23 April 2011

GS paling tak best!

Banyak2 Garage Sale hari ni paling tak best... sebabnya tak banyak ada GS dan yang ada pun barang2nya tak menarik. Maybe mat2 salleh malas buat GS sebab bercuti sempena Easter Day. Kali ni Yaya dapat barang2 best.

Yaya dapat Barbie trolley luggage bag ni... $10 je masih elok dan nampak baru. Kalau brand new memang mahal.

Satu lagi Barbie make-up case ni... memang baru sangat. Nampak je terus Yaya nak... harganya $6. Kalau kat kedai mesti mahal jugak ni.

Aqil dapat mainan2 ni... comey2 jugak, aku pun berkenan.

Aku dapat ni je hari ni... tak pernah2 aku dapat hanya satu barang. Kalau sebelum2 ni banyak barang aku selalu dapat dan semuanya best2 dan menarik. Takpa la nak buat macam mana rezeki aku dapat set arcopal je hari ni. Kebanyakan barang2 yang aku beli di GS semuanya menarik dan elok2.... Tapi aku malas nak upload pic dalam blog ni nanti takde cerite lain pulak... penuh dengan hasil GS je...

Kalau nak cerite pasal GS ni memang best, terutamanya kalau kite dapat barang2 best dan harganya pulak murah. GS ni memang berhantu, kalau kite ke GS dan dapat barang menarik membuatkan kite makin syok dan excited nak ke GS. Awal2 dulu kalau ke GS aku selalu beli macam2 jenis barang yang aku rasa aku suka, macam tak berfaedah dan boleh menyemakkan rumah. Tapi lama2 baru aku tahu apa yang aku nak dan barang yang aku beli mesti sesuatu yang menarik, susah nak dapat (sesetengah barang, terutama barang2 hiasan), ada brand, berharga dan yang paling penting barang2 tu aku suka dan boleh digunakan atau ada faedah.

GS ni bergantung kepada rezeki jugak... kalau ok, hasilnya lumayan. Tapi aku tak lah ke GS semata2 nak cari sesuatu. GS salah satu aktiviti orang2 kat sini termasuk lah orang2 kite. Aku ke GS sebab nak isi masa di hujung minggu dan sambil2 tu kalau ada barang berkenan beli, kalau takde tak payah (tapi jarang tak beli sebab jumpa barang best mesti la beli kan...). GS ni menyebabkan orang ketagih... aku biase2 je, ada lagi orang yang lebih advance dalam aktiviti menggarage ni... dah hasil2nya lumayan. Dengar cite awal2 pagi dah kuar rumah untuk ke GS. Aku takde la beria sangat...

22 April 2011

Cuti lama... bosannya dok rumah

Lepas makan2 di Tandoori Heaven kami ke Hazelwood Park. Ini first time kami datang park ni. Sempena cuti ni ramai la pulak orang. Ye la nak ke shopping kompleks semuanya tutup. So dengan berpiknik di park dan anak2 bermain di playground la aktiviti orang2 OZ. Termasuk la kami... nak dok rumah cuti2 ni bosan jugak. Park ni agak besar dan banyak jenis permainan ada di sini. Aqil dan Yaya mula2 segan sebab orang ramai sangat tapi lama2 ok pulak. Yaya macam biase la taknak balik bila dah syok main. Aqil dapat kawan baru hari ni... siap main soccer sama2. Lain kali kite boleh datang lagi...

Cuba makan di kedai baru bukak


Hari ni hubby ajak kami makan di kedai baru bukak... tak sampai sebulan lagi kedai ni beroperasi. Kedai ni dekat je dengan rumah kami. Kami makan makanan ala2 kedai mamak macam di Malaysia. Ingatkan kedai ni tutup sempena Good Friday tapi nasib baik bukak. Tapi sepanjang kami makan di sini takde customer lain pun yang datang. Mula la aku pikir ok ke tak makanan di kedai ni?. Kami tak order banyak makanan sebab nak try dulu makanannya kena atau tidak dengan selera kami.

Makanan ni namanya samosa chat... boleh tahan jugak. Dalamnya ada samosa macam biase kite makan... isi kentang tapi dihidang dengan chickpea curry, tamrind sauce, green chutney and yogurt.

Tandoori chicken, sedap tapi macam tak berapa masak.

Chicken tikka masala dimasak dengan tomato, ginger, onion and spices.

Alhamdulillah dah kenyang... thanks papa.

Kalau boleh nak borong banyak2...

Tengok je iklan ni keluar aku terus teruja rasa nak beli beras ni banyak2... sejak datang sini suka pulak aku makan beras basmathi tambah2 lagi kalau buat nasi beriani. Ye la sapa tak teruja separuh harga... semua benda yang nak beli kena ambil kira kat sini. Masa sale ni la nak beli banyak2 buat stok. Hubby balik je dari Uni. aku terus tunjukkan iklan ni... hubby cakap ok esok papa pergi beli.

Aku siap cakap beli banyak2 masa harga murah ni... kalau boleh untuk makan masa puasa atau raya sekali. Amboi padahal puasa lambat lagi... takpa lah kan. Tapi hubby beli 8 bag je... kalau ikutkan aku 10 bag pun takpa. Harap2 cukup la stok ni sementara menunggu sale yang akan datang. Sini selalu ada sale tak hairan, harap2 ada lagi harga macam ni di masa akan datang.

17 April 2011

First time datang sini...

Lepas makan di The Ghan Kebab House... Aqil cakap taknak balik rumah. So hubby pun bawa la kami ke Norwood Parade ni. First time kami datang sini... sebelum ni kami cuma lalu je dan tak pernah singgah.

Banyak kedai2 kat sini seperti kedai barang dapur, butik, restoran, kedai kasut, kedai buku dan macam2 lagi...



Bestnya masuk kedai ni... dapat tengok peralatan dapurnya yang pelik2 dan cantik2, sukanya kalau dapat beli semua yang berkenan dihati...

Lepas masuk kedai yang menjual barang2 yang mama suka... turn untuk masuk kedai untuk beli barang anak2 pulak. Dah lama tak beli buku di kedai buku... sejak datang sini asyik beli di GS je, sekarang papa bagi beli... pilih la... kalau di Malaysia setiap kali keluar mesti beli di kedai buku. Dok sini semua kena jimat2 yer...

Taraaa... dah dapat sorang satu.

Kedai ni pun best jugak... banyak benda yang aku nak beli di sini, satu dah dapat... next time nak datang lagi, ada benda yang aku nak di sini. Harap2 hubby bagi la yer...

Bagus betul anak2 mama ni... sambil tunggu mama tinjau2 barang dalam kedai tu mereka sabar menunggu sambil membaca.

Placemate ni semuanya cantik2... harganya pun boleh tahan.

Thanks hubby sebab belikan aku sesuatu kat sini.

On the way balik Yaya menangis nak ais krim... mujur ada kedai Cold Rock ni, macam2 jenis ais krim ada di sini. Syok la yer... huhuuu... sejuk2 pun nak makan ais krim. Ok dah... jom balik. Tempat ni dekat je dengan rumah kite. Lain kali kite ajak papa datang lagi...


Dah lama tak makan di sini...

Rasanya dah lama tak datang makan di The Ghan Kebab House ni... entah mimpi apa hubby ajak kami makan di luar hari ni. Biasenya susah nak makan luar ni... kecuali kalau anak2 mintak nak makan di luar... Bagus jugak, hari2 masak memang rasa bosan jugak, bukan aje orang yang memasak bosan, orang yang nak makan pun bosan sebab mama dia orang ni kadang2 tak tahu nak masak apa dan dok ulang menu yang sama je. Sekali-sekala dapat makan luar memang menyeronokkan.

Kami paling suka makan ayam ala2 tandoori ni...

Nasi ni makan tanpa lauk pun sedap... salah satu sebabnya beras basmathi ni... panjang2, sedap dan wangi je...


hepi dapat makan luar yer?

Tak sabar nak makan...

Thanks papa... lain kali bawa la kami makan luar lagi... best la... hehehe...

13 April 2011

Aqil make Easter Egg

Pada 24 dan 25 April nanti merupakan hari sambutan Easter di sini. Sempena sambutan itu kelas Aqil membuat Easter Egg. Easter Egg adalah salah satu simbol Easter selain daripada arnab. Telur dan arnab dikatakan sebagai simbol kesuburan dan kehidupan baru. Telur dan arnab telah dikaitkan dengan adat dan tradisi sambutan Easter sejak berkurun-kurun lamanya. Patut la di shopping mall banyak jual coklat bentuk telur dan arnab. Berkenan jugak aku tengok... sebab cantik2 dan menarik je warna2nya. Yaya dah beli hari tu sebab berkenan tengok coklat bentuk arnab.

Aku pun tak berapa tahu sangat pasal Easter ni... Kalau nak tahu peristiwa dan sejarah Easter ni kena la search dalam internet... tengok la kalau rajin nak jugak tahu kisah sebenarnya. Sekadar ingin tahu...



Aqil dapat jugak merasa membuat Easter Egg ni iaitu coklat dibuat seperti bentuk telur... menurut Aqil telur yang besar ni teachernya bagi, yang kecik tu Aqil buat sendiri. Syok jugak yer kat sekolah pun ada belajar buat coklat... banyak jugak Aqil dapat bawa balik, Yaya pun dapat merasa sama.

End of term 1 celebration

Hari ni last day Yaya bersekolah untuk term 1. Kejap je dah cuti, ye la Yaya cuma ke kindy once a week. Tapi Alhamdulillah kali ke2 Yaya hepi dan tak nangis dah. Sempena nak cuti ni, di kindy Yaya ada puppet show yang bertajuk ' I feel fine, how about you'.


Yaya and her friends are fun to watch the puppet show. This is the first time Yaya watch the puppet show. Hepi sangat dia... aku tak sempat nak ambil gambar puppet show tu sebab datang lewat.

After the show, kanak-kanak dijamu makanan yang dibawa oleh masing2. Sepatutnya Yaya perlu bawak makanan untuk party dan makan tu akan dikongsi bersama dengan kawan2 yang lain. Aku tak bawak sebab tak tahu dan tak terima surat (suratnya dah dibagi lama sebelum Yaya sekolah di sini lagi, maybe teacher Yaya pun lupa nak bagi). Tapi teachernya cakap tak kisah sebab makanan dah banyak. Takpa next time la...

Makanan banyak sangat sampai Yaya tak tahu nak ambil yang mana satu...

Aku kena make sure Yaya ambil makanan yang boleh makan je... sebab tak semua makanan yang ada halal.

Yaya with her friends... termasuk la Zakuan. Best jugak kalau macam ni... hepi je tengok budak2 ni dapat makan ala2 berpiknik gitu.

Yaya with her teachers Helen Einthal (Director kindy ni) and Ann Francis. Walaupun baru 3 kali bersekolah Yaya cepat dapat menyesuaikan dirinya di kindy ni. For the next term Yaya akan ke kindy 4 kali seminggu. Mama harap Yaya hepi dan tak nangis2 kalau nak ke sekolah tau...

06 April 2011

Yaya dah tak nangis






Hari ni Yaya hepi je nak ke sekolah... Yaya dah tak nangis. Alhamdulillah kalau tidak mama risau sangat kalau Yaya menangis setiap kali nak ke sekolah. Mama harap Yaya akan selalu hepi macam ni kalau nak ke sekolah tau. Doa mama sentiasa mengiringi Yaya... semoga Yaya dapat menyesuaiakan diri di sekolah, sentiasa hepi, rajin dan selamat sepanjang masa berada di sekolah.