11 May 2009
Yaya... Yaya...
10 May 2009
Bawa Aqil jalan2 sempena Happy Mother's Day...
Hari Ahad aku bawa Aqil makan di Secret Recipe sempena hari ni adalah "Hari Ibu", Biasanya kalau hari ibu hubby akan bawa kami pergi makan kalau hari istimewa macam ni. Memandangkan hubby nun jauh di sana terpaksa la belanja diri sendiri dan anak2... takpa demi kejayaan abang teruskan perjuangan PhD tu yer. Frustnya kali ni di Secret Recipe banyak kek yang dah habis sebab ramai orang beli sempena "Hari Ibu" so kami terpaksa la makan mana yang ada aje. Aqil ok je... yang petang anak2 mama hepi.
Petang pulak aktiviti mengemas. Aku asingkan barang2 yang nak dijual, di simpan dan di buang. Huhhhhh... penat jugak semua benda aku yang kena handle sorang2 ni... tapi takpa susah2 dahulu, senang2 kemudian. Semoga aku tabah melalui saat2 ini. Amin.
Buat ibu2 semua termasuk Ma diucapkan 'Happy Mother's Day'
Abang dah mula cari rumah
Antara gambar kami semasa di KLIA
08 May 2009
sms dari abang
Mesyuarat
07 May 2009
Rindu pada abang
06 May 2009
Bosan
05 May 2009
Pesanan untuk abang di Adelaide
Rutin harian
6.40 pagi abang call. Abang memang kerap call dan sms aku. Abang beritahu hari ni baru dapat makan nasi iaitu nasi lemak. Dari Ahad abang tak jumpa nasi... makan burger, pizza dan kebab je. Akhirnya jumpa jugak orang Melayu yang jual nasi lemak, walaupun harganya 5 pound aud.
Amalia mengingau panggil papa...
04 May 2009
Takde mood nak datang kerja.
03 May 2009
Sunyi dan rasa sedih jeee... abang takde
02 May 2009
Abang ke Australia hari ini
01 May 2009
1 Mei cutiiiiii.....
30 April 2009
Persiapan keperluan abang untuk ke Australia
29 April 2009
Abang ke Australia Sabtu ni.
28 April 2009
Akhirnya abang dapat visa ke Australia.
Aku
27 April 2009
Penerbangan abang ke Australia terpaksa ditunda
Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran.
Ahad kami mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sempena abang nak ke Australia. Abang niat sembelih kambing kalau dapat further study (PhD). Makanan kami tempah je... iaitu :
- nasi/roti
- kari kambing (tukang masak import dari Thailand)
- daging kerutuk
- ayam goreng rempah
- acar mentah
- kacang goreng+hati +pedal ayam
- ikan kering
- sambal belacan
- buah (oren, epal + tembikai)
- puding caramel (aku buat sendiri)
- air oren + teh o panas
Ramai tetamu yang datang. Antara kawan aku yang datang Yatei, Hajar, Ning, Nana, Fiza dan ramai lagi. Kawan2 abang pun ramai yang datang. Jiran2 semua datang. Masing2 terkejut tahu abang nak pergi Australia. Malam buat sembahyang hajat. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi datang dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.
Amalia happy ramai orang datang dan dia sibuk dok ulang minum air jeee... al-maklum laaa... air batu... memang her favourite. Aqil sejak dua menjak ni sedih jeee... sebab papa dia nak pergi Australia. Masa berdoa lepas sembahyang hajat mengalir air mata dia. Kesian pulak anak aku ni. Abang pun sedih tengok Aqil. Aqil memang rapat dan manja dengan abang. Moga Aqil dapat menyesuaikan diri masa papanya tiada nanti.
Syukur majlis berjalan lancar. Sory gambarnya takde.
Aktiviti mengemas rumah
24 April 2009
Cerita hari ini
23 April 2009
Banyaknya kerja...
Sakit kepala!!!
Balik Bangi
Balik kampung
16 April 2009
ziecoklat.blogspot.com
15 April 2009
Ngantukkknya...macam mana nak buat keje ni?
14 April 2009
Kisah anak2 Aku
13 April 2009
Malasnya nak datang keje...
Mengemas
Family aku datang
Tak sihat...
08 April 2009
Akan ku kenang jasa mu BEA 9982 (Honda Civic)
Sedih kereta sudah dibeli!!!
Rasa sedih pulak lepas kereta abang ada orang beli. Lebih kurang 7/8 tahun kami menggunakan kereta tersebut. Kereta pertama keluarga kami. Disebabkan abang nak further study jadi terpaksa laaa... kereta honda ni dijual.... Kalau tidak sayang nak jual sebab kereta ni ok tak pernah bagi masalah pada kami dan abang pun selalu jaga/service ikut masa yang ditetapkan dengan baik. Pagi ini hari terakhir kereta ini bersama kami... dan abang akan hantar kepada tuan barunya hari ini di Shah Alam. Harap2 kereta itu ok dan dijaga dengan baik oleh tuan barunya. Aqil pun sedih sebab papanya dah jual kereta yang digunakan untuk menghantarnya ke sekolah setiap hari. Aku sengaja menjengok ke dalam dan pegang kereta honda hari ini untuk kali terakhir. uuuhuuu...sedihnya... Masih tak sihat
Family aku datang
Satu rumah tak sihat...
Aktiviti 5S di rumah pulak
05 April 2009
First time buat coklat sendiri
03 April 2009
Lamanya...
02 April 2009
Abang dah nak ke Australia...
Perkara yang paling aku risau ialah Aqil dan Amalia, macam mana la dia orang nanti kalau papanya takde. Lagikan... abang pergi kursus seminggu pun dia orang dah demam, inikan pulak berbulan2. Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat keje aku dok memikirkan hal ini aje. Pening jugak aku dibuatnya. Takpa semoga Tuhan tolong aku dengan permudahkan segala urusan aku dan hubby. Buat permulaan mungkin kami akan rasa susah sebab abang takde... lama2 ok la kot. Aku kena uruskan semua perkara di sini, terutama menjaga Aqil dan Amalia. Aku doakan semuanya berjalan dengan lancar.
01 April 2009
Perasmian 5S
31 March 2009
busy dengan 5S

29 March 2009
5S
Aktiviti sisih (sampai terkangkang2 dibuatnya...hehehe...)
27 March 2009
26 March 2009
5S
25 March 2009
Exam KPLI
24 March 2009
Cuti...
Aktiviti masa cuti
20 March 2009
Belon Udara Panas





19 March 2009
18 March 2009
Cerita hari ini
17 March 2009
Hari yang tenang
16 March 2009
Chees Cake

Ramai orang bercuti
15 March 2009
Melayan Aqil dan Amalia
14 March 2009
Hujan jeee... macam musim banjir
13 March 2009
Busy
11 March 2009
Takaful Malaysia
Tudung... tudung...
10 March 2009
Cerita hari ini...
Aktiviti masa cuti



Tudung2 yang aku beli.
06 March 2009
Apa aku buat hari ini???
05 March 2009
Sejukkknyaaa...
04 March 2009
Ngantuknyaaa...
03 March 2009
Kerja + ngantukkk...
02 March 2009
Hadiah untuk Amalia
SeLaMaT HaRi LaHiR YaNg Ke 2 TaHuN AmaLia SaYaNg
01 March 2009
Detik-detik Kelahiran Nor Amalia Marsya
27 February 2009
Persiapan Majlis Hari Jadi Amalia
26 February 2009
Abang interview di UMK hari ini
25 February 2009
ye ye dah boleh chatting!!!
24 February 2009
Sujud lega sistem pernafasan

Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) . - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Sakit peruttt...
23 February 2009
Unit baru
Aktiviti hujung minggu
20 February 2009
Tukar Unit
19 February 2009
Berita gembira
Parlimen oh Parlimen
17 February 2009
Sibuk Mengisi KPLI
16 February 2009
DPLI, KPLI & PTD
Aktiviti hujung minggu
15 February 2009
Upin & Ipin punya pasal...

Sabtu - Petang aku, abang dan Aqil ke Alamanda nak pergi tengok wayang cerita Upin & Ipin. Tapi tiket semua dah kehabisan fully book. Aku da Aqil siap beratur dah tiba2 orang di tempat beli tiket itu buat pengumuman menyatakan tiket dah habis. Aqil frust dan sedih jeee... ramai orang lain pun tak dapat beli. Kami jalan2 je laaa... di Alamanda tu. Kejap je. Kemudian kami balik. Aqil siap menangis lagi sebab frust tak dapat tengok cerita Upin & Ipin. Aqil dan Amalia memang minat cerita Upin dan Ipin. Aku pun suka jugak... sebab comel je tengok Upin & Ipin tu, suaranya cute jeee... Amalia kami tak bawak, lagi pun dia tidur. Balik rumah abang terus buat reservation untuk tiket esok... tapi semua dah fully book. Memang ramai betul peminta cerita ini. Akhirnya ada jugak tiket untuk petang esok 5.30 petang di panggung wayang Mines, Serdang. Abang terus booking... baru lah muka Aqil nampak ceria.13 February 2009
Jualan Amal
12 February 2009
Mukjizat di sebalik BISMILLAH

11 February 2009
Baru masuk keje...
10 February 2009
Aktiviti masa cuti
Ahad - Kami ke rumah EG dan tempat Wak di Hotel Quality, Shah Alam.
Isnin - Kami dok rumah je.
Selasa - Aku cuti untuk menjaga Amalia sebab MIL balik kampung.
06 February 2009
05 February 2009
BBB Perfume & Tupperware

Give an opportunity to you to order/buy "Original rejected perfume" and "Tupperware product" via new media around Bandar Baru Bangi in Kajang Selangor.You can contact us by mobile phone +6019-3644277 OR email ptbangi@yahoo.com. Also you can see my blog at bbbperfumetupperware.blogspot.com.