28 September 2009

Hari Raya Aidilfitri

Happy family

Cayang anak2 mama

I luv my family

Kami bersama ma (kalau sebelum ni arwah abah ada sama)

Aqil dan Yaya tak sabar nak beraya

Mama... Yaya pun nak duit raya!!!

Aqil pun sama... nak duit raya jugak

Juadah di pagi raya.

Berselera nampak!!!

Yaya nak simpan duit raya dalam bag yang papa beli di OZ

Aqil dan Yaya bersama sepupu2 mereka.

Kubur arwah abah.

Pagi raya kami awal2 pagi dah bangun untuk bersiap untuk beraya... ma masak lontong dan Ila beli sate (dalam sejarah Ila beli sate, pukul 2 pagi baru dapat). Lepas sembahyang raya kami makan, bergambar dan bermaaf2an. Bagi anak2 semua gembira sebab dapat duit raya. Aku tidak ketinggalan memberi duit raya kepada anak2 sedara. Suasana macam ini memang seronok.

Lepas itu kami konvoi balik ke kampung dan pergi ke pusara abah. Sedih pulak terasa dan terbayang saat2 abah ada semasa hari raya sebelum2 ini. Kemudian kami beraya ke rumah sanak-sedara. Petang kami baru balik ke rumah. Malam kami pulang ke rumah abang. Lepas makan terus tido... keletihan.

Hari membuat ketupat

Juadah berbuka hari last puasa

Abang orang paling tak sabar nak berbuka... nak makan budu, di OZ takde.

Berbuka ramai2.

Abang memang berselera makan.

Licin... Alhamdullilah kenyang!!!

Sehari sebelum raya kami sibuk membuat persiapan. Aku ikut ma pergi beli barang di pasar Peringat dan pasar Pasir Tumbuh. Hari ni kami berbuka sama2... seronok sangat dapat berkumpul bersama2 dan dapat makan makanan yang tiada dijual di Bangi. Abang lagi la suka sebab dapat bersama keluarga dan makan makanan yang memang susah nak dapat di Adelaide. Abang pesan kat aku beli macam2 masa aku ke param siang tadi. Lepas berbuka kami sama2 mengemas, iron baju dan macam2 lagi. Aqil dan Yaya pun happy sangat sebab dapat bermain bungapi dengan sepupu2 dia orang.

Abang pulang








Yaya tergamam tengok papa ada depan mata "macam tak percaya je..."

Pada hari Jumaat 17 September abang sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 11 malam... kami tak sabar menanti kepulangan abang. Bunyi je kereta di depan rumah kami semua menuju ke pintu. Aqil dengan perasaan gembiranya menjerit " ye... ye... papa balik2" dan terus berlari keluar pagar memeluk papanya... terharu pulak aku tengoknya. Yaya pulak macam tergamam, dia sebut papa! papa!.. sampai aje papa depan pintu Yaya terus terdiam tak terkata apa2, dia dok perhatikan papanya, mungkin Yaya terkejut tiba2 papanya ada depan mata. Yaya mengambil masa yang lama jugak untuk mendekati papanya. Aku terkejut tengok abang sebab terlalu kurus... dah takde perut abang yang buncit tuuu... abang menangis kerana terlalu gembira. Aku pun sama rasa sedih bercampur gembira sebab lama berpisah.

Sampai2 je abang terus membahagi2kan barang2 yang dibelinya untuk kami dan sanak- sedara. Jiran2 yang rapat dengan kami pun datang berjumpa abang. Padahal hal dah nak dekat pukul 1 pagi masa tu. Jiran2 aku memang baik2. Lepas tu abang dan sepupunya masukkan barang2 yang hendak dibawa balik ke kampung ke dalam kereta.

Kami tido sekejap aje malam tu, dalam pukul 3.30 pagi kami dah bangun untuk bersahur dan dalam pukul 4 pagi kami bertolak balik kampung. Oooooo balik kampung! best je rasa... dalam perjalanan abang2 dok bercerite keadaan dan suasana di Adelaide. Kami berhenti sembahyang subuh di Raub. Aqil dan Yaya happy sangat sebab papa mereka ada sama untuk pulang ke kampung. Kami sampai di kampung jam 10.30 pagi. Happy dapat berjumpa ahli keluarga.

Petang kami semua pulang ke kampung arwah abah kerana majlis kenduri tahlil (hari ke 40 abah meninggal) diadakan di sana iaitu di rumah tempat abah menghembuskan nafasnya. Kalau ikutkan 15 September tetapi ma nak tunggu semua anak2 balik dulu. Jadi majlis diadakan hari itu. Wak seorang je takde hari tu. Semua sedara-mara ada. kemudian kami sembahyang terawih beramai2 (aku tak sebab dah beraya he3...). Selepas semua selesai kami pulang ke rumah masing2.

17 September 2009

Persiapan Raya




Tahun ni aku tak buat kuih raya pun... just beli je, itu pun sikit je. Biasanya kalau hari raya biskut aku tak suka makan sangat, aku lebih suka makan makanan yang berat2 terutamanya ketupat pulut/ (suka yang ma aku buat sendiri) nasi/lemang dengan rendang, lontong & sate berserta nasi himpit. emmm... sedapnya... Lontong memang makanan rasmi keluarga aku, raya pertama tiap2 tahun mesti buat, arwah abah memang suka makan lontong. Takde lontong macam tak sah je. Antara kuih raya yang aku beli tahun ni ialah rempeyek, semperit (dah nak habis tak sempat raya kot), biskut alamanda, biskut shortbread, biskut kelapa, batang buruk (Johor mari), buah rotan, kuih siput dan kek gula hangus. Biskut kegemaran aku sebenarnya tart nenas tapi tak tahu nak beli dengan siapa yang betul2 sedap... kalau tahun lepas aku beli dengan Jem, tart nenas CNI. Tahun ni makan yang adik aku beli je la nampaknya.

Baju raya pulak, aku lebih utamakan untuk Aqil dan Yaya. Aku beli separuh dan yang selebihnya abang beli di Australia. Tema tahun ni MERAH.

Salam Lebaran



Raya tahun ni pastinya aku dan keluarga akan terasa sedih dan lain sebab abah dah tiada. Al-fatihah. Pagi raya biasanya selepas arwah balik dari kerja terus kejutkan cucu2nya suruh bangun untuk mandi. Kemudian arwah akan bersiap sedia untuk pergi sembahyang. Balik sembahyang kami akan makan ramai2, lepas tu bersalaman untuk bermaaf2an dan bergambar beramai2. Kenangan ini masih segar dalam ingatan aku.

Raya kali ini sudah pastinya aku dan keluarga akan pulang ke kampung arwah abah dan terus ke kubur arwah selepas sembahyang raya. Semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Ma mesti orang yang paling sedih... semoga ma tabah menghadapi dugaan Allah ini. Kami adik-beradik akan sentiasa memastikan ma sentiasa sihat dan bahagia.
Aku rasa gembira sebab abang akan balik hari ini untuk sama2 beraya di kampung. Semoga abang selamat sampai. Aqil dan Yaya dah tak sabar menanti kepulangan abang. Abang akan bertolak dari Adelaide pada pukul 3 petang ini dan dijangka sampai jam 9 malam ini di KLIA. Esok dalam pukul 4 pagi kami akan bertolak balik kampung. Semoga semua perancangan berjalan lancar, selamat dan dipermudahkan oleh Allah. Amin. Ini gambar kenangan raya tahun 2007.

16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI


Udara dingin hening pagi

Tabuh bising mulakan hari

Aidilfitri menjelma lagi

Masing-masing pakai berseri

Aidilfitri hari kemaafan

Menghapus kesalahan sesama insan

Memupuk perpaduan sesama ehsan

Mengikat tali keakrapan

Lapar puasa terketar-ketar

Bila berbuka lega rasanya

Kad raya tak sempat nak hantar

Kiriman ucapan menerusi blog ni pun dah kira grand lah ye..!

Buat semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan dan

MAAF ZAHIR BATIN.
semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung!!!

15 September 2009

Hari ke-40

Hari ini (150909) hari ke-40 arwah abah kembali ke rahmatullah. semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Al-fatihah...

09 September 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 9

Hari ini HaRi ULAnG TaHuN PeRKaHwinaN aku dan abang. Aku berkahwin pada 9.9.01. Kali ini ulang tahun yang ke-9. semoga rumahtangga kami bahagia, diberkati dan dirahmati Allah. Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.
Hari ini jugak hari ulangtahun perkahwinan ila dan pasangan & eg dan pasangan. semoga keluarga kami masing2 bahagia dan diberkati oleh Allah sokmo.

biase kami akan celebrate sama2, tapi hubby takde tahun niii... just wish je laaa...

07 September 2009

Kepulangan abang dinanti2kan.

Tak sabarnya rasa...

Ye... ye... lagi seminggu abang nak balik. Tak sabar rasanya menanti 15 September, Selasa depan kerana abang akan balik dari OZ. Aku, anak2 dan abang sama2 dok membilang hari jeee... Semoga abang selamat sampai.

Pelbagai rancangan bermain dipikiran selepas abang balik nanti... masak untuk abang dan berbuka bersama2, nak pergi pasar Ramadhan sama2, pergi shopping bersama, makan kat luar sama2 dan macam2 lagi dan yang paling penting dapat BERAYA bersama2. uuuhhh... tak sabar rasanya.

31 August 2009

Aktiviti hujung minggu

aktiviti aku macam biase laaa... mengemas, membasuh dan melayan anak-anak. petang ke PARAM... beli ala kadar je.
dok menghitung hari abang nak balik. tak sabar tunggu abang balik.
Hari Merdeka pun dok rumah jeee... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52, "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" MERDEKA...MERDEKA...

28 August 2009

Pasar Ramadhan (PARAM)








menu kami sekeluarga semalam, gulai ketam masak sendiri

Semenjak bulan Ramadhan ni boleh di katakan tiap2 hari aku ke param, hanya sekali kalau tak silap aku tak pergi. semalam aku pergi param BBB, meriah betul. aku round2 semua gerai, akhirnya jumpa makcik yang jual gulai lemak cili api... istimewanya makciknya dia menjual semua gulai lemak cili api termasuk la ketam, pucuk ubi kayu, daging salai, ayam, ikan2, rebung dan macam2 lagi. aku memang sejak dulu selalu beli gulai makcik ni, abang pun suka, sedappp... sesiapa nak cuba jom la ke param BBB.

Tengok makanan rasa semua nak beli tapi aku beli mentabak, ayam goreng, gulai daging salai, agar2 + otak2 (utk. Aqil dan Yaya) dan air kelapa jeee... Best tengok orang berniaga... laku walaupun hari hujan orang tetap ramai.

Hari ni aku dah berpuase, nak makan apa ye berbuka nanti? awalnya dah fikir nak makan apa? tengok la apa yang berkenan dihati masa pergi param petang nanti.

25 August 2009

24 August 2009

Perkara wajib puasa

Sekadar sebagai tazkirah atau peringatan, berikut disenaraikan secara am dan ringkas, perkara-perkara wajib, sunat dan penyempurnaan puasa bulan Ramadan sebagai amalan khusus bulan ini.
Perkara wajib puasa:
i. Mengetahui permulaan Ramadan.
ii. Berniat pada setiap malam Ramadan
iii. Menahan diri daripada makan dan minum, jimak, mengeluarkan mani atau muntah dengan sengaja pada siang hari.

Perkara sunat puasa:
i. Bersahur.
ii. Melambat-lambatkan sahur.
iii. Menyegerakan berbuka.
iv. Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari.
v. Membanyakkan sedekah dan meluaskan belanja bagi keluarga serta menggandakan amalan kebajikan yang lain.
vi. Membanyakkan tadarus al-Quran.
vii. Memperbanyakkan iktikaf di dalam masjid.


Selain perkara-perkara asas di atas, kita juga diajar melalui perantaraan para ulama untuk menjaga perkara-perkara yang menyempurnakan puasa kita, moga-moga kita beroleh puasa ahli Khawas iaitu puasa mereka yang soleh dan bertakwa. Antara perkara itu adalah:

i. Menunduk dan memejamkan mata dari perkara yang tidak sepatutnya.
ii. Memelihara lidah daripada perkataan yang haram dan sia-sia.
iii. Memelihara telinga daripada benda-benda yang haram, makruh dan sia-sia.
iv. Menjaga tangan, kaki dan anggotanya yang lain daripada perkara yang haram, makruh dan sia-sia.
v. Menjaga perutnya ketika berbuka daripada benda-benda yang haram atau syubhat.
vi. Tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal apabila berbuka.
vii. Sentiasa merasa khauf (takut) kiranya puasanya tidak diterima Allah SWT dan raja' (harap) agar-agar Allah SWT menerima puasanya.


Begitulah tujuh perkara yang boleh menyempurnakan lagi puasa kita walaupun ada lagi diriwayatkan pelbagai amalan mereka yang lebih tinggi martabatnya di sisi Tuhan seperti menahan diri daripada apa-apa keinginan dan keasyikan duniawi serta mengosongkan diri dari memikirkan selain daripada Allah SWT dan Akhirat sebagai sebahagian daripada puasa Ramadan.Marilah kita bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh memburu rahmat dan keampunan Allah di bulan Ramadan ini dengan memelihara segala hak dan adab-adabnya, semoga Allah SWT memperkenankan dan mengizinkan. Amin Ya Rabbal 'alamin, Ramadan Karim! Kullu 'aam wa antum bi khayr.

Puasa tanpa abang


Tahun ni rasa tak happy je... puasa mungkin sebab abang takde disisi dan aku rasa lain sebab tahun ni abah takde. Walaupun kalau arwah abah ada, abah berada di kampung, keadaan dah terasa lain je... telefon Ila dan Bja... mereka pun terasa lain dan teringat saat2 berpuasa, bersahur dan berbuka bersama arwah abah. Kami kena membiasekan diri.


Juadah berbuka pun aku beli satu atau dua jenis je sebab takut tak habis, biase abang yang akan perhabiskan makanan. sekarang berbuka pun tak berhidang just ambil makanan dan makan di luar sambil layan Aqil dan Yaya. Kalau abang ada aku sibuk menghidangkan makanan untuk kami sekeluarga. Sahur... lagi takde mood. Aku memang dari dulu tak suka bangun sahur... kalau bangun pun minum dan makan biskut atau roti jeee... nak makan nasi tak lalu jeee...


Puase tahun ni tak meriah... aku kena membiasekan diri. Aqil dan Yaya menjadi teman suka dan duka aku. Aku tahu abang pun menghadapi masalah yang sama. Kami terpaksa mengharunginya walaupun pahit untuk ditelan. "alah bisa tengal biase".

18 August 2009

SELAMAT BERPUASA

KEPADA SEMUA YANG BERKUNJUNG KE BLOG INI MAAF DIPINTA KIRANYA ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG PERKENALAN KITE. DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK. SEMOGA KITE DAPAT MENINGKATKAN AMAL IBADAT DAN DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T. DI BULAN YANG MULIA INI. AMIN.
(tiba2 perasaan aku jadi sayu dan sedih jeee... nak menangis je rasa)

13 August 2009

7 Ogos 2009 abah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah. Amin

Akhirnya perkara yang dijangkakan telah berlaku. Tuhan telah mengambil nyawa abah pada jam 3.25 petang, hari Jumaat. Abah selamat dikebumikan di perkuburan Kg. Canggal pada pukul 10 lebih (malam). semuanya berjalan dengan lancar. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah, mengampunkan dosa2 abah dan semoga abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

04 August 2009

Hidup sebagai hamba Mu

Selagi hidup pelbagai dugaan harus ditempuhi. Aku sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan bertawakal.

03 August 2009

Sukan Sekolah Al-Irsyad




















Hari ini sekolah agama Aqil mengadakan sukan tahunan, sukan tersebut diadakan dipadang SRK BBB Jalan 2. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Nasib baik hari ini cuaca mendung, jadi kanak2 dapat bermain dengan gembira. Yaya pun tumpang bermain sama2. Aqil menyertai acara lari berhalangan dan telah mendapat tempat pertama. Happy dia kerana dapat hadiah. Aku pun dapat hadiah cabutan bertuah.

02 August 2009

Pesta Flora 2009














Petang semalam aku dan anak2 ke pesta flora di Putrajaya. Kami pergi dah lewat petang... jadi kejap je la kami berada di situ. Aqil dan Yaya happy dapat jalan2, mereka berdua tak berapa suka tengok bunga2 tetapi lebih excited tengok belon panas. Kalau ada papakan best boleh jadi jurugambar kami, hehehe...

30 July 2009

Teringat masa abah sihat



Abah aku berumur 63 tahun, seorang yang garang tetapi abah peramah, baik hati dan suka buat lawak. Kalau tengok keadaan abah sekarang memang jauh beza. Aku sedih sangat tengok keadaan abah sekarang. Kalau dulu, masa aku call abah mesti abah cepat2 jawab dengan semangat dan gembira " assalammualaikum kak... ada apa ni telefon?" tetapi kalau sekarang dengan suara yang tak bermaya, perlahan dan dan kadang2 suara tak jelas yang menyambut panggilan aku. Sedih sangat!!!.

Abah aku ni suka pelihara burung dan ayam. Aktiviti ini abah suka sejak zaman abah jadi askar lagi hingga la sekarang. abah suka pergi memikat ayam dan burung, masa sihat abah sibuk dengan memberi makanan burung2 dan ayam2 ternakannya. Abah sanggup berhabis kerana hobinya ini. Abah jugak telah memenangi banyak pertandingan. Kalau tengok rumah aku dulu penuh dengan sangkar2 burung tetapi sekarang burung yang ada pun, ada yang dah mati kerana kelaparan, ayam tiada yang menjaganya siap kena curi lagi dan ada setengahnya abah dah bagi pada orang. Selain abah tiada yang berminat. sebenarnya kami tak suka abah pelihara ayam dan burung tetapi nak buat macam mana itu la hobi abah.

Zaman askar dulu abah adalah anggota MP (militry police). Abah pencen masa berpangkat sarjan. Abah garang kalau aku ingat masa muda2 dulu. Kami adik-beradik pun takut dengan abah. Nak apa2 mesti melalui ma. Ma banyak bersabar dengan abah. Aku respek ma. Rindu pulak aku pada saat itu.

Sekarang abah terlantar aje di atas tilam... tak boleh bangun, malah duduk pun. Abah terpaksa pakai pampers dah sekarang. Sentiasa berulang-alik ke hospital dan berubat kampung. Ya Allah sedihnya... semoga Allah tabahkan hati abah dan kami semua. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi sokongan dan mengubati penyakit abah.

Masa aku pregnant abah la orang yang paling sibuk menyediakan makanan yang aku idamkan seperti burung merpati putih goreng, nasi ayam kukus (beli di tempat kerja abah di Kota Bharu), air kelapa dan banyak lagi. Abah akan cuba memenuhi permintaan anak2nya. Satu lagi yang aku tak akan lupakan abah selalu menghantar kami ke sekolah dan mengambil kami di sekolah. Abah tak benarkan kami menaiki bas atau lain2 kenderaan. Abah sanggup bersusah-payah. Teringat lagi aku pada masa tuuu... terima kasih abah.

Kalau masa aku takut apa2 seperti katak, tikus atau apa2 aje... orang pertama yang aku akan panggil ialah abah. Baru2 ni pun masa balik kampung adik ipar aku menjerit dan melompat ke atas kerusi sebab takut katak... aku pun sama2 spontan menjerit dan lompat naik ke atas kerusi, padahal aku tak tahu pun katak atau apa masa tu. Tiba2 aku menjerit panggil abah... abah... sedangkan abah terlantar sakit di ruang tamu. Sekali ingat nak tergelak tetapi kalau ingat balik sedih pun ada sebab abah dah tak terdaya nak menolong aku. Wak yang datang membuang katak tersebut.

Satu lagi zaman ma dan abah berniaga... best je kalau ingat balik zaman tu, aku adik-beradik kecik2 lagi. Masa aku dah berumah tangga ni pun abah dan ma sempat berniaga. Aku ku kenang saat indah itu.

Abah suka buat lawak... ingat lagi di HUSM abah sempat buat lawak dengan pesakit yang ada ketumbuhan dalam otak. Pesakit itu terpaksa dicukur kepala hingga botak, ditanda dan di letak alat (alat tu bulat macam kancing baju). Doktor letak sebagai tanda untuk pembedahan. Pesakit tu baru lepas SPM, budak tu kata malu la pakcik kepala macam ni. Abah jawab " malu apanya susah nak cari kepala orang lain mana yang ada macam ni, kecuali orang yang bermain gusti". Kami semua tergelak masa tu. Banyak lagi lawak2 abah... rindunyaaa... uuhuuu!!!. salah satu masa lalu kubur abah kata kenapa nak takut sebab kat kubur ramai orang.

Abah seorang yang suka budak2, abah sangat rapat dengan cucu2nya. cucu yang paling rapat ialah Risya dan Syira sebab dia orang dok dekat. abah sayang cucu2nya lebih dari sayang anak2nya. ma cakap masa kami kecik2 dulu abah la orang yang pertama akan mengambil tindakan kalau anak2nya nangis seperti jaga malam dan membuat susu. sekarang aku tengok pada cucu2nya pun abah buat perkara yang sama, kalau cucu2nya menangis abah akan cepat2 bagi respon dan suruh kami buat itu ini dengan cepat. lagi satu abah tak suka dengar budak2 menangis.

Abah seorang yang tegas dan garang kalau tak kena caranya. Ingat dulu2 kami selalu jugak kena marah. kalau anak2 lelaki selalu kena pukul (masa dah besar2 la). takpa untuk kebaikan kami jugak.

walau macam mana pun kami sayang abah dan kami sentiasa mendoakan abah cepat sembuh. banyak kenangan kami bersama abah dan semuanya kenangan indah dan kami tidak akan lupakan. KAMI SAYANG ABAH. Al-fatihah.

29 July 2009

Layan anak-anak

Malam tadi bawa Aqil dan Yaya makan di McD BBB, happy dia orang dapat keluar. Yaya menangis sebelum Maghrib lagi nak pergi jalan2 dia cakap. Jadi terpaksa la bawa dia orang walaupun aku rasa penat dan sengugut (sikit2 je).

28 July 2009

Balik kampung... tengok abah.

Jumaat lepas aku balik kampung tengok keadaan abah. Kesian betul aku tengok abah makin kurus dan sekarang dah tak boleh bangun. Duduk pun tak boleh. Ya Allah besar betul dugaan yang terpaksa abah hadapi. Kami adik-beradik bergilir2 menjaga abah. Abah hendak orang urutnya setiap masa. Masalah abah sekarang dia selalu tak boleh bernafas.
Pada hari Ahad abah nak balik kampung, abah kata dia nak mati di kampung. Sedih aku tengok keadaan abah. Di kampung keadaan abah makin teruk selepas pulang dari klinik. Nafas abah tersekat dan dah nampak macam nazak, kami semua kesian tengok keadaan abah. Aku tak sanggup nak tengok abah masa tu. Kami semua pakat membaca surah yassin dan mengajar abah mengucap. Abah pun baca sama, abah memang dah hafal yassin. Aku sedih betul tengok abah baca yassin dalam keadaan dia sakit macam tu. Tuhan aje yang tahu kami semua menangis tengok abah. Aku membaca yassin sambil menggosok abah. Abah membaca yassin sehingga habis. Lepas habis baca yassin keadaan abah ok, abah boleh tido. Petang keadaan abah ok dan boleh berbual dengan kami. Aku dan EG bercadang balik KL lepas Asar tetapi memandangkan keadaan abah macam tu kami bercadang bertolak lewat malam.
Lewat malam kami bertolak ke KL. Aku salam dan mencium dahi abah, aku beritahu abah aku akan balik pulak nanti. Aku terpaksa balik Bangi sebab Aqil dan Yaya aku tak bawa balik kali ni. Abah cakap Insya Allah. Kalau ikutkan aku tak sampai hati nak tinggalkan abah dalam keadaan macam tu tapi terpaksa. Di kampung ramai adik-beradik abah yang boleh tolong bergilir2 menjaga abah. Dalam perjalanan yang tidak sampai setengah jam aku terima sms dari Ila yang menyatakan abah nak ke hospital sebab tak boleh bernafas. Kami membuat keputusan tunggu dulu di sebuah kedai kopi untuk mengetahui keadaan abah macam mana. Selepas mendapat tahu keadaan abah macam biase aje... kami bertolak ke KL. Abah dimasukkan ke wad di hospital Pasir Puteh.
Dalam perjalanan aku rasa takut sebab kereta tak banyak. Kami pulak semuanya dalam keletihan. EG berhenti 2 kali untuk tidur dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kami sampai Shah Alam pada pukul 11 pagi. Aku drive sendiri pulang ke Bangi. Aku EL hari ini.
Semoga abah tabah menghadapi dugaan Allah dan semoga abah cepat sembuh. Amin.

22 July 2009

Belajar mengedit gambar, best jugak...












Ini lah antara gambar yang aku baru belajar edit.

20 July 2009

Tahniah buat abang kerana telah berjaya untuk langkah pertama 'Selamat Belajar dan Semoga Berjaya'.

Tahniahhhhhhhhh!!!...

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - Pagi aku membasuh dan mencuci kereta. Aqil dan Yaya tolong sama. Lepas itu aku bawa Aqil dan Yaya breakfast di kopitium. Lepas itu kami ke Alamanda. Happy Aqil dan Yaya dapat jalan2 dan makan2, sampai tak nak balik. Hampir pukul 2 baru kami balik. Sampai rumah Yaya menangis tak nak masuk, nak pergi Alamanda... nak pergi Alamanda... dia cakap. Tak puas lagi dia berjalan. Lepas aku pujuk baru la dia ok dan terus tidur.


Ahad - kami ke pasar. Petang aku dan Aqil ke Warta dan Billion.

16 July 2009

Semoga abah selamat dan cepat sembuh

Abah mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini. Semalam tebuk untuk keluarkan air di paru2 dan hari ini di perut pulak. Aku berdoa agar abah selamat dan sembuh. Paling penting dapat bernafas dengan selesa. Kesian abah, hanya berdoa dan beri sokongan yang aku mampu lakukan. Aku kena cari masa yang sesuai untuk balik ke kampung.

13 July 2009

Mula keje...

Hari ni aku mula bekerja setelah seminggu bercuti. Cuti balik kampung tengok abah 2 hari je tetapi selepas balik dari kampung aku dan anak2 tak sihat, terpaksa la MC. Betapa susahnya aku rasa masa kita tak sihat dan suami pulak tiada disisi. Mana nak layan diri yang tengah sakit dan nak layan anak2 yang memerlukan perhatian kite masa diorang tengah sakit. Susahnya... Tuhan aje yang tahu. Nak ke klinik kena gagahkan diri bawa anak2. Dah la tiga hari berturut2 ke klinik. Dugaan betul... tetapi Alhamdulillah semua dah kembali sihat.
Untuk Abah aku doakan abah tabah menghadapi dugaan daripada Allah dan diharapkan abah bersabar dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit kanser usus itu. Semoga abah cepat sembuh.
Untuk abang di Adelaide semoga abang sihat dan menjaga kesihatan dengan baik. Susah nanti kalau sakit seorang diri kat sana.

02 July 2009

Persijilan 5S


Akhirnya MOF berjaya mendapat Persijilan 5S tetapi majlis resmi belum dibuat lagi. MOF mendapat markah 81 lebih. Di atas usaha semua pihak MOF berjaya mendapatkan Persijilan ini. Legaaaa... tetapi kena mantain dan sentiasa amal (5S ke lima) la, jangan hangat2 tahi ayam je.

30 June 2009

Aqil ooo... Aqil

Ini kisah Aqil pulak sejak 2/3 hari ni dia tak bawa balik duit belanja. Aku bagi di RM1 untuk bawa pergi sekolah. Tapi sebelum2 ni Aqil akan bawa balik RM1 jugak sebab dia tak membeli di sekolah. Tapi sejak kebelakangan ni dia tak bawa balik duit tu. Aku tanya dia kata beli alatulis, ok la. Aku tengok ada pemadam dan pembaris dia beli. Tapi semalam tangan dia ada luka2, aku tanya... dia cakap dia jatuh masa orang dok tolak2. Tanya duit mana, dia kata ada budak darjah 3 mintak duit masa rehat, dia bagi la... aku rasa pelik dah. Aku terpikir ada orang buli Aqil ke di sekolah? Tanya sekali lagi dia kata takde laaa... dia membeli. Yang mana satu Aqil ni?. Risau aku dibuatnya. Cerita pada abang hal ini, abang pun turut risau kalau la betul Aqil dibuli di sekolah. Abang tanya Aqil dia jawab benda yang sama... kejap gitu... kejap gini.... Aku ingat nak ke sekolah dia time rehat, nak pergi intai apa sebenarnya?.
Macam2 perkara la, dah la abang takde. Aku nak pikir pasal abah lagi, Aqil lagi, pasal nak pergi OZ lagi dll. huuu... Ya Tuhan tabahkan lah hati hambaMu ini. Amin.

28 June 2009

aktiviti hujung minggu

Sabtu - pagi aku dan Aqil ke sekolah Aqil kerana ada majlis mesra ibu bapa dengan penghuni SRK Jalan 2. Selepas jumpa guru kelas Aqil kami beli buku dan terus ke Mydin untuk beli barang dapur. Balik singgah kedai borong di Sg. Tangkas. Balik rumah Tie dan Ra sepupu hubby dah ada, dia orang datang dari Kelate. Tengahari kami makan laksa dan laksam yang di bawa dari kelate, kuah masak sendiri. Malam makan di kedai man.
Ahad - dok rumah je mengemas...

25 June 2009

nak cite apa yeee...

pagi tadi Yaya bangun awal... macam biase la kalau dia bangun awal mesti nak ikut aku ke pasar. Yaya kalau bangun pagi mesti buang air besar, jadi kena urus dia dulu. ikut aku ke pasar siap bawa lipstik lagi (lipstik yang dah nak habis), dia cakap nak comel. tak bagi nanti dia menangis. sampai pasar nak tengok orang buat roti canai pulak, aku kata "tengok esok la mama nak cepat", Yaya kata "ok" lepas tu cakap "tak nak kawan mama la tak bagi tengok orang buat roti canai". lucu pun ada... sampai sekerat jalan Yaya cakap "Yaya nak hantar mama kerja" aku cakap "tak boleh", dia nak jugak. sampai depan rumah tak nak turun, aku cakap ada ais krim dalam peti dia terus nak turun, lepas tu siap salam, babai dan cakap pada aku "elok2 yeee..." maksud dia suruh aku jaga diri dan drive carefully la tuuu... cerdik betul Yaya n lepas tu buat flying kiss. tersenyum je aku bawa kete teringatkan perangai Yaya. comel anak mama!!!.

24 June 2009

Rasa nak pergi jalan2 je... bawa Aqil dan Yaya

Lama dah tak pergi jalan2 bawa Aqil dan Yaya... kalau abang ada kami selalu pergi jalan2, boleh dikatakan setiap minggu. Tapi situasi sekarang macam tak elok la pulak nak pergi ke tempat2 tumpuan orang ramai. Tunggu je la... yang penting balik kampung dulu, tengok abah. Itu pun tak tahu bila. Look and see.

Sabtu ni kena ke sekolah Aqil... perjumpaan PIBG. Mengemas pun tak habis2 lagi... Kena cari masa untuk baiki kereta dan pergi beli barang dapur!!!. Semua aku kena buat sekarang, jadi kena la pandai2 bagi masa.

23 June 2009

Pra Audit 5S

Hari ini pra audit 5S di MOF. Semua kelam kabut dok membuat persiapan terakhir. Secara keseluruhan semuanya ok tetapi perlu dilakukan penambahbaikan.

22 June 2009

SOGO

Sabtu dalam pukul 11 lebih aku dan Aqil ke Sogo. Kami pergi naik komuter dan tukar naik LRT di Bandar Tasik Selatan dan turun di Bandaraya. Beli baju untuk Aqil dan Yaya. Dalam pukul 2 balik. Semasa pergi orang sesak betul dalam komuter. Masa balik pun sama, tapi nasib baik aku dan Aqil boleh duduk. Hampir pukul 4 baru sampai rumah. Happy Aqil sebab dapat naik LRT. Yaya tak bawa... kalau bawa dia kesian je sebab orang ramai, mesti dia menangis.
Balik aku cuba pakaikan baju Yaya, dua pasang je muat yang 2 lagi kecik... padahal saiz budak 3 tahun. Perut Yaya buncit ketat jeee... terpaksa la aku jual dan beli yang lain untuk Yaya. Frust sebab sepasang tu cantik. Keletihan... lepas Asar tidur.
Ahad dok rumah je mengemas.

19 June 2009

Yaya... Yaya...


Yaya malam tadi tidur lambat... lepas tu selalu sedar... dan pagi pulak bangun awal. Bila la dia nak tidur nyenyak macam budak2 lain. Pagi bangun terus nak mandi... tak reti sejuk betul dia. Lepas tu nak ke pasar nak beli ais-krim. Itu la rutin aku kalau Yaya bangun. Tengahari setiap Jumaat aku kena balik untuk hantar Aqil ke sekolah... sebab jiran aku pergi sembahyang dan Aqil tak nak masuk kelas lewat. Yaya macam biase nak ikut lagi... nak tinggal dia tak sampai hati takut menangis. Yaya pun ikut sama hantar Aqil dan balik kena beli ais-krim dulu kalau tidak dia taknak turun dari kereta. Letih dibuatnya dah la cuaca panas terik. Lepas dapat ais-krim baru ok terus cakap "mama nak pergi kerjakan... meh nak salam, sambil hulur tangan dia pada kau" dan cium aku. Hilang rasa nak marah... comelll ... mama cayang Yaya. (gambar di atas Yaya masa umur 1 tahun lebih).

18 June 2009

Petua

batuk - daun kapal terbang tumbuk + kaput + air -sapu leher


leher hitam - asam limau sapu masa mandi


tumit keras - rendam air suam + asam gelugor


kayap - putik cempedak asah + air - sapu
getah pisang sapu pada kayap, kayap lebih cepat kecut dan tak gatal (aku pernah naik kayap... dah la dalam pantang masa tu, memang menyeksakan pedih panas tau kayap ni)


segar badan - 3 biji limau purut perah dlm. sebaldi air mandi masa subuh


sengat terbuan - bawang putih belah 2 sapu


selsema - minyak kelapa sapu pada ubun2


- hisap cengkih-hingus kering


- kunyit hidup bakar, hiris nipis letak pada dahi selawat.


perut kembung - daun salad atau daun mengkudu salai panas- suam barut pada perut


hitam lutut & siku - sirh sapu kapur + minyak zaitun gosok


bayi sembelit - sarang anai2 +air - sapu & barut perut 3 x 3 mlm.


kencing manis - buah pala muda rebus - minum everyday


ketiak hitam


  • epal buang kulit kisar + 2 titis minyak masak + bedak sejuk. buang sisa sapu minyak, biar 20 minit.

  • kapur + limau nipis - sapu selepas mandi n basuh.



elak uban - santan disapu kepala bungkus semalaman, pagi basuh- seminggu 1x.


payu dara tegang - panaskan minyak sapi, sejukkan sapu biar 15 '.


kulit kedut - parut lobak merah, kuning telur + tepung jagung -setiap hari + basuh dengan air suam.


hilang karat - air limau nipis, garam + air - rendam semalaman.





Mimpi

Banyak benda aku mimpi malam tadi... yang buruk mintak Tuhan jauhkan, Nauzubillah. Yaya pulak banyak kali sedar malam tadi, kejap nak tidur bawah kejap nak tidur buai... geram je rasa...

17 June 2009

Cite hari ni

Apa yeee... pasal keje, pagi takde keje, tengahari baru la bos aku bagi keje. Kena buat memo kepada PCP.

16 June 2009

16 Jun 2004 - 5 tahun sudah pemergian Arwah

Tarikh 16 Jun merupakan tarikh yang tidak akan aku dan keluarga lupakan. Tepat jam 3 petang di HKL anak ke dua kami Muhamad Arfan Iman telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Al-fatihah. Amin.

15 June 2009

Ulang Tahun Kelahiran Anak Aku Arwah MUHAMAD ARFAN IMAN

8.45 pagi 15 Jun 2004 aku selamat melahirkan arwah Muhamad Arfan Iman di HKL, tetapi Tuhan lebih menyayangi anak aku ini. Akan ku kenang saat2 kelahiran dan permergianmu. Kalau Arfan ada umurnya dah 5 tahun. Mama, papa, abang Aqil dan Yaya sayang dan akan sentiasa mengingati Arfan. Al-fatihah.

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - Aku bawa anak2 berjalan di Alamanda. Biase la tempat yang dituju ialah tempat yang jual keperluan Aqil... Aku belikan Aqil alatulis dan di MPH aku belikan Aqil dan Yaya buku. Seronok Aqil dan Yaya memilih buku. Kalau sebelum ini kami selalu pergi dengan abang ke kedai buku... sehinggakan kedai buku di KLCC nunn... Lepas itu kami ke tempat favourite Aqil dan Yaya iaitu McD, seronok diaorang makan dan bermain di situ. Sejak cuti sekolah ni, Aqil tak ke mana2 pun, kesian dia. Kalau abang ada kami selalu berjalan, takpa la kami terpaksa mengubah cara hidup buat sementara abang takde ni.
Ahad - Pagi ke pasar dengan Aqil dan Yaya. Kemudian kami dok rumah je... layan anak2 dan chatting dengan abang.

12 June 2009

Lamanya meeting IWK

Hari ini aku meeting bukan main lama lagi dari 9.30 hingga hampir 12.30, lama betul. Pening dibuatnya. Rehat aku ke pasar tani jumpa Jem. Lepas beli makanan, aku balik makan di ofis.

11 June 2009

Abah call aku

Aku call abah tapi abah tak jawab, lepas tu abah call aku balik. Kesian bunyi suara abah. Abah beritahu, dia tak boleh tidur malam sekarang kerana badan terasa letih. Semoga abah sihat dan Tuhan beri kekuatan kepada abah.

Takde mood je nak buat kerja...

Rasa malas je nak buat kerja... padahal bukan banyak pun, mungkin sebab ramai orang bercuti dan sunyi, aku pun jadi takde mood jeee...

10 June 2009

Mimpi abang malam tadi

Malam tadi aku mimpi abang balik... mungkin aku rindu sangat pada abang sampai terbawa ke dalam tidur. Ngantuk je rasa hari ni sebab Yaya terjaga malam tadi siap suruh pasang tv lagi. Tengok2 Yaya tertidur balik depan tv tu. Hari ni aku bangun lewat... pakai baju yang tak perlu diiron. Keje takde hari ni... tu yang membuatkan aku bertambah mengantuk.

09 June 2009

Kesian abah

Aku call abah hari ini, suara abah lain je macam orang tak bermaya... kalau dulu aku call abah mesti abah jawab dengan suara yang lantang dan happy je. Sedih aku dibuatnya... abah cakap dia letih dan kembung perut. Aku doakan semoga abah kuat semangat melawan penyakit yang dihadapinya sekarang dan semoga abah cepat sembuh serta kembali kepada keadaan seperti sedia kala/dulu. Kami semua mendoakan abah sihat dan sayang abah.

Banyak perkara nak pikir.

Macam2 perkara yang aku kena pikir dan lakukan. Nak urus kan anak-anak, abah yang sedang sakit, kerja dan macam-macam lagi. Semoga Tuhan permudahkan segala urusan aku dan keluarga, jauhi kami dari bahaya, semoga kami semua sihat dan selamat, Amin.

08 June 2009

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - pagi aku dan anak ke pasar, lepas tu lepak kat rumah chatting dengan abang dari pagi sampai la ke malam bersambung. Petang ziarah jiran bersalin.

Ahad - aktiviti membasuh dan mengemas. melayan Aqil dan Yaya. Chatting dengan abang sampai ke malam. Kesian abang sebab kami tak jadi ke sana Julai ni, sebab abah tak sihat. Tak sampai hati nak pergi masa abah tengah sakit niii... kami terpaksa tukar rancangan pergi pada bulan Disember. Moga diizin Tuhan. Amin.

04 June 2009

5S

Hari ni sibuk dengan aktiviti 5S, aku tak buat kerja lain pun.

Ke Kota Bharu

Jumaat aku, Aqil, Yaya, Bja dan Ila ke Kota Bharu... beli kain batik (aku beli dua pasang) dan keropok. Petang ramai datang melawat abah.
Sabtu aku dan anak2 balik Bangi, flight jam 8.40.
Ahad petang ke Billion dengan Aqil, beli barang dapur dan hadiah untuk baby nie.

Jaga abah di wad

Masa di kampung hari tu aku dan ma jaga abah di wad selama 2 hari. Dok hospital ni, kite pun rasa macam sakit sebab dok tengok pesakit yang menghidapi macam2 penyakit. Ada yang ketumbuhan dalam kepala, ada yang tak sedar, ada yang usus dok kat luar, ada yang muka kena gergaji elektrik, ada yang buta, sakit buah pinggang dan macam2 lagi. Takut je rasa... aku doakan dijauhi dari penyakit. Aku jaga siang je... malam giliran wak dan eg. Aqil dan Yaya tinggal dengan MIL. Khamis abah dah boleh kuar hospital, aku dan Bja balik dulu sebab nak cari katil single untuk abah tidur kat rumah (di ruang tamu senang orang nak tengok). Abah nampak happy sebab dapat balik rumah.

03 June 2009

Balik kampung... kesian abah

Hari Isnin lepas, aku datang kerja sekejap je sebab abah call doktor nak jumpa anak2, kanser abah dah stage 4. Dup... bergetar jantung aku. Suara abah macam sedih je. Aku terus call adik- beradik aku beritahu dan kami mengambil keputusan hendak balik kampung. Kesian abah... diberi ujian sebegini oleh Allah. Aku sedih sangat memikirkan keadaan abah. Aku terus balik rumah mengemas apa yang patut. Pergi cari tiket Airasia di warta tapi tak boleh beli sebab sistemnya offline. Tunggu wak belikan. Petang wak call beritahu tiket jam 7.20 di LCCT. Kami semua balik, sampai di airport jam 9.30 malam. Nasib baik Yaya ok je tadi. Ila family dan Bja datang ambik kami. Kami makan di restoran matahari sebelum pergi HUSM. Lepas makan kami ke HUSM. Tak sabar aku nak tengok keadaan abah. Sampai je di dalam wad aku tengok abah dan ma takde kat situ. Rupa2nya ada di tandas, abah nak sembahyang Isyak. Tengok je abah aku jadi sebak, sedih dan terkejut. Abah kurus betul dan tak larat je. Lepas abah sembahyang aku bersalaman dan berpelukan dengan abah sambil menangis. Aku tak dapat tahan lagi aku menangis sepuas2nya. Wak pun sama. kami tak duduk lama situ sebab masa tu bukan waktu melawat. Kami balik rumah ma. Letih...
Selasa - Abah akan dibedah hari ni. Kami pagi2 lagi dah ke HUSM. Aku tinggalkan Aqil dan Yaya di rumah bersama MIL. Kesian nak bawa mereka nanti keletihan. Aku menjaga abah bersama2 ma dan adik-beradik abah yang lain. Ila & anak2 dan Bja tunggu di luar. Aku urut abah... memang kurus betul abah... masa aku urut terasa dan nampak tulang kaki abah. Kesian abah, muka pun nampak cengkung je. Abah tak berselera makan. Dalam pukul 3 petang aku dab Bja balik untuk ambil Aqil dan Yaya. Tak sempat kami ke hospital Ila beritahu abah akan di bawa masuk ke bilik bedah iaitu jam 3 lebih. Aku bercakap menerusi telefon dan beritahu aku doakan abah selamat. Kami cepat2 ke hospital. Berdebar je rasa sepanjang menunggu abah dibedah. Kami semua mendoakan abah selamat. Dalam pukul 5 lebih abah siap menjalani pembedahan. Syukur abah tak di masukkan ke ICU. Kami bergilir2 masuk melihat abah. Abah sedar tetapi masih keletihan kesan dari ubat bius. Kemudian abah di bawa masuk ke wad Intan semula. Kami semua berada di sisi abah masa tu. Kami melihat perut abah yang ditebuk dan dikeluarkan usus... mulai saat itu abah akan buang air besar dari situ. Sedih aku tengok keadaan abah... dan merasakan betapa besar kuasa Tuhan... dan manusia diberi oleh Tuhan mempunyai kepakaran untuk mengubah semua itu. Ramai saudara-mara yang datang. Kami semua mendoakan abah cepat sembuh. Petang kami balik... ma, wak dan eg jaga abah malam tu.

02 June 2009

Lama tak menjengok ke blog aku ni

Lama rasanya tak menjenguk ke blog aku ni. Minggu lepas aku balik kampung tengok abah tak sihat, masuk wad dan abah kena bedah. Aku masuk ofis balik 1 Jun. Kerja pulak banyak... tu yang menghalang aku mencoretkan apa2 di blog aku. Sekarang baru lega, kerja yang diberi semuanya dah settle. Sementara menunggu kerja lain, aku boleh la mencoret... di blog aku ni.

24 May 2009

Abang call berkali2 hari ni.

Abang call banyak kali hari ni...

Mengemas...

Hari ni aku mengemas lagi, tak habis2 dengan mengemas. Barang banyak sangat gini la jadinya. penat jugak dibuatnya. Itu pun tak habis mengemas lagi. Hujung minggu je la time aku nak mengemas. Semalam Gee datang beli baby chair dan penyangkut kain besi. Aku nak jual semua barang yang dirasakan tak penting dulu. Lagi pun aku dan anak2 nak ikut hubby... barang2 takde tempat nak letak, jadi kena la jual. Kalau rumah sendiri takpa.
Petang ke Hospital Putrajaya, tengok jiran (Nie Man) yang baru bersalin. Mereka dikurniakan baby boy. Bestnya...

21 May 2009

Baca dairi lama

Bosan je hari ni takde keje... aku baca dairi2 lama. Teringat balik kisah2 lama, zaman belajar di UKM. Rindu pulak rasa zaman belajar di UKM. Di UKM laaa... aku jumpa Azul yang kini menjadi "suami kesayangan aku".
Aku buang mana2 yang tak perlu disimpan...

20 May 2009

Klinik

Pagi ni aku datang lewat sebab sebelum tu aku ke klinik. Tak sihat... doktor beritahu sakit tu akibat daripada batuk terlalu lama dan telah menekan tulang rusuk, itu lah yang menyebabkan aku terasa sakit bila batuk dan bersin. Aku risau jugak takut sakit lain... Nauzubillah... moga Tuhan jauhkan aku dari sebarang jenis penyakit. Doktor bagi aku empat jenis ubat iaitu antibiotik (besar betul ubat ni, aku belah dua sebelum menelannya), ubat alahan, ubat angin dan ubat tahan sakit. Aku doakan semoga lepas ni tulang rusuk aku tak sakit dah...

19 May 2009

Apa cite hari niii...?

Pagi ni rasa sakit perut lepas makan nasi lemak yang aku beli dekat Bank Islam, Bangi. Nasinya sedap dan sambalnya tak laaa... pedas sangat tapi aku dan Ain sakit perut lepas makan... kami berdua dok berulang ke toilet je pagi ni. Pagi ni ada Roadshow MAS di MOF ni tapi aku sebagai pegawai kontrak tak layak dapat semua kelebihan tuuu... takpa laaa... Chattinggggg...


17 May 2009

Semoga abah cepat sembuh












Hari ini abah call, beritahu abah akan dibedah Rabu ini. Doktor sahkan abah mengindap kanser usus. Nauzubillah... abah terima keputusan itu dengan redha. Aku rasa sebak bila abah cakap macam tu. Kenapa Tuhan memberi dugaan ini kepada abah... kesian abah. Pada mulanya abah mengindap buasir, lepas tu tak boleh kencing dan pada mulanya doktor suspek kanser prostat. Tapi sekarang tak boleh buang air besar sehingga lah pelbagai rawatan dibuat dan akhirnya abah disahkan mengindap penyakit yang ditakuti oleh semua hambaNya. Ya Allah tambahkan la hati abah menghadapi dugaan Mu ini. Aku dan seluruh ahli keluarga sentiasa mendoakan abah dan akan sentiasa memberi sokongan kepada abah. Semoga abah akan cepat sembuh.

Hujung minggu

Ahad aktiviti membasuh dan mengemas kat dapur. Aku asingkan barang2 yang nak dibuang dan simpan. Pagi dan petang kami online dengan abang. Kami semua rindu pada abang. Abang tak sabar nak bawa kami ke sana.

5S

Pagi Sabtu aku ke ofis, aktiviti 5S. Aku bawa Aqil sama. Masa balik kami singgah Alamanda.

15 May 2009

Batuk oohh batuk bila la nak hilang

Aku rasa dah lama aku batuk niii... bila lah nak sembuh sampai sakit urat dibuatnya. Nak kata tak makan ubat dah makan, tapi dok macam tu jugak. Jenis batuk yang tak lepas... tak puas je rasa kalau batukkk.... geram je rasa. Batuk 100 hari kot??? Lepas ni nak cuba makan madu la pulak... tengok kesannya macam mana.

14 May 2009

Syukur akhirnya hujan jugak

Dah lama tak hujan... memang panas betul. Bukan apa aku kesian pada Amalia kalau panas, dia mudah berpeluh dan mula la badan dia merah dan gatal2. Nak tido malam pun satu hal asyik bergaru je. Petang semalam dan malam tadi hujan lebat Amalia tersedar dan tanya aku hujan ke mama? Lepas tu Amalia dapat tido lena sebab sejuk. Aku pun boleh tido sedap sikit.
Malam tadi kami online dengan abang. Abang dok seorang, housemate abang pergi memancing. Mesti abang boring... nasib baik boleh bercakap through internet (webcame).
Pagi ni aku ke pasar dengan Amalia... awal betul dia bangun.

13 May 2009

Cerita hari ini

Abang sms beritahu dia ada pembentangan hari ni dan abang kena bentang topik "anak". Memang kena jeee... dah lah abang tengah sedih teringat dan rindu anak2. Makin bertambah sedih laaa... dibuatnya. Abang selalu sms "rindu u all".

Keje aku hari ni

Pagi audit 5S... keje di ofis takde yang terkini sebab bos aku EL. Just buat minit mesyuarat IWK.

12 May 2009

Tak dapat temuduga DPLI

Memang takde rezeki aku untuk menjadi seorang guru. Sampaikan umur dah 35 tahun, aku mintak tiap2 tahun sekali pun tak sangkut. Memang takde rezeki aku... takpa la aku memang sudah ditentukan kena ikut abang ke Australia. Abang pun cakap :
"Abang rasa Allah telah tentukan zie dan anak2 datang memberi semangat kpd abang di sini. Mesti ada hikmah disebaliknya. Kita jangan mengalah Allah akan memberi rezeki kepada kita. Allah mesti nak zie dan anak2 datang sini jaga abang bagi mententeramkan jiwa yang sentiasa ingatkan zie dan anak2. Abang bukan macam orang lain, abang jenis yang perlu ada family disisi. Abang akan usaha supaya zie datang ikut perancangan nanti. Abang dah tak tahan... memang sentiasa ingat... cuba alih fikiran kepada benda lain, tapi tak boleh lagi. Miss u all a lot".

11 May 2009

sms dari abang

Cakap pada Aqil "papa sayang Aqil" 080509

"Abang mimpi u all, tak tahan ingat u all, tak sabar nak bawa u all cepat2 end july or early august" 090509
"Abang tak sabar nak bawa kami, tak tahan ingatkan u all, boring dan nak buat keje pun takde mood" 100509
"Papa memang rindu anak2 miss u" 110509