04 June 2011

Surprise untuk Ma and famili di kampung

Sedapnya cheesecake... aku dan anak2 memang suka sangat makan cheesecake yum...yum.., tiba2 teringat pada ma di kampung dan kebetulan salah seorang member FB aku ada buat homemade cheesecake. Aku plan nak buat surprise untuk ma dan famili di kampung. Plan aku bermula dengan aku call ma di kampung dan buat2 bertanyakan kepada ma "ma suka kan makan cheesecake?", ma aku jawab "suka, kenapa?"... aku saje beritahu "takde macam ni... orang dok tengah cari resepi nak belajar buat cheesecake ni...". Lepas tu kami terus berbual bab lain. Pada hal aku memang tahu ma pun suka makan cheesecake... saje je tanya...

Plan seterusnya aku contact member di FB tu... tengok2 akak tu stay di KL... so macam mana yer?. Lepas tu aku terpikir sekarangkan cuti sekolah maybe akak tu akan balik ke kampungnya di Kelantan. Lepas aku send msg pada akak tu dia reply dan beritahu dia memang akan balik kampung cuti sekolah ni... Alhamdulillah boleh la aku laksanakan plan aku ni. Aku pun mula la order kek mana yang aku nak, bagi address dan buat pembayaran. Aku order New York Cheesecake... harap2 ma suka yer...

Akhirnya hari yang ditunggu2 tiba... ni la akak yang buat cheesecake tu, namanya Kak As, memang terro buat cheesecake. Lebih kurang dalam pukul 7 petang Kak As sampai di rumah ma, on the way balik ke rumah maknya dia terus singgah di rumah ma. Aku dah pesan pada kembar aku supaya jangan bagi ma ke mana2. Pada Ila pun aku tak beritahu apa surprise ni. Mereka semua tertanya2... ma siap pikir macam2. Yang lucunya Ila dok pikir ada orang nak datang masuk meminang ma ke?... huhhhhhhhhhh... bukan la, takan aku nak suruh ma kawin lagi, tak payah nak cari penyakit la ma. Ma dok pulak dok pikir best friend atau kawan lamanya nak datang ke? macam2 mereka pikir... kelakar2...

Taraaaaaaa... akhirnya semua terjawab surprise cheesecake rupanya. Ye... ni je surprise dari Ita di Adelaide, masa mother's day hari tu belum kenal dengan Kak As ni lagi, so terpaksa la bagi lewat sikit. Takpa yang penting cheesecake dah selamat ma terima... harap2 ma suka makan cheesecake ni. Aku call ma and ma cakap terima kasih dan beritahu cheesecake ni sedap.

Ila pun cakap cheesecake ni sedap... Ila cakap lain kali buat la lagi macam ni, mereka suka hahaha... InsyaAllah kalau ada rezeki boleh la buat lagi. Sehari dua sebelum ni Ila pun plan nak order cheesecake dengan Kak As ni tengok2 hari ni dah dapat makan... takpa makan je yang ni dulu, lain kali boleh beli lagi.

Yum...yum... nampak menyelerakan, terliur pulak dibuatnya. Tak boleh jadi nih... aku kena buat cheesecake la pulak lepas ni. Tungguuuuuuuuuuu... cheesecake from Zie's Kitchen.

Selamat menjamu selera buat semua di kampung, masa makan tu ingat2 la kami di sini... laaa... macam nak raya la pulak hehehe...

Strawberry cheese tart... yummy

Amalia dan Aqil nak makan strawberry cheese tart la pulak hari ni... so terpaksa la mamanya ni buat walaupun keletihan selepas mengemas di dalam garage. Resepi ni aku ambik dari cousin aku Rini. Memang sedap... bezanya Rini buat bluberry cheese tart, aku punya strawberry cheese tart.

Seronok la kalau dapat tengok mamanya masak2...

Sesiapa nak cuba boleh la ambik resepi ni... boleh cuba buat sendiri, kalau di Malaysia mahal jugak rasanya tart ni orang jual. First time aku makan masa raya entah tahun bila masa Wak bawa balik... memang sedap, sejak dari itu la aku sudah mula jatuh cinta dengan cheese tart ni. Sekarang dah pandai buat sendiri sonang la... cuma kena rajin la sikit yer...

Sweet Pastry


Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen v
anilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung gandu
m
1 sudu besar tepung susu

Kaedah penyediaan :

1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau dan tekan dengan garfu.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk.


Filling
250gm cream chee
se
20gm butter
60gm caster sugar
1 biji telur
Strawberry filling.

1. Putar cream cheese, butter & gula hingga kembang...masukkan telur & putar hingga sebati.
2. Paipkan filling ke dalam pastri yang sudah di masak...Masukkan sedikit strawberry filling..lorekkan ikut suker.

3. Bakar semula selama 10 minit.


Cuba jangan tak cuba... sedapppppppp...

01 June 2011

Amalia menangis nak cheesecake...

Hari ni hubby hantar Amalia ikut jalan besar... Amalia nampak kedai cheesecake terus dia nak, tapi hubby tak singgah pun. Sampai je di kindy Amalia menangis nak cheesecake... jenuh aku memujuknya dan cakap balik sekolah nanti kite beli. Amalia sedih dan menangis masa aku tinggalkan dia di kelas. On the way balik aku dan hubby terus singgah beli cheesecake untuk Amalia.

Masa aku ambil Amalia di kindy terus dia tanya "mama beli cheesecake tak?" aku cakap "tengok la kat rumah ada atau tak... surpriseee...". Sampai je rumah Amalia terus buka peti. Bukan main hepi lagi dia dan siap cakap "kalau macam ni Yaya sayang mama, nanti Yaya belikan mama hadiah... hadiah corelle yer...". Tergelak aku dibuatnya... cerdik betul Amalia ni dan dia tahu yang mama dia ni minat pinggan-mangkuk termasuk lah corelle.

Tak payah hadiah2 pun takpa la Amalia... cheesecake ni untuk anak2 mama yang mama sayang. Asalkan anak2 mama hepi, sihat, cerdik dan baik mama dah puashati.

31 May 2011

Chicken Crepe from papa... yum...yum...


Rasa bosan dok makan nasi je... hari ni hubby sediakan chicken crepe untuk kami... Aqil teringin nak makan sebab teringat masa makan di Airport Kelantan di Hot & Roll. Hari ni hasrat Aqil tercapai nak makan... walaupun rasanya tak sebijik macam di Hot & Roll, tapi kira sedap jugak la...sekali- sekala makan macam ni best jugak tambah2 kalau hubby yang sediakan... boleh la mama kitchen bercuti and papa kitchen ganti pulak...




Ni la rupanya kalau yang di Hot & Roll.

Masa di Airport Kelate...

Lain kali kalau Aqil atau Amalia teringin nak makan apa2 cakap je... mama and papa boleh sediakan setakat yang termampu. Thanks papa... resepi boleh search dalam internet... banyak sangat.

29 May 2011

Jemput makan nasi bukhari...

Hari ni tak tahu nak masak apa... kalau masak nasi putih tak tahu nak masak lauk apa. Asyik masak lauk sama bosan la pulak. So hari ni aku try menu baru yang aku tak pernah buat sebelum2 ni... iaitu nasi bukhari. Resepi biase la dari internet iaitu di http://www.resepi.mesra.net/Detailed/873.shtml

Best makan masa panas2... jemput makan semua...

23 May 2011

Daging... ayam... daging... ayam huhhhhh...

Semenjak dok di Adelaide ni asyik makan lauk daging and ayam je... pi mai pi mai... ayam daging, ayam daging... dah tak tahu nak masak masakan apa. Lepas godek2 dalam internet terjumpa lah resepi yang aku tak pernah buat tapi rasanya pernah makan di kenduri2 kawin masa di Malaysia iaitu daging masak itam. Menu baru dari dapurku... boleh tahan jugak masakan ni, masak punya masak terlupa masukkan santan. Terlupa tu bukannya apa sebab masa aku rasa... rasanya dah sedap and tak sabar nak makan dengan nasi panas... Kalau letak santan mesti lagi sedap kot... takpa la lain kali aku masukkan santan, daging masak itam versi lain pulak. Resepi ni aku ambik dari blog Mamak Penang... lupa pulak nak bookmarks entry tersebut so tak boleh lah nak syer dengan kengkawan, takpa nanti aku godek2 sekali lagi untuk cari balik resepi ni...


Masakan ni sesuai jugak makan dengan nasi minyak atau nasi beriani... kali ni aku terlebih pedas so Amalia tak boleh makan sangat, kalau tidak mesti Amalia merantah je ni... Menurut Mamak Penang tersebut lauk ni dimakan dengan nasi kandar... aku rasa macam tak pernah pulak makan nasi kandar dengan lauk ni... kari ada lah. Maybe ada lauk ni aku je yang tak pernah pilih atau makan. Apa2 pun terima kasih Mamak Penang...

22 May 2011

Hepi besday Tihah

Hari ni kami ke majlis besday Tihah yang ke 5 tahun, Tihah ini anak Imah Nazri salah seorang famili member kami di sini. Sebelum makan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan surah Yassin beramai2. Agak ramai jugak tetamu yang Imah jemput... semua terpaksa berkumpul di dalam rumah sebab hujan.

Kami dijamu dengan nasi ayam dan macam2 makanan lain yang dibawa oleh masing2... aku bawak puding roti pelangi tu je. Ada kek coklat, ada rojak buah, ada agar2, sushi dan banyak lagi, yang paling best cheesecake ni... Imah yang buat, ramai yang mintak resepi sebab sedap. Aku pun mintak jugak tapi tak tahu bila masa nak try membuatnya. Tapi memang kena buat sebab Aqil suka sangat, siap bagi markah 10/10 ala2 masterchef gitu...

Masing2 dok menjamu selera... hujan2 ni perut terasa cepat lapar dan nak makan je, Alhamdulillah hari ni dapat makan macam2 makanan, tapi macam biase la makan sikit dah rasa kenyang... dok lama sebab ralik berborak dengan kengkawan, maklum la sekali-sekala berjumpa macam2 la ceritenya.

Ini la Tihah satu2nya anak Imah Nazri... 'Hepi besday Tihah', acara terakhir acara potong kek... bukan main hepi lagi budak2 ni semua termasuk la Amalia dan Aqil... masing2 tak sabar nak makan kek dan dapat goody bag, nasib baik Amalia tak mengamuk nak potong kek sama.

Ini aje hadiah dari Amalia untuk Tihah... terima kasih sebab sudi menjemput kami. Tak lama lagi Imah and famili dah nak balik Malaysia... semoga semuanya dipermudahkan.

Puding roti pelangi


Nak bawak apa yer nak pergi rumah Imah? Takan nak bawak biskut kering je... cari punya cari rsepi akhirnya terjumpa la resepi puding roti pelangi ni di myresepi, so hari ni terbuat la puding roti pelangi ni. Rupa2nya tak lahh susah sangat membuat puding roti ni... senang sangat membuatnya. al-maklum lah sebelum ni aku tak pernah buat puding roti... Banyak versi puding roti ni rupanya, salah satunya puding roti pelangi. Lain kali nak cuba buat puding roti versi lain pulak lah... puding roti pelangi ni lebih kurang macam puding marble je...


Kepada kengkawan semua kalau ada roti yang dah nak tamat tempoh tu dan rasa taknak makan begitu sahaja, boleh la try make this pudding... it is very simple and easy...

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar
2 biji telur

1 tin susu cair

5 sudu makan susu pekat manis

3 keping roti

3 sudu gula

2 sudu besar orange juice

Pewarna hijau

Pewarna merah

Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dengan air. Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dengan menggunakan blender, kisar roti dengan telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan orange juice dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna merah dan hijau.
  6. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.Sejukkan.