20 May 2011
macam2 perkhidmatan ada kat sini
16 May 2011
Selamat Hari Guru...

Buat suamiku MOHD.AZUL semoga menjadi seorang pensyarah yang berjaya dan mencapai segala impian yang diingikan. Zie dan anak2 sentiasa mendoakan kejayaan abang.HAPPY TEACHER'S DAY!
15 May 2011
makan2 rendang dan ketupat
13 May 2011
Nasi Minyak Hujan Panas
Macam biase lah aku suka search resepi dalam internet... cari yang rasa betul2 sedap dan mudah untuk membuatnya. Akhirnya resepi ini menjadi pilihan...
Bahan-bahan:
3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam ( sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit).
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi (aku guna majerin je) dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
3. Apabila nasi masak , titikkan pewarna di atas nasi di beberapa tempat Biarkankan seketika, then taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna sekata bagi keseluruhan periuk.
4. Sedia dihidang bersama ayam masak merah, kerutuk daging dan acar rampai atau lauk2 lain.
11 May 2011
09 May 2011
Minum coffee...
Dah lama nak buat...
Bahan2:
2 sudu besar butter
2-3 sudu besar tepung gandum
1 ½ cawan fresh milk)
1-2 cubit serbuk oregano
4 sudu mozarella cheese (yang sudah diparut)
Bahan sos merah:
400 gm daging/ayam cincang
I tin mushroom (ditoskan air dan dihiris nipis)
2 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar tomato puree
1 cawan sos tomato
2-3 sudu cili blend (ikut rasa)
3 sudu serbuk oregano
garam dan gula sesedap rasa.
air (ikut kepekatan)
minyak utk menumis
Lain-lain bahan:
Kepingan lasagna (lasagna sheet)
200 gm mozarella cheese
1 sudu teh serbuk lada hitam (black pepper)
1 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)
Cara membuatnya:
Kepingan lasagna direbus satu persatu dalam air dicampurkan sedikit minyak masak (1 sudu besar) agar tak melekat...
Cara memasak sos putih
Cairkan butter dalam periuk kecil, masukkan tepung dan sentiasa kacau... api kena very slow dan masukkkan susu sedikit demi sedikit. Kacau berterusan agar tak berketul hingga menjadi satu larutan warna putih susu (creamy). Bila hampir mendidih, masukkan serbuk oregano dan taburkan cheese (tak payah letak pun takpa). Padamkan api dan ketepikan.
Cara memasak sos merah.
Tumis bawang besar dan bawang putih bersama cili mesin, bila dah agak garing dan naik bau masukkan daging cincang, tomato puree dan sos tomato, kacau hingga sebati. Masukkan garam, gula, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan cendawan serta serbuk oregano. .
Ambil mangkuk pyrex atau loyang. Susunkan lapisan kulit lasagna, susun selapis sehingga tak nampak ruang kosong, tuang satu setengah (1½) senduk sos merah ratakan ke seluruh kulit lasagna, titis-titiskan sos putih di atas sos merah tersebut, ulang dengan menyusun kulit lasagna di atas lapisan kedua, diikuti dengan menuang sos merah dan menitiskan sos putih hingga ke paras ¾ tinggi bekas pembakar. Lapisan atas sekali mestilah terdiri daripada sos merah, titisan sos putih dan cheese.
Panaskan oven terdahulu dengan suhu 180 darjah bakar selama 20-30 minit.
08 May 2011
Breakfast di park
Kami makan2 sampai pukul 11.30 pagi je sebab masing2 ada hal pulak lepas ni... lagi satu cuaca dah mula sejuk sekarang... dah macam nak winter huhuuuu... Kalau winter nanti takde la nak buat makan2 di park macam ni... sejukkkkkkkk...
Terima kasih...
Tak sangka Mother's Day kali ni ada surprise dari hubby...