20 March 2010
18 March 2010
Karnival @Pasir Tumbuh

Masa balik kampung kebetulan ada karnival depan kedai Bja dan Ila.CHOCOLATE DELIGHT. Kami ambik kesempatan balik kampung untuk tengok kedai mereka berdua. Kelantan sebelum ini panas terik dan dah lama tak hujan, tapi first day karnival tu hujan tak henti2 turun. Katanya Tuan Guru buat sembahyang hajat supaya hujan turun. Kesian pulak tengok peniaga2 di karnival tersebut, takpa la nak buat macam mana, ada la rezeki tuuu...
Balik kampung

Seronok dapat makan spagetti
12 Mac aku dan famili balik ke kampung. Kami ke LCCT jam 5.45 pagi. Ngantok je rasa bangun awal2 tapi nak balik kampung punya pasal takpa. Lebih kurang jam 6.30 pagi sampai LCCT. Sampai je kami terus check-in dan lepas tu sembahyang Subuh. Penerbangan kami jam 7.45 pagi. Aqil dan Yaya hepi sangat sebab dah lama tak balik kampung dan dapat jumpa dengan sepupu2 mereka. Sampai airport Sultan Ismail lebih kurang jam 8.45 pagi. Bja jemput kami di airport. Sebelum balik rumah singgah beli nasi berlauk di Kubang Kerian. Bestnya rasa semua nak beli. Sampai rumah ma tiba2 rasa sedih sebab teringat masa arwah abah ada. Dok imagine masa abah ada. Semoga roh abah dicucuri rahmat, Al-fatihah.
Petang ke kampung abang. Malam dok rumah je bersama famili.
Petang ke kampung abang. Malam dok rumah je bersama famili.
11 March 2010
Nak balik kampung... keje banyak la pulak
Esok nak balik kampung tapi keje banyak la pulak. Aku buat setakat yang sempat je la. Masa balik bertembung dengan dengan bos, aku siap cakap tak sempat habiskan kerja dan bos cakap takpa, balik cuti nanti boleh buat. Legaaa... rasa. Boleh balik kampung dengan hati senang.
10 March 2010
Medical check-up
Hari ini selepas punch kad aku ke My LifeCare di PJ untuk urine test. Alhamdulillah normal. Boleh la visa diuruskan segera. Aku dan hubby singgah makan di Restoran Hassan (Restoran Ayam Kampung) di Seksyen 7 BBB. Balik rumah kejap dan selepas hantar Aqil ke sekolah balik ofis semula.
09 March 2010
Pasar Tani
Boleh dikatakan setiap kali rehat pada hari Selasa aku dan Ain selalu ke pasar tani untuk membeli makanan. Bosan makanan di cafe. Nak tukar selera panas2 pun sanggup pergi. Makanan wajib yang aku selalu beli kepok lekor dan air asam boi. Lepas ni rindu la aku pada air asam boi Pakcik tu... sedappp... terasa asamnya. Hari ini pergi lagiiiiiii...
08 March 2010
Jalan2 hujung minggu
Sabtu - kami ke Jaya Jusco Equine semata2 nak tukar baju yang aku beli semalam. Aku tak perasan rupa2nya blouse yang aku beli semalam terkoyak dan ketat. Lepas tukar baju kami ke KFC, biase la Aqil dan Yaya mesti nak makan2 dan nak beli mainan. Lewat petang baru kami sampai rumah. Lepas Maghrib aku dan hubby ke pasar malam.
Ahad - pagi2 lagi aku bangun dan masak nasi kerabu. Hubby hepi dapat makan nasi kerabu yang aku buat sendiri. Sejak balik dari OZ hubby bertahan tak nak beli nasi kerabu yang dijual sebab nak tunggu makan yang aku buat sendiri. Berselera betul hubby makan sampai 3-4 pinggan. Puas hati aku masak sebab hubby dan anak2 pun suka makan.
Petang aku, hubby dan anak2 ke Tasik Cempaka. Aqil nak main bola sepak dengan papanya. Yaya pun main sama. Sejak hubby ke OZ kami tak pernah ke situ. Hepi Aqil dan Yaya sebab dapat main2 kat situ. Sejak akhir2 ni Aqil minat betul dengan bola sepak. Astro kat rumah siap suruh tukar kepada channel sport. Katon2 ni dah tak minat dah.
05 March 2010
Gotong-royong
Hari ni ada aktiviti gotong-royong... apa lagi kalau bukan untuk 5S. Sekarang peringkat susun la pulak. Semua staf diminta memakai T-shirt 5S. Entah apa yang nak disusun lagi. Tak habis2. Aku kemas tempat aku je, buang apa yang patut. Barang pun tak banyak sebab aku dah bawa balik dan kertas2 yang tak guna/lama aku dah srek sebab aku pun dah nak berhenti, huhuuuu... sedih jugak aku rasa. Banyak kenangan indah di MOF terutama di Seksyen Pinjaman Kerajaan Persekutuan yang takan aku lupakan.
03 March 2010
Cuti dah lulus
Bos aku dah luluskan cuti aku pada 12 - 17 Mac ni. Boleh la balik kampung jumpa ma dan adik-beradik kat kampung.
02 March 2010
meeting di MOA
Pagi2 dah kena pergi meeting di MOA sebab bos aku cuti. Datuk minitkan pada En. Mohamad Ismail. Ingatkan aku selamat tak payah pergi meeting, tengok2 En. Mohamad ajak aku pergi dengan dia. Terpaksa la aku pergi. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
01 March 2010
Hantar resign letter
1 Mac 2010 aku menghantar resign letter kepada CC, notis sebulan sebelum aku berhenti. Aku terpaksa berhenti awal sebulan sebelum ke OZ memandangkan banyak perkara yang perlu diuruskan. Aku rasa dengan perletakan jawatan ini ianya satu pengorbanan besar yang aku lakukan untuk mengikut hubby ke OZ. Sedangkan zaman sekarang terlalu sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Aku sendiri telah melalui perit jerihnya untuk mencari pekerjaan. Pelbagai kerja pernah aku lakukan sebelum ini sebelum aku bekerja di MOF. Pelbagai rintangan telah dilalui. Kalau ikutkan hati sayang jugak nak berhenti tetapi demi suami dan anak2 aku sanggup berkorban walaupun cita2 aku diketepikan. Aku selalu berdoa kepada Tuhan semoga pengorbanan aku ini tidak dipersia2kan. Semoga segala urusan berjalan lancar dan aku sentiasa bahagia di samping suami dan anak2 tercinta. Rezeki aku selepas ini akan ditentukan olehNya dengan berkat dan usaha. "pengorbanan sesuatu perlu dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik", harap2 begitu la.
Medical check-up
Jumaat kami breakfast di Restoran Caiyo Bistro. Selepas itu kami ke Alamanda untuk beli barang2 dapur. Tengahari selepas hubby sembahyang Jumaat kami makan di Restoran Berlauk seksyen 7 BBB.
Sabtu pagi2 lagi kami dah bangun untuk ke My LifeCare di PJ untuk membuat medical check-up. Ini salah satu syarat untuk dapatkan visa untuk ke oz. Kami sampai lebih kurang jam 8.30 pagi. Selepas semua pemeriksaan dilakukan terhadap aku, Aqil dan Yaya didapari semua benda tiada masalah kecuali urine aku ada problem. Didapati selepas pemeriksaan dibuat dalam urine aku didapati ada 3+ blood (ada darah), jadi kena la buat sekali lagi dan charge yang dikenakan RM15 pulak. Memang buat duit betul la, cara mereka buat keje memuaskan dan layanannya ok. Majoriti staf dan doktor di situ berbangsa Cina. Selepas pemeriksaan urine kali kedua didapati masih 3+, jadi aku kena datang lain kali pulak bagi memastikan uruine aku betul2 clear. Untuk ke OZ memang syarat kesihatan dipandang berat. Aku dok bercakap dalam hati "nak kata period, aku rasa 3/4 hari lagi baru period". Daripada membazie duit, aku cadangkan pada hubby datang lain kali. Jadi terpaksa la aku dan hubby datang balik lain kali.
Balik dari medical check-up kami ke rumah Jam (member hubby) di Bukit Bandaraya, Shah Alam. Pergi tengok rumah baru dia. Cantik jugak rumah dia. Kami lunch di rumah Jam.
Lebih kurang pukul 1 lebih kami ke Hotel Quality jumpa Wak. Masa nak sembahyang Zohor... tengok2 aku memang period. Patut la masa urine test ada darah. "Macam awal je aku rasa?". Nasib baik tak buat urine test banyak kali, kalau tidak rugi je. Wak belanja kami makan di Secret Recipe. Wak belikan Yaya kek sempena besday Yaya esok. Lepas makan kami ke rumah Eg pulak. Dalam pukul 4 lebih kami balik rumah. Letih dan kepanasan Tuhan aje yang tahu. Kepala aku berdenyut2 sakit. Malam kami semua tido awal sebab keletihan.
24 February 2010
bestnya jika mimpi aku menjadi kenyataan

Malam tadi aku bermimpi pergi makan di Kenny Roger's dan berjumpa dengan seorang ibu yang mempunyai anak kembar lebih dari 6 pasang, itu tidak termasuk yang dalam perut yang dikandungnya. Semasa si ibu dan anak2nya keluar dari Kenny Roger's tu, aku siap berlari keluar nak bergambar dengan diaorang kerana terlalu suka dan seronok tengok anak2 kembar tersebut. Apa maksud mimpi aku ni ye?. Bangun dari tido aku dok pikir pasal mimpi tu je. Aku cerita pada hubby. Hubby kata "mana tahu Tuhan nak bagi kite anak ke?''. Kalau mimpi tu memberi pentanda yang aku akan mendapat anak kembar yang sihat dan comel2. Alangkah hepi dan bertuahnya rasa.
23 February 2010
Motivasi Diri 2
'orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti'
' jadilah benih yang bernas, seribu tahun dijemur panas, digetus digetas binatang buas, tetap tumbuh mencetus tunas'
'kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal'- Tun Dr. Mahathir
'bertekadlah supaya tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh saudara semua'
'menyimpang seinci, rugi seribu batu' - pepatah Cina
'jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur' - Lewis Walker
'kenali seseorang itu sebelum saudara memilihnya sebagai contoh ikutan'
'setiap kali saya diberi tanggungjawab dalam melakukan sesuatu, saya berasa 'ghairah' hendak melakukannya' -Tan Sri Harun Hashim
'kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu' - Nabi Muhammad
' jadilah benih yang bernas, seribu tahun dijemur panas, digetus digetas binatang buas, tetap tumbuh mencetus tunas'
'kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal'- Tun Dr. Mahathir
'bertekadlah supaya tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh saudara semua'
'menyimpang seinci, rugi seribu batu' - pepatah Cina
'jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur' - Lewis Walker
'kenali seseorang itu sebelum saudara memilihnya sebagai contoh ikutan'
'setiap kali saya diberi tanggungjawab dalam melakukan sesuatu, saya berasa 'ghairah' hendak melakukannya' -Tan Sri Harun Hashim
'kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu' - Nabi Muhammad
Motivasi Diri
'ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul'
18 February 2010
xtvt hari ini
Hari ni takde keje nak buat , aku mengemas bilik dan buang kertas2 yang tak guna. Bosan je rasa Ain pulak takde sebab attend seminar di PICC. Rehat aku ke pejabat pos di Alamanda. Rasa sunyi je sebab ramai bercuti lagi sempena CNY. Balik rumah singgah ambik hubby dan Yaya, kemudian baru pergi ambil Aqil di sekolah. Malam aku ke klinik gigi, tak tahan sakit gigi. Rupa2nya gigi aku berlubang. Selepas ditampal baru ok. Kena bayar RM70 hinggit.
15 February 2010
Kepulangan abang



Hari yang dinanti2 telah tiba, hubby akan balik. Semalam kami ke KLIA untuk menjemput kepulangan hubby. Dalam pukul 6 petang kami bertolak ke KLIA. Aqil dan Yaya tak sabar2 menunggu papa. Flight hubby dari Adelaide tiba dalam pukul 7.51 malam. Hubby muncul di balai ketibaan lebih kurang jam 9.28 malam.
14 February 2010
Valentine's Card to my hubby
s
14 Februari 2010 tepat jam 12 malam aku berikan online Valentine's Card kepada hubby. I love u so much.
13 February 2010
Dok rumah je
Hari ni kami tak ke mana2. Dok rumah je, mengemas apa yang patut. Sebab esok hubby balik. Aku dan anak2 rasa seronok sangat. Tak sabar nak menanti kepulangan dan jumpa dengan hubby. Maklum la hampir 5 bulan berpisah.
Sehari lagi abang nak balik, seronoknyaaa...
Aku dan anak2 rasa happy sangat sebab hubby akan balik Ahad ni. Kami tak sabar nak jumpa abang. Kami akan jemput abang di KLIA. Semoga perjalanan abang selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)









