23 July 2011

Niat dihati tak nak pergi dah tapiiiiiiiiiiiiiii...

Macam mana ni kononnya taknak pergi dah ke garage sale (GS) tapi tak berjaya jugak. Memang taknak pergi pun tapi dah on the way ke K-Mart tadi terpandang pula sign board GARAGE SALE... akhirnya mengungat imanku. So kena la hubby berhentikan keretanya supaya si isteri dapat turun mengarage hehehe... Kononnya taknak ke GS sebab nak beli barang2 baru tapi tak berjaya jugak. Rancangnya mulai bulan ni nak mula kumpul barang2 baru sebab next year kami dah nak balik Malaysia... tapi takpa la beli barang elok di GS dan dalam masa yang sama dapat jugak barang baru lagi la bestkan? hehehe... minggu ni dah dapat 3 barang idaman Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu next week/month...

Mulai sekarang Zie bertekad (amboi bertekad tuuuu... memang bersungguh benar, harap2 ye la) kalau ke GS taknak beli barang2 mengarut tapi nak beli barang2 yang berfaedah (berfaedah bagi Zie la hehehe...). Tak macam awal2 dulu banyak jugak beli barang yang mengarut (ye la awal2 dulu tak tahu apa yang orang beli/cari di GS). Bagi sesetengah orang maybe GS ni tak best tapi bagi Zie best tambah2 kalau dapat barang2 yang elok dan ada kegunaannya. Rasanya banyak barang2 GS yang elok dan menjadi rebutan bagi orang yang suka ke GS di sini yang Zie dah dapat (nanti suatu hari Zie cite yer yang lain2). Tapi ada lagi yang belum dapat...

Zie suka GS tambah2 kalau dapat hasil yang lumayan... lumayan bagi Zie, maybe bagi orang lain tidak. Kali ni Zie dapat Noritake Dinnerset for 4 person made in Japan masih nampak baru lagi. Harganya just $40... lepas bargain2 dapat la $35. Kalau nak beli baru memang mahal set Noritake ni, beratus harganya malah ada yang sampai beribu. Sebelum ni pun dah pernah beli set Noritake tapi dah jual pada member sebab dia berkenan sangat. Walaupun dah jumpa di GS yang baru Zie berangan nak beli jugak... tengok la kalau ada rezeki. At least 4 atau 6 set... mak aiii... banyak betul, nak buat apa banyak2, setakat nak buat perhiasan je takde faedah tapi kalau nak tukar2 guna ok la, macam mana Mr. Azul ok tak?.


Nak buat macam mana sejak datang sini hobi Zie ialah kumpul barang dapur termasuk pinggan-mangkuk yang comey2. Tapi jangan pulak nanti orang masuk rumah Zie di Malaysia ada pulak yang bertanya 'ni rumah orang ke atau kedai jual pinggan?' hahaha... Ikut la apa orang nak kata yang penting Zie hepi hehehe... hobi masing2, kiranya hobi aku ni hobi murahan je... tak macam sesetengah orang lagi hebat hobi2 mereka.

Besday ramai2...



Hari ni kami terima jemputan makan2 di Enfield park sempena majlis besday... kali ni 4 orang meraikan hari lahir masing2. Kami dijamu dengan nasi kerabu, laksa Kelate dan sudah semestinya ayam/lamb BBQ dan banyak lagi makanan lain/potluck.


Sambil makan sambil berborak... syok3...

Kaum bapa sedang menikmati makanan sambil berborak, mesti macam2 topik mereka bincangkan... anak2 pulak tak tahu la apa yang mereka bualkan, sekali-sekala jumpa la katakan...

Dapat main2 di park hepi la anak2 Adelaide ni... tambah2 yang pakai baju pink tu... nampak tak? tu la Amalia puteriku...

Amalia suka la kalau nampak kek besday macam ni... tunggu yer Amalia next year mama buat besday party untuk Amalia...

Acara kemuncak... acara memotong kek oleh besday boy and besday girl... masing2 tak sabar nak makan kek nampaknya...

Yum... yum... bestnya kek ni, tambah2 pulak ice cream cake, lagi la Amalia suka walaupun sejuk melanda ais-krim tetap menjadi pojaan Amalia hehehe...

Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami.

Alamak macam mana nak masak ni?

Dua tiga hari lepas masa Zie tengah memasak tiba2 gas habis... ayam dah memang dok dalam kuali, perut pulak terasa lapar... nak beli gas pulak bukan macam di Malaysia kite call order and orang hantar depan pintu. Hubby ke Uni. takan nak call suruh balik semata2 nak suruh beli gas. Kacau keje dia je nanti. Mujur ada deep fryer yang Zie beli di GS boleh la guna... first time guna ni macam takut2 la pulak. Tapi lepas guna ok je... Alhamdulillah boleh la kami 3 beranak makan nasi hehehe...

20 July 2011

Harap2 tahan sejuk

Harap2 pakai boot ni tak la terasa sejuk lagi lepas ni... memandangkan pakai stokin pun kaki terasa sengal2 dan mencucuk2 sebab sejuk sangat, akhirnya terpaksa jugak beli winter boot ni. Nak pakai kejap je masa winter ni, jadi Zie beli yang murah2 je... harga boot ni $5 je after diskaun. Lama dah plan nak beli tapi nak tunggu yang murah... akhirnya ada pun yang ni. Lepas guna memang ok kaki tak rasa sejuk... Tahu tak? boot ni Zie pakai dalam rumah tau... memang selesa dan kaki taklah rasa nak krem atau masuk angin sebab kesejukkan, rasa nak pakai sokmo hehehe... Lepas ni rasanya nak beli satu lagi la untuk pakai luar rumah.

First time sampai sini.

Dah lama teringin nak datang sini tapi baru hari ini tercapai hajat. Besar jugak Marion Shopping Mall ni tapi kedai2nya lebih kurang sama aje yang ada di T Tree Plaza. Kami singgah sekejap aje di sini... just nak kenal tempat ini. Nak shopping takde lah... just jalan2 aje.

Winter ni macam2 penyakit menyerang

Selain dari cuaca yang sejuk time winter pelbagai penyakit mula menyerang. Memang kami kena berhati2 dan memastikan kesihatan dijaga dengan sebaik mungkin. Time winter macam ni lah pelbagai penyakit mula menyerang terutamanya selsema dan batuk selain daripada penyakit2 lain. Kami akan kurang melakukan aktiviti diluar rumah untuk mengelakkan daripada sebarang masalah timbul dengan keadaan cuaca yang sejuk ni. Kadang2 tu suhu kurang dari 10 degree... memang sejuk tak tertahan. Baju pun terpaksa dipakai berlapis2.

Kami sentiasa berdoa kepadaNya supaya dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga kami dijauhi daripada pelbagai penyakit.

Banyak yang menarik tapi mahalnya...

Sampai jugak Zie dan famili ke tempat yang dikatakan orang banyak jual corelle and corning second hand ni, mengikut kata ramai pinggang-mangkuk kat sini cantik2 dan harganya lebih murah jika dibandingkan yang baru... memang la nama pun dah second handkan... jom kite masuk apa ada kat dalam ni...

Jalan punya jalan di dalam ni memang banyak sangat barang2 yang menarik perhatian Zie... memang banyak sangat terutamanya pinggan-mangkuk made in England huhuuuuuuuu... mengugat jugak imanku ini. Lepas belek2 barang2 kat sini, mak oiii... harganya mahal la, macam bukan harga second hand je... kalau ikutkan harga2 barang kat sini baik Zie beli di GS je.

Banyak2 kedai yang Zie pergi... kedai ni salah satu kedai yang jual barang2 baru dan harganya tak lah mahal sangat. Banyak jugak yang menarik kat sini.

Chopping board pun macam2 jenis ada... tertangkap jugak satu...

Toys memang banyak dijual kat sini... tapi harganya memang mahal, baik beli baru terus.

Pusing punya pusing... satu barang je Zie beli... ialah semuanya mahal, dah la barang second hand. Tapi kalau terdesak nak balik nanti kalau teringin nak beli kena la datang lagi kat sini.

13 July 2011

Solok

Tak sangka kat Adelaide ni ada jual lada untuk buat solok... kalau kat Bangi dulu pun susah nak dapat lada ni, sebabnya orang kata lada ni asal dari Thailand. Memandangkan lada solok ada jual kat sini so boleh la Zie buat solok... tapi masalah lain pulak, kat sini tak tahu nak buat pakai ikan apa yang sedap. Hari tu first time buat guna fish fillet je... sedap jugak. Rasanya dah 2/3 kali Zie buat solok semenjak dok sini.

Nak buat solok ni tak la susah sangat... tapi bagi yang orang tak pernah buat memang rasa macam susah. Kena try buat dulu baru kite boleh tahu senang atau susah. First time buat kalau tak menjadi takpa yang penting kena rajin mencuba sehingga berjaya. Tapi rasanya kalau sapa2 nak buat solok ni akan jadinya kalau betul resepi dan caranya.

Resepi nak buat solok ialah:

Bahan2:
3 ekor ikan kembung/selayang (rebus/bakar dan kemudian tumbuk/kisar)
3 cawan kelapa muda
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
3 hiris halia (tumbuk)
1 biji telur
sedikit air asam limau
lada hitam (ikut suka)
garam & gula
10 biji lada solok

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan.
2. Masukkan dalam lada yang telah dibuang biji.
3. Masukkan dalam periuk... tuangkan santan cair hingga lada separuh tenggelam... boleh la rebus.

Kalau taknak letak dalam lada... Zie pernah tengok orang letak dalam petola ular, timun atau capsicum boleh jugak. Selamat mencuba!

Biasenya solok ni sedap dimakan dengan nasi kerabu...

Kuih cara manis

Dah hampir setengah tahun Zie bawak acuan kuih cara ni, tapi hari ni baru menjadi kuih caranya. Kuih ni memang selalu Zie buat masa di Malaysia sebabnya Zie dan anak2 suka makan kuih ni. Lagi pun senang nak membuatnya. Tapi ada jugak sekali-sekala beli di pasar. Aqil memang suka sangat kuih ni pantang nampak kalau orang jual mesti dia nak.

Kali ni Zie buat sikit je, nak try dulu... risau jugak lama dah tak buat takut tak menjadi. Bahan2 untuk buat kuih cara ni ialah:

100 g tepung gandum
200 ml santan
1 biji telur
Air/perasa pandan
sedikit garam
Gula untuk filling

Cara membuatnya:
Campur je semua bahan (Zie agak2 je kepekatannya)... masukkan dalam acuan yang telah disapukan minyak (Zie guna daun pandan sebagai brush acuan), masukkan separuh je, letakkan gula sebagai filling... letak lagi adunan hingga penuh. Tutup acuan... tunggu lebih kurang 5 minit. Dah siap boleh la makan... hati2 jangan makan masa panas2 nanti ada pulak yang melecur mulut.

Jangan penuh sangat nanti melimpah keluar dan lagi satu jangan terlalu lama masak nanti bentuknya tak cantik. Kalau bulan pose memang laku kuih ni. Satu lagi cara berlauk emmmm... sedap jugak. Lain kali nak cuba buat la. Selamat mencuba!!!...

11 July 2011

Laksam

Laksam atau laksa Kelantan memang makanan feveret semua ahli keluarga Zie termasuk la kami anak-beranak. Dah lama tak buat laksam ni... risau jugak tak menjadi, satu lagi risau kalau tepung beras sini tak sama dengan tepung beras kat Malaysia. Tapi kalau tengokkan tepung berasnya cap gajah dan from Thailand jugak. Harap2 menjadi... 3 paket Zie bancuh, jenuh hubby nak mengukusnya. Sampai nak patah pinggang katanya. Kalau orang tak biase buat, mula2 memang rasa susah, kalau dah biase senang je...

Bahan2:
1 paket tepung beras
1600 ml air suam
1 sudu besar minyak
Tudung periuk untuk buat laksam (atau apa2 aje yang leper sesuai untuk masak laksam)

Cara mebuatnya:
1. Panaskan air dalam periuk kukus.
2. Sapukan minyak pada tudung periuk.
3.Bancuh semua bahan termasuk 1 sudu minyak. Tuangkan bancuhan dalam tudung periuk yang telah dipanaskan terlebih dulu... anggaran 2 senduk, tunggu hingga masak... nak tahu sama ada ia dah masak tengok pada permukaan laksam tu ada gelembung2, anggaran lebih kurang 5 minit. Kemudian gulungkan macam dalam pic di atas. Siap laaa... Ooohhh... yer... sebelum gulung tu kite kena toreh keliling tudung periuk... apa nak cakap yer... Zie ambil pisau dan lalukan keliling laksam yang dah masak tu supaya senang nak gulung.

Nak buat laksam ni memang senang tetapi tak tahannya nak kena berdiri lama2... lenguh jugak kaki dibuatnya.

Kuah laksam/laksa

Bahan2:
1/2kg ikan kembung/selayang
1/2kg santan
6 ulas bawang merah
4 hiris halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam keping

Cara mebuatnya:
1. Ikan direbus (masa rebus Zie masukkan garam dan asam keping) dan diperisi.
2. Tumbuk/kisar bawang, halia dan isi ikan tadi.
3. Masukkan santan ke dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk/kisar tadi, serbuk lada hitam, garam,gula dan asam keping.
4. Masak hingga mendidih.

Kalau Zie buat takde sukatan pun, just agak2 dan kalau rasa dah ok tu kiranya bahan dah cukup. Kuah jangan cair dan jangan pekat sangat. Kalau di Malaysia Zie suka guna ikan selayang sebab rasanya lebih manis. Kat sini Zie guna ikan sardin...

Laksam sedap dimakan dengan ulam, kacang panjang, timun, daun kesom, taugeh, kubis dan bunga kantan (tapi kat sini tak pernah nampak bungan kantan). Kalau di Kelantan macam2 daun kayu ada yang sesuai untuk dimakan dengan laksam. Selain dari ulam sambal jugak pelengkap hidangan ini.

Untuk sambal biasenya Zie guna cili kering... rebus cili kering, kemudian masukkan garam dan gula. Itu aje... sesetengah orang suka letak belacan, tapi Zie tak suka. Ok kepada yang mintak resepi ni dimasukkan ke dalam blog Zie ni boleh la cuba buat laksam ni sekarang. Selamat mencuba.

Lompat tikam

Kuih lompat tikam ni kuih tradisi orang Kelantan. Di Kelantan orang panggil 'lopak tike'. Tak tahu pulak asal-usul kuih ni... kenapa orang panggil lompat tikam, maybe sebab ada pulut merah tu kot... tak sure nanti kalau rajin Zie cari history lompat tikam ni. Biase kuih ni orang makan pada bulan puasa tapi sekarang kalau di Kelantan ada je orang jual di mana2 (Pasar tani, Pasar Siti Khadijah gerenti ada orang jual kalau ada sapa2 teringin nak makan boleh la beli kat sini). Kalau di Bangi dulu kalau di pasar malam setiap Selasa dan Sabtu ada la orang jual... iaitu di pasar malam dekat dengan Shell, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi tu. Kalau bulan puase memang ramai yang menjual lompat tikam ni.

Kalau pagi pulak ada orang jual di pasar awam BBB dan ada beberapa buah restoran yang menjual lompat tikam ni, misalnya di Restoran Sri Balang, Seksyen 4 BBB, Restoran Ayam Kampung belakang Warta, Restoran Sri Bangi, Selera Pantai Timur dan ada 5 atau 6 lagi restoran... Kalau sapa2 pernah beli di tempat2 ni semua termasuk yang di pasar malam dan pasar awam BBB lompat tikam tu Zie la yang buat hehehe... ok tak? sedap tak?. Kalau tengok dari segi sambutan tu macam sedap... ye la nak buat makan untuk menjual ni kena la buat sedap2 sama dengan selera kite nak makan, baru la orang belikan?. Banyak lagi makanan yang Zie letak di semua tempat ni masa sebelum bekerja dulu, nanti lain kali kite cite lain... sekarang nak cite pasal kuih lompat tikam. Kalau nak cite memang banyak benda Zie pernah menjual dulu... next time Zie cite yer...

Untuk buat tepung warna hijau ni bahan2nya:

1 paket tepung beras
1000 ml air
1/2 sudu teh kapur makan

Cara2nya:
1. Bancuhkan semua bahan ni, kemudian tapiskan ke dalam periuk.
2. Masak di atas api perlahan dan hendak la sentiasa dikacau supaya tak berketul.
3. Kalau Zie nak tahu samada dah masak atau tidak Zie tengok kalau dah berkilat tu tandanya dah masak. Lebih kurang 30 minit.
4. Tuang ke dalam loyang/ bekas. Biarkan sejuk baru boleh potong (elok buat sehari sebelum atau malam)

Bahan untuk nak buat pulut ni ialah 1 cawan beras pulut (sebelum tu jangan lupa basuh dulu beras pulut ni) direndam dengan pewarna merah (kalau di Kelantan orang panggil sumbo, ia dalam bentuk serbuk dan kalau ikutkan warna pulut ni kena merah terang, memandangkan kat sini tak tahu ada ke tidak menjualnya Zie just rendam dengan sirap je la... pink la pulak jadinya, takpa la asalkan pulut je...) dan sekeping asam keping. Tujuan letak asam keping ialah supaya pulut nampak berkilat. Biase pulut tak perlu masak banyak... masa nak makan letak sikit je. Bahan lain ialah santan dan sedikit garam.

Cara nak membuat pulut ni senang je... Zie masukkan pulut dalam loyang kemudian masukkan santan yang telah diletakkan garam. Santan ni dimasukkan sehingga pulut ni tenggelam. Kemudian kukus la sehingga pulut ni masak.

Lompat tikam dimakan dengan kepala santan dan gula melaka yang telah dimasak. Untuk buat kepala santan bahannya:

2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras yang dibancuh dengan air.
garam secukup rasa.

Cara mebuatnya:
Panaskan santan hingga mendidih, kemudian masukkan bancuhan tepung beras dan garam. Kena sentiasa kacau supaya sebati dan tak berketul. Nampak dah pekat ok la... siap........

Untuk gula melaka bahannya 2 cawan air, 1 cawan gula melaka, 1 cawan gula dan sehelai daun pandan. Masakkan sehingga gula cair siapppppppp... sonang je...

Sapa2 yang suka makan kuih ni boleh la cuba buat...

10 July 2011

Dah besar anak mama ni...

Hepi besday Aqil... hari ni umur Aqil dah 9 tahun, dah besar hero mama sorang ni. Alhamdulillah Aqil dah sihat setelah beberapa hari dok sakit telinga dan demam. Pada mulanya mama rasa macam taknak buat majlis besday Aqil ni sebab risau Aqil sakit telinga lagi. Just nak beli hadiah dan kek besday untuk Aqil dan lepas tu bergambar je. Tapi Alhamdulillah Aqil dan sihat boleh la mama buat majlis besday untuk Aqil. Semoga Aqil hepi dan kembali ceria seperti biase.

'HAPPY BESDAY AQIL'... Semoga Tuhan panjangkan umur Aqil, murahkan rezeki Aqil dan semoga Aqil sentiasa menjadi anak yang sihat, soleh, pintar dan hensem. Mama, papa dan Amalia sayang Aqil. Mama sentiasa mendoakan Aqil berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Kek besday Aqil tahun ni... Zie plan nak buat sendiri tapi tak menjadi. Aqil nak kek padang bola tahun ni tapi mamanya tak pernah2 buat krim sendiri dan nak mendeco2 kek, jadi tak terbuat la keknya. InsyaAllah nanti mama cuba buat jugak. Akhirnya kek kedai hijau jugak menjadi pilihan.

Amalia pun nak kek sama... Zie buat la cupcakes untuk Amalia. Edible image ni memang dah lama beli... beli kat mana tau? Beli kat Malaysia la... jauh datangnya ni. Kat sini tak sure ada ke tak. Tercapai jugak Amalia nak buat dan makan cupcakes ni walaupun tak berapa menjadi... hehehe... rasanya mama kena belajar betul2 cara nak buat kek, cupcake, krimnya dan cara nak mendeko2 kek ni sebabnya Amalia suka sangat makan kek. Rasanya mama kena beli sesuatu yang boleh menyenangkan keje mama nak membaking ni...

Aqil nak hadiah ni je tahun ni... kad bola, suka sangat dia dapat kad bola ni.

Selain daripada majlis besday Aqil tujuan majlis makan kali ni jugak untuk meraikan kawan2 yang belum pernah datang ke rumah kami, raikan kawan2 yang nak balik terus ke Malaysia dan sempena menyambut Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi.

Antara juadah yang sempat Zie sediakan ialah nasi kerabu dengan ayam percik dan daging bakar, laksam, lompat tikam dan kek span. Harap2 semua yang hadir puashati dapat menikmati semua makanan yang ala kadar je ni.

Kaum bapa memenuhi ruang tamu... syok la sekali-sekala berjumpa macam2 cite dapat dikongsi sama sambil makan2.


Kaum wanita terpaksa duduk di bahagian tengah... kira ok la yer, harap2 semua selesa... Ramai jugak yang kami ajak kali ni. Lebih kurang 25 famili... penuh kete depan rumah, sampai jiran sebelah tanya ada apa ni ramai2. Ye la alang2 buat biar la puas hati dan ajak ramai sikit, sekali penat je... ini pun masih ramai yang belum kami ajak. InsyaAllah lain kali pulak.

Gina dan famili antara tetamu yang paling lewat datang... ye la Gina masih kepenatan buat makan di rumahnya semalam dan hari ni pagi2 lagi ke airport untuk hantar Ayu Hairol pulang.

Aqil dan Amalia tak sabar2 nak bukak hadiah... terutamanya Amalia. Danish dan Ryan pun tak sabar2 nak tengok hadiah Aqil... mami mereka ajak pulang pun mereka taknak... takpa nanti kalau ada masa ajak mami dan daddy datang rumah abang Aqil lagi, boleh la main sama2.

Nasib baik ada jugak hadiah untuk Amalia... kalau tidak mau ada yang mengamuk nanti. Thanks Aunty Gina.

Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan terima kasih jugak sebab bagi hadiah pada Aqil. Maaf dipinta dari kami sekeluarga kiranya ada sebarang kekurangan dan kesilapan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan syukur kepadaNya sebab berikan kami rezeki untuk melaksanakan majlis ni.