Showing posts with label Hari2 Penting. Show all posts
Showing posts with label Hari2 Penting. Show all posts

16 May 2011

Selamat Hari Guru...


Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru, pensyarah, ustaz, ustazah dan sesiapa sahaja yang bertugas sebagai pendidik dan memberi ilmu kepada manusia... semoga jasa dan bakti kalian mendidik mendapat keredhaan dan keberkatan sehingga ke akhirat.

Buat suamiku MOHD.AZUL semoga menjadi seorang pensyarah yang berjaya dan mencapai segala impian yang diingikan. Zie dan anak2 sentiasa mendoakan kejayaan abang.

Juga Selamat Hari Guru diucapkan buat kembar aku Ila dan suaminya Ise... be a good teacher and I hope both of you success. Macam mana sambutan Hari Guru tahun ni?

HAPPY TEACHER'S DAY!

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Lamanya tak update blog ni... bukannya apa takde line internet di rumah ma. Banyak cite yang nak dikongsi bersama. Kena tunggu la masa balik Bangi nanti. Huhuuuuuuu... banyak entry aku yang tertangguh.

Apa2 pun salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua.

06 December 2010

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Insya'allah..

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H KEPADA SEMUA


Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga tahun ini lebih memberi keberkatan dan keredhaan olehNya. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa menjadi milik kite.