03 January 2012

Lega dapat kuar rumah...

Selepas berkurung hampir 2 hari disebabkan cuaca yang panas, akhirnya kami kuar jugak, itu pun tunggu hari dah redup. Kami ke Henley Beach sebab Aqil dan Amalia nak bermain pantai. Hari tu di Grange Beach mereka tak puas bermain pantai. Alhamdulillah cuaca ok dan angin yang bertiup nyaman aje.

Ramai jugak orang petang ini... tapi semuanya orang2 OZ. Yang tak tahannya kalau ke pantai dan tempat terbuka macam ni banyak sangat anjing... tak larat nak mengelak terutama yang dilepas oleh tuannya. Risau jugak kalau tiba2 anjing2 tu menuju ke arah kami... apa lah agaknya kami nak buat. Jawabnya mau ada yang menjerit... mesti semua pakat hairan. Huhuuuu... mintak dijauhkan.

Sebenarnya bukan anak2 aje yang hepi kalau sekali-sekala dapat ke pantai macam ni... mama dia orang pun hepi, bosan jugak kalau terperuk je dalam rumah... asyik memasak je, memang tak boleh tahan. Kadang2 tu ada tahap jugak... semenjak dua mejak ni memang Zie terasa sangat malas memasak maybe sebab cuaca panas sangat.

Lucu pulak Aqil masa ni siap cakap 'ombak rindu dah datang' tiba2 teringat pada lakonan AA yang handsome tu hehehe... Kuat sungguh penangan ombak rindu sampai ke Adelaide pengaruhnya.

Hepi kalau dapat tengok anak2 macam ni... mereka hepi kite pun rasa bahagia.

Buat pengetahuan sesiapa yang singgah ke blog ni... Zie memang tak suka pantai sebabnya air dan udara dipantai akan menyebabkan kite rasa berlengas. Sepanjang hayat Zie rasanya boleh bilang dengan jari je Zie mandi pantai... huhhhh... memang tak suka. Baik air jeram pulak... Aqil dan Amalia sibuk dok ajak mamanya ni main air sama... sory la setakat kaki je boleh la, itu pun kejap2 aje.

Amalia macam biase la kalau dah ke pantai memang susah nak balik... tak puas main pantai sebab kejap sangat. Takpa lain kali kite datang lagi yer...

02 January 2012

Betul2 merasa summer...

Dua hari ni cuaca di Adelaide memang panas... suhu mencecah lebih 40 degree. Kami memang tak sanggup keluar rumah... dalam rumah pun kami dok berkurung dalam satu bilik yang gelap kemudian pasang portable aircond. Masing2 dok layan internet dan games aje. Nak makan baru keluar kejap ke dapur ambik makanan dan makan dibilik. Makan pun ringkas2 aje tak sanggup Zie nak berperang di dapur lama2 kalau cuaca panas macam ni. Kalau masak pun cepat2 aje. Memang terasa summer tahun ni... last year tak sempat merasa sebab kami balik Malaysia. Malam nakk tido pun tak selesa, gelisah dibuatnya sebab panas sangat.

Aqil siap berdarah hidung lagi sebab panas sangat. Time macam ni mula lah rindukan winter dan hujan pulak. Lagi satu time macam ni mula la teringat Malaysia dan rasa nak balik cepat. Walaupun Malaysia panas tetapi takde lah sampai nak kena berkurung dan tak boleh kuar rumah macam ni. Esok suhu semakin turun, harap2nya dapatlah kami kuar dari rumah dan pergi jalan ke mana2... bosan jugak dok berkurung aje macam ni. Cepat2 la summer berlaluuuuuu...

01 January 2012

Selamat Hari Lahir Ma!


Selamat menyambut hari lahir yang ke 59 MA. 59 tahun... tanpa disedari detik masa berlalu begitu pantas. Ita sayangkan MA. Tiada tolok bandingnya kasih sayang MA kepada kami semua. Terima kasih atas kasih sayang yang MA curahkan selama ini. Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah MA lakukan untuk kami. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami. Terima kasih MA... terima kasih untuk segala-galanya. Tiada kata-kata lain yang dapat Ita ungkapkan selain terima kasih dan rasa syukur kepadaMu Ya Allah kerana menganugerahkan hambamu ini seorang ibu yang tiada tolok bandingannya.

Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan buat MA, kurniakan kesihatan yang baik kepada MA, lanjutkan usia MA, murahkan rezeki MA dan sentiasa memberi kebahagiaan kepada MA di dunia dan akhirat.

Ita sayang MA.

Happy New Year 2012


Detik jam 12 malam... bermulanya tahun baru 2012. Harapan tahun baru ini semoga Zie dan keluarga akan beroleh kehidupan yang lebih baik daripada hari2 sebelumnya. Zie ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua!


31 December 2011

Nak bernafas pun tak sedap...

Sat
Dec 31
Sun
Jan 1
Mon
Jan 2
Tue
Jan 3
Wed
Jan 4
Thu
Jan 5
Fri
Jan 6
sunny
Sunny
sunny
Sunny
mostly sunny
Mostly sunny
late shower
Late shower
clearing shower
Clearing shower
mostly sunny
Mostly sunny
mostly sunny
Mostly sunny
Maximum 38°C 41°C 39°C 35°C 28°C 28°C 31°C
Minimum 20°C 23°C 27°C 25°C 18°C 15°C 14°C



Summer oh summer... memang terasa kehangatan mu. Mulai hari ini cuaca sangat panas iaitu 34 degree. Pagi tadi kami ke kedai2 berdekatan untuk tumpang aircond. Balik rumah Amalia terus berendam dalam kolamnya untuk sejukkan badan. Kejap kami pasang kipas... kejap pasang portable aircond supaya tak panas. Kami berkurung dalam bilik dan tutup semua tirai supaya cahaya tak dapat masuk. Cuaca panas macam ni nak bernafas pun rasa tak sedap.

Esok tak tahu la macam mana... cuaca paling panas setakat ini terpaksa kami hadapi iaitu 41 degree. Kalau ikutkan Adelaide Forecast cuaca panas berturut2 dalam masa 4 hari ini. Memang tak kuar rumah lah jawabnya. Semoga kami dapat bertahan... Tahun Baru tahun ni disambut dengan cuaca panassssssssssss...

Tumpang aircond jap...

Lepas menonton wayang kami jalan2 di kedai2 feveret yang ada kat sini... biase la apa lagi kalau bukan kedai kitchenware. Nak balik rumah takut kepanasan pulak nanti... masuk kedai kat sini at least dapat tumpang aircond kejap.

Kalau jalan2 aje mesti tak best, nak tak nak kena jugak beli sesuatu... tambah2 lagi boxing day masih ada. Alamak rupa2nya hari ini hari Sabtu... hari ini sepatutnya Zie ke GS. Baik pulak Zie sebab tak ke GS hari ni yer... hehehe... Bukan apa sebenarnya nak stop dulu buat sementara waktu ke GS. Kalau teringin nanti boleh pergi balik... lagi pun kami dah nak balik, masa yang ada ni lah jangan dipersia2kan. Balik Malaysia nanti tak jumpa dah GS ni... pasti Zie akan merindui GS.

Penat berjalan kami singgah minum coffee kejap. Sekali-sekala dapat lepak di kedai macam ni kan best... Bukan apa sebenarnya kami nak tumpang aircond sama sebab tak sanggup nak naik kereta dalam keadaan panas terik macam hari ini. Sambil minum Zie dok perhatikan gelagat orang2 OZ yang ada dalam kedai ni... seronok jugak tengok mereka ni, macam2 fesyen dan style... tak kira muda atau tua mereka tampil bergaya. Bagi pasangan yang dah berumur mereka masih romantik. Kalau bab romantik ni memang Zie tabik la... di mana2 pun Zie perhatikan walaupun pasangan itu dah tua mereka masih berpegangan tangan kalau berjalan... Kalau orang kite pun mungkin ada tapi segelintir aje... jangan kata nak tunggu tua, dah dapat anak sorang dua pun dah tak tahu ke mana romantiknya... jalan pun jauh2 aje.

Sebelum balik kami ke kedai feveret hubby... masuk tengok2 je, takde benda nak beli pun sebenarnya. Tengok Amalia tu... teringin betul dia nak guna Ipad... insyaAllah ada rezeki kite beli yer. Nak beli di sini orang kata di Malaysia lagi murah... jadi bersabar lah dulu Amalia yer, guna aje lah Ipod dulu.

Lega dapat menumpang aircond... esok dan lusa cuti sempena tahun baru, semua kedai tutup... dah lah cuaca maximum 41 degree, kat mana la kami nak tumpang aircond, jawabnya kena berkurung aje dalam rumah. Semoga kami dapat bertahan...

Mari menonton,,,

First time kami menonton wayang semenjak berada di Adelaide ni... Aqil lah yang berhajat sangat nak menonton wayang. Dah lama dia ajak tapi sekarang baru hubby berkesempatan memandangkan sekarang hubby dah free dan anak2 pun masih bercuti. Kami menonton di Norwood Parade yang agak dekat dengan rumah kami.

Aqil excited nak tengok cite 'The Adventure of Tintin'...boleh tahan jugak cite ni.

First time kami menonton wayang 3D... satu pengalaman baru buat kami semua. Orang lain memang dah selalu kot... biase la kami selalu ketinggalan. Takpa yang penting akhirnya dapat merasa jugak.

Aqil hepi akhirnya dapat datang menonton wayang... kalau di Malaysia Aqil selalu je pergi menonton wayang dengan hubby. Masa tu Amalia kecik lagi... jadi ini satu pengalaman baru buat Amalia. Jangan ada pulak yang ajak menonton tiap2 minggu sudah... dah la kalau diconvert harga tiketnya rasa banyak jugak. Sekali-sekala boleh la...

Sebesar2 popcorn hubby belikan... habis ke nak makan ni?

Sekali-sekala menonton macam ni bersama keluarga best jugak... lepas ni kite ajak papa datang tengok cite 'Alvin and the chipmunks 3' pulak yer...

29 December 2011

Boxing Day - Hari Ke4

Laaaaaaaaa... ingatkan semalam dah hari last shopping kat HS. Rupa2nya tak habis lagi... bila nak habis ni? Memang betul cakap Zie dalam entry sebelum ni kan, selagi kotena terakhir tak berlayar (shipping) selagi tu la, ada aje yang nak dibeli.

Mula2 ambik bakul aje... tengok2 terlebih had la pulak dan bakul pun tak daya ditarik. Apa lagi hubby nak beli tu? bakul dah melimpah tu?

Akhirnya terpaksa ambik troli jugak... macam2 lagi kami beli untuk memenuhkan bilik belakang. Memang terasa sungguh berboxing tahun ni... ini pun sebab kami dah nak balik, kalau tidak maunya nak beli awal2 semua barang2 ni kalau tahun depan tak balik Malaysia lagi. Lagi satu hubby tengah free sekarang ni sementara tunggu SVnya semak first draft. Boleh la layan Zie dan anak2 macam ni. Cukup lah sudah aktiviti berboxing tahun ini. Alhamdulillah semua dah dapat.

Kalau ikutkan kami shopping sikit2 aje ni... ada orang lain lebih hebat bershopping dan tak kira musim. Bagi kami time2 ada sale macam ni je lah dapat betul2 merasai nikmat bershopping. Apa2 pun Alhamdulillah rezeki yang diberikan olehNya untuk kami sekeluarga.

Boxing Day - Hari Ke3

Tak habis2 lagi berboxing... hari ni kami ke HT sekali lagi. Hari tu tak habis lagi membeli walaupun seharian dah berada di sini. Hari ni orang dah tak ramai sangat compare masa first boxing day. Rasa selesa sikit nak membeli.

Baybled lagi...


Macam biase kami kena belikan Aqil dan Amalia mainan kalau tidak mau ada yang buat hal dan nak balik cepat2 nanti. Mula lah kite nak membeli pun tak senang... lepas dapat apa yang mereka nak baru lah boleh kite shopping dengan tenang.

Tak sah kalau tak masuk kedai GT kalau ke sin... kalau dah masuk mesti ada aje yang tersangkut. Tak sabar nak guna mould ni... Amalia mesti suka.

Levi's ada sale 50 percent off... memang murah sangat. Masa kami datang hari pertama boxing day hari tu orang ramai sangat dalam butik Levi's ni, tak sanggup nak masuk dan beratur masa nak bayar. Tapi sayangnya hari ni dah tak banyak pilihan... tapi tertangkap la jugak sehelai dua. Padahal yang beli sebelum ni pun tak terpakai lagi.

First time Zie ke HT dulu memang kedai ni terus menarik minat Zie... antara sebabnya dalam kedai ni ada mixer idaman Zie, Alhamdulillah dah dapat beli. Walaupun dah beli ada aje barang2 dalam kedai ni yang Zie nak beli lagi. Ye la selagi tak habis yang ada dalam list dan selagi tak balik Malaysia mesti ada aje barang yang nak dibeli.

Hari ni macam2 barang lagi Zie beli... memang lepas ni nak kurangkan aktiviti berGS sebabnya walaupun ada barang2 sama yang dibeli di GS, nampak yang baru nak beli lagi. Pikir2 balik baik beli barang baru je terus lagi berbaloi untuk dibawak balik. Tapi boleh ke nak berhenti aktiviti berGS? hehehe...

Lepas habis bershopping di sini kami ke T3 plaza pulak... laaaaa... ingatkan dah habis, nak beli apa lagi ni?

Sebelum shopping di sini kami isi perut dulu. Semua dah kelaparan. Lega dapat makan...

Selepas makan agenda bershopping diteruskan... kami ke HS lagi. Ingatkan nak beli satu dua barang aje ... tengok2 penuh troli pulak kami angkut. Alang2 nak shopping biarlah bersungguh2 kan... harap2 ini last la kami shopping kat sini sempena boxing day ni sebabnya dah takde tempat nak letak semua barang2 ni. Bilik belakang hampir penuh dengan barang2 yang kami beli masa boxing day ni .

Sebelum balik sempat pulak singgah Myer... saje masuk sebab Zie nak tengok ada satu barang idaman kat sini, sama ada harganya murah atau tidak sempena boxing day ni, sayangnya takde sale... kena tunggu dulu la. Tengok slogan Myer dalam gambar ni bukan main lagi... takan lah sampai nak menangis kalau tak dapat beli sekarang, takde maknanya... kecuali Aqil dan Amalia yang selalu menangis kalau tak dapat beli mainan hehehe...

Suka tengok donut maker dll ni... dah ada satu cukup la... itu pun tak tahu nak guna atau tidak.

Masa ke Myer ni Zie sengaja pergi bahagia KA, just nak tengok harganya turun atau tidak. Memang tak turun pun... mahal compare dengan harga di HT. Mujurlah masa beli mixer KA di HT hari tu takde warna feveret Amalia ni, kalau tidak mau ada orang yang mengamuk suruh beli mixer warna pink ni. Tapi memang cantik jugak warna ni... cukuplah dah ada 2 mixer.

Tengok2 dulu... hubby cakap tahun depan dia nak berboxing sorang diri dan turn dia pulak beli barang2 sendiri. Ye la tu tengok2 ada orang dari Malaysia call dan suruh beli itu ini hehehe... harus rasanya, betul tak Aqil dan Amalia?.

28 December 2011

Boxing Day - Hari ke2 Part 1

Hari ke2 kami ke T3 Plaza untuk berboxing... kami memang plan datang awal sebab nanti susah nak cari parking. Masa kami sampai orang masih belum ramai dan semua kedai belum pun dibukak lagi.

Tapi bila kami masuk dalam, rupa2nya dah ramai yang sedang menunggu di depan BigW ni... entah apa yang mereka kejarkan sangat. Kalau orang Melayu ke sini semua nak kejar corelle sebab sekarang ada sale. Walaupun ada sale Zie tak beli banyak pun sebab tak berkenan mugnya yang gedabak besarnya tu... banyak beli yang loose aje. Aqil dan Amalia macam biase lah tak sah kalau tak beli mainan.

Selepas shopping di BigW kami ke HS pulak... kat sini memang banyak barang yang Zie nak beli... siap ada list lagi. Bila diperhatikan sebenarnya tak semua barang murah masa boxing day ni. Rupa2nya ada sesetengah barang tu harganya lebih murah sebelum krismas. Jadi sebelum membeli kena rajin2kan diri cek katalog sebelum dan selepas.

Akhirnya semua barang dalam list dah dibeli... yang tak termasuk dalam list pun terbeli jugak, tu yang parah. Banyak lagi barang2 yang akan dibeli di sini sebelum balik nanti... tunggu sale yang akan datang pulak, sebab ada member beritahu kadang2 mid year sale lagi murah compare masa boxing day ni.

Zie hepi sangat sebab dapat beli semua barang yang dihajatkan... thanks hubby. Selepas shopping di sini kami pulang ke rumah dan kemudian akan keluar semula untuk berboxing di city pulak.