah nak makan, aku makan jeee... la. Semua lega lepas KSP datang melawat.
Lepas ni aku rasa, kalau staf tak kekalkan atau menambahbaik keadaan akan berselerak balik. Sementara nak sampai hari persijilan 5S nanti tak tahu la macam mana keadaannya. Sama ada bertambah baik, kekal macam sekarang atau berselerak balik. Tungguuu... dan lihattt...
(gambar akan dimasukkan kemudian)
31 March 2009
busy dengan 5S

Semua bahagian sibuk dengan 5S sekarang sehinggakan kerja2 hakiki tak buat. Memadangkan KSP akan melawat ke semua bahagian, masing2 sibuk melakukan aktiviti 5S. SBK pagi2 lagi dah bising menyuruh staf membuat itu ini. Bahagian aku dari hari Sabtu lagi dok melakukan aktiviti 5S ini. Letih jugak dibuatnya... rasa bengak labu betis aku ni.
Rehat semalam abang datang ambik aku dan kami pergi makan di Penang Village, Alamanda. Sekali-sekala makan berdua2an.
29 March 2009
5S
Masing2 sibuk menyusun partition... bersepah2... macam orang pindah rumah baru.
Aku pun kena berpindah ke bilik lain. Nasib baik barang2 aku tak banyak.
Aktiviti sisih (sampai terkangkang2 dibuatnya...hehehe...)
Hari Sabtu semua staf BPKA diwajibkan datang ofis untuk melakukan aktiviti 5S. Aku pergi pada pukul 9.00 pagi dan kemudian balik pada jam 3 lebih. Letih jugak dibuatnya... balik rumah, lepas sembahyang tertidur kejap. Malam tengok AF pun tak habis, letih... sampai tertidur. Bangun sembahyang Isyak pada pukul 1.15 pagi. Di atas semua gambar sebelum 5S. Gambar selepas 5S... tunggguuu...
26 March 2009
5S
Pagi ini aku busy dok buat laporan audit 5S. Staf2 di bahagian aku pun masing2 bersemangat nak menjayakan amalan 5S ini. Dengar2 kabar kami semua kena datang Sabtu dan Ahad ini untuk mengemas dll. Aku tak tahu lagi nak datang atau tidak. Ahad memang aku tak dapat datang sebab ada kelas membuat coklat.
24 March 2009
19 March 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
