30 August 2011

Juadah dipagi raya...

Kalau hari raya juadah raya merupakan satu perkara sangat2 penting yang perlu disediakan untuk famili... kalau di kampung juadah raya memang banyak sangat, sampai penuh meja... kadang2 ada yang terlupa nak dihidangkan. Di Adelaide ni Zie sediakan juadah setakat yang termampu dan yang boleh dibuat je... nak beli memang takde jual kat sini. Ada sikit2 pun jadi lah untuk menghidupkan suasana di hari raya dan semoga anak2 hepi.

Main menu rendang ayam, ketupat nasi (yang segera je...), kuah kacang dan sate... untuk anak2 makan, sesiapa yang datang awal kalau ada boleh la makan... Zie buat sikit je... bukannya pandai sangat nak buat sate ni, setakat nak makan sendiri dan keluarga ok la.

Biskut raya yang Zie sempat buat biskut dahlia, kelapa, tart jem dan chocolate oatmeal. Untuk kerepek/kudapan pulak tempeyek dan sarang terbuan/kuih ros je... kerepek pisang sira tu kawan bagi. Ramai yang nak datang rumah sebab nak makan tempeyek dan sarang terbuan... siap yang ada suruh simpan risau kehabisan nanti tak dapat makan. InsyaAllah ada...

Ni la rupa sate Zie... banyak lagi kena belajar, memang nak kena belajar hingga betul2 jadi dan sedap sebab kami suka makan sate... nak beli takde dijual kat sini. Kalau balik Malaysia nanti pun tak payah nak beli2 lagi... kalau dah terro boleh buat sendiri je... dah jumpa orang yang terro buat sate ni... kalau dia ok dan izinkan boleh la belajar, itu pun kalau bukan secret recepie la... kalau tidak kena berguru di internet je la... kena try and error la hingga betul2 menjadi. Ada sesiapa tahu resepi sate yang sedap tak, boleh la inform pada Zie... itu pun kalau ada sesiapa yang tak kedekut ilmu dan nak share la...

Aqil paling suka makan sate... pagi raya mesti nak kena ada sate...

Tetamu pertama kami Surah dan famili... makan kenyang2 yer. Surah cakap dia tak buat apa2 pun sebab busy dengan study... takpa, orang faham sesiapa yang study memang busy. Selamat menjamu selera.

Makan jangan tak makan... rugi, time2 raya macam ni la nak makan puas2 rendang dan ketupat.

Alhamdulillah kite telah menjalani ibadah puase selama sebulan... InsyaAllah tahun depan dan seterusnya kite diketemukan lagi dengan bulan yang mulia itu. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Zie dan keluarga. Kepada sesiapa yang nak datang ke rumah... jemput la datang yer... tahun ni kami tak plan nak buat open house, sesiapa nak datang... silakan datang je.

29 August 2011

Ye... ye... esok hari raya...



Malam raya banyak perkara nak kena buat tapi tak sure lagi esok raya atau tidak. Kami masih tertunggu2 pengumuman dari masjid dan Adelaide Islamic Center. Zie nak masak rendang, nak cucuk sate, masak kuah kacang dan macam2 lagi tapi serba-salah... kalau esok tak raya macam mana? takan nak buat awal2kan nanti basi la pulak... Lepas dapat tahu esok raya kami masih confuse sebab ada yang kata raya esok, ada yang kata lusa... mana satu ni? Kami terpaksa call kawan2 untuk confirmkan sama ada esok raya atau tidak. Lepas betul2 confirm baru la kami teruskan aktiviti mencucuk sate, Zie masak rendang dan kuah kacang. Hubby dan Dayah tolong cucuk sate...

Amalia excited dan tak sabar2 nak masukkan biskut dalam bekas... dah tahu esok nak raya boleh la Amalia masukkan biskut2 raya ke dalam bekas dengan bantuan Dayah.

Tahun ni first time Dayah beraya di perantauan dan berjauhan dengan famili. Kami ajak Dayah beraya bersama kami... at least takde la Dayah rasa keseorangan dan bersedih dipagi raya. Aqil dan Amalia sibuk nak skype sama dengan famili Dayah... sempat la dia orang berkenalan dengan atok dan famili Dayah yang menyambut Aidilfitri di Johor. Ayah Dayah pun sempat berbual dengan hubby. Jangan risau kami akan make sure Dayah hepi beraya bersama kami. Dayah ni study di Uni. SA Magill... dekat je dengan rumah kami. Harap2 Dayah selesa di rumah kami dan sory lah kalau ada kekurangan yer...

Zie masak rendang ayam... satu kuali jugak, sapa2 yang datang boleh la makan rendang ni... tahun ni tak plan pun nak buat open house, sesiapa nak datang... datang je, makan aje apa yang ada.

Ketupat nasi segera... senang dan jimatkan masa, kalau ada ketupat palas lagi best tapi sini mana ada orang jual daun palas, kalau ada tentu Zie dah buat ketupat daun palas sebab Aqil dan Amalia memang suka makan ketupat... takpa la nanti mama buat ketupat pulut dengan cara lain.

Kalau raya tak sah kalau tak main bungapi, lepas berbuka terus Amalia ajak main bungapi... baru la ada feel nak beraya... Walaupun beraya di perantauan Zie tetap hepi sebab dapat beraya bersama hubby dan anak2 tercinta. Selamat Hari Raya semua...

Last day berpuase...



Hari ni hari terakhir kite berpuase... sedih la pulak rasa sebab bulan yang mulia ni dah nak berakhir. Hari terakhir berpuasa ni Zie masak simple2 je sebab dok sibuk buat macam2 untuk sambut raya esok. Just buat ayam masak merah, tomyam dan puding as a dessert.

Tetamu kami diakhir Ramadhan ialah Hidayah dan Imah sekeluarga... Kami ajak Hidayah beraya bersama kami, kesian pulak nanti kalau dia sorang2 beraya... mau ada yang menangis nanti sebab ingatkan famili, dah lah first time dia nak beraya di sini. Imah pulak ini kali ke 2 kami jemput dia berbuka di rumah kami, kesian dia busy dengan macam2 perkara... banyak benda yang nak disettlekan sebelum balik for good weekend ni.

Alhamdulillah genap sebulan kami dapat menunaikan ibadah puase... semoga semua amalan kami diterima dan diberkati olehNya dan semoga kite ketemu lagi Ramadhan akan datang... Ye... ye... esok hari raya, syoknya raya... huhuuu... kalau di Malaysia mesti lagi meriah. Apa2 pun kami tetapi gembira beraya di sini. Macam2 benda nak buat untuk raya esok, at least terasa suasana nak beraya... Aqil dan Amalia lah paling hepi nak beraya esok. Syok jugak beraya di perantauan ni... nanti Zie cite pasal malam raya for next n3 yer...

26 August 2011

Syoknya Raya di Malaysia...

Kalau di Malaysia mesti dah lama terasa kemeriahan nak beraya. Baru berpuasa 2 minggu pun mesti dah terasa suasana tu. Huhuuuuuuu... kat sini biase la tak rasa apa2 pun... dengar lagu raya pun macam tak ada feel aje. Saat2 macam ni la terasa rindu sangat pada Malaysia. Antara suasana yang paling Zie rindu ialah shopping raya... mesti seronok sangat, walaupun Sogo sesak dengan orang. Kami memang suka shopping di Sogo je... senang semua ada kat situ, terutama baju anak2, banyak choice. Kat sini takdenya nak shopping untuk raya, just pakai yang mana ada... ye ke? tak lah Zie memang dah beli baju raya untuk kami... just untuk pakai di pagi raya. Hari lain dah pakai macam biase sebab cuaca masih sejukkkk...

Paling Zie rindukan sangat di Malaysia kalau time raya macam ni ialah saat2 nak balik kampung... mesti seronok sangat, walaupun jalan jem berbelas2 jam, ini lah yang baru dinamakan raya... huhuuu... best2.

Kepada yang nak pulang ke kampung tu... pandu lah kete elok2, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Yang paling utama Zie suka dan rindu sesangat time2 raya ni sudah semestinya saat2 bersama keluarga tercinta (gambar ni gambar lama... raya 2007, masa ni arwah abah masih ada... Al-fatihah). Rindu sangat saat2 ni... rindu sangat pada ma, waaaaaaaaaaaaaa...

Walaupun suasana raya tak terasa Zie tetap buat apa yang patut untuk menggembirakan hati sendiri dan keluarga, terutamanya anak2. Tapi rasanya Aqil dan Amalia tak kisah pun kalau tak beraya kat sini, mereka pun bukannya ambil berat sangat pasal raya ni, kalau ada ye, kalau takde pun takpa. Raya pulak pada Selasa ni, hari bekerja dan bersekolah... so sehari je la boleh bercuti, itu pun anak2 kena mintak cuti dari teacher masing2 dan hubby dengan SVnya. Apa2 pun kami tetap akan menyambut Hari Raya secara ala kadar kat sini. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua, maaf kiranya ada salah dan silap.

22 August 2011

Tetamu iftar terakhir...


Rasanya hari ni hari last kami menjemput tetamu untuk iftar di rumah kami sempena Ramadhan tahun ini. Kami menjemput Gina & famili, Najwa & famili, Kak Shidah famili dan Hidayah. Merekan semua ni antara jiran2 terdekat kat sini. Sebagai main dish Zie buat nasi kabshah dan soto. As a dessert Zie buat agar2 santan aje. Selain makanan yang Zie buat banyak jugak makanan yang dibawa oleh tetamu... macam2 ada antaranya samosa, cucuk udang, keledek goreng, lopis dan kek gulung, penuh meja dibuatnya...

Ni la rupanya soto yang Zie buat... first trial ni tau, tak pernah2 Zie buat soto, termasuk la begedil daging tu... Zie tak puashati la sebab kuahnya tak terangkat macam yang Zie pernah makan sebelum2 ni... satu lagi tawar, maklum lah pose2 ni nak rasa tak bolehkan. Takpa next time Zie nak try buat lagi sampai betul2 puashati. Begedil tu dah sedap dah... Resepi soto ni Zie ambil dari internet maybe sukatannya tak betul... rasa macam ada bahan yang tak cukup. Walaupun kurang menjadi tetapi Alhamdulillah habis dimakan.

Selain tu Zie sediakan nasi kabshah (makanan orang Arab). Zie dah jatuh cinta pada nasi kabshah ni masa pertama kali makan di rumah member, Najwa. Najwa ni memang terro masak masakan belah2 Middle East sana. Sebab dia dan famili pernah menetap di sana. Memang kena dengan selera kami semua. Dah lama plan nak belajar buat nasi kabshah ni dengan Najwa tetapi hari ni baru kesampaian. Terima kasih kepada Najwa sebab sudi ajar Kak Zie masak nasi ni dan siap bawah rempahnya sekali. Suka sangat kalau dapat belajar masak makanan yang kite suka makan...

Sementara tunggu berbuka... anak2 dengan aktiviti mereka.

Ok dah berbuka... selamat menjamu selera kepada semua para tetamu. Yang pakai tudung warna coklat ni la Najwa (sifu nasi kabshah hehehe... thanks Najwa).

Aqil tak sabar2 nak jumpa kawan2nya... hepi dapat berbuka ramai2 macam ni...

Thanks Hidayah sebab melayan budak2 ni...

Selepas berbuka dan sembahyang anak2 main bungapi. Terima kasih kepada semua yang sudi datang... maaf kiranya ada kekurangan. Buat Gina dan Kak Shidah selamat pulang beraya di Malaysia, huhuuuuuuu... seronoknya, nak ikutttttttt... Masa di Malaysia nanti jangan lupakan kami di sini yer... balik nanti jangan lupa bawak biskut raya (sedapnya tart jem gebussss... biskut feveret kami tu). Najwa dan Hidayah kite raya sama2 kat sini yer...

20 August 2011

Iftar lagi...

Sebelum2 ni kami menjemput kawan2 yang dah nak balik terus ke Malaysia. Dah settle semua yang nak balik, kami jemput kawan2 terdekat dan rapat dengan famili kami di sini. Iftar kali ni kami menjemput Dr. Hafiz dan Surah dengan keluarga. Hari ni Zie masak nasi ayam, spaghetti goreng dan kuih pau goreng je.

Surah siap bawak ikan stim ni... entah apa kenama ikan ni pun tak tahu. Ikan2 kat sini tak sama dengan ikan2 di negara kite. Kami jarang beli ikan sejak dok sini, kalau beli pun ikan kecik2 je, sebabnya Zie memang tak suka sangat makan ikan... tambah2 lagi kalau ikan tu besar2 dan nampak pelik je. Kami kerap beli fish fillet je... itu pun berbulan nak habiskan. Sedap jugak ikan stim yang Surah buat ni... ala2 Thai punya masakan. Zie just try kuahnya aje...

Makan puas2 yer... makanan memang banyak, lepas sembahyang boleh sambung makan lagi sambil borak2. Lama jugak kami berborak... macam2 soalan ditanyakan kepada Dr. Hafiz tentang masalah kesihatan. Terima kasih kepada Dr. Hafiz sebab sudi melayan kami semua. Hujung minggu ni Hafiz nak balik Malaysia. Selamat pulang beraya di Malaysia tahun ni yer Hafiz... mesti hepi sebab dah 7 tahun beliau tak balik beraya bersama famili di Malaysia.

Anak2 menjamu selera sambil berborak hal2 mereka... entah apa yang dibincangkan pun tak tahu la. Takpa lah yang penting masing2 makan.

Lepas sembahyang sesi yang ditunggu2 oleh Aqil dan Amalia... apa lagi kalau bukan main bungapi. Asalkan dapat main... walaupun dapat main sikit je pun takpa, dah kira hepi sangat. Ye la kalau raya takde bungapi macam tak sah je kan... walaupun di sini ada bungapi besi ni je, ni pun dah kira ok dan dapat menimbulkan suasana raya, yang penting anak2 hepi.

Thanks kepada Hafiz dan Surah with famili sebab sudi datang ke rumah kami.

18 August 2011

Moreh untuk yang nak pulang...

Lepas berbuka di rumah, kami ke rumah Surah sebab dia menjemput kami mengadakan moreh untuk meraikan Haiza dan Azidi yang akan balik terus ke Malaysia esok pagi. Surah dan Gina berpakat untuk mengadakan moreh ni sebab mereka dah tak berkesempatan nak menjemput Haiza dan Azidi ke rumah masing2 untuk berbuka kerana Haiza dan Azidi dah nak balik segera ke Malaysia. Dengan moreh ni Surah dan Gina tak la terkilan sangat. Kami memang dah awal2 lagi menjemput mereka berbuka selepas tahu mereka akan balik ke Malaysia.

Ni la Umar (kecik lagi masa ni). Umar tak datang masa moreh ni sebab Haiza tinggalkan Umar bagi menghabiskan masa2 terakhir di Adelaide ni bersama pengasuhnya.

Terasa sedih pulak masa bersalaman dengan Haiza, walaupun dapat jumpa lagi di Bangi nanti tapi rasa lain je... maybe sebab Haiza ni jiran terdekat kami dan Zie pulak pernah mengasuh anaknya Umar (sekali-sekala je, kalau pengasuh Umar balik Malaysia). Azidi pulak selalu membantu kami, antaranya kalau tengah2 malam kami rasa ada something di luar rumah (macam orang tapi sebenarnya takde pun...) kami akan contact Azidi datang dan hubby dengan Azidi akan sama2 cek sekeliling rumah untuk make sure takde apa2. Rasanya dah 2 kali kami call Azidi... lepas ni takde dah orang yang boleh tolong kami... InsyaAllah takde apa2, mintak dijauhkan. Terima kasih dan halalkan segalanya yer...

Banyak jugak hidangan Surah sediakan walaupun balik lewat dari Uni... mengalahkan masterhef Australia ni... kalau balik awal tak tahu la banyak mana lagi makanan, tapi Zie tak makan pun sebab dah kekenyangan sangat... masa berbuka di rumah tadi terus makan nasi. Mampu jamah kuih je kat rumah Surah ni... Sebagai potluk Zie just bawak ketayap inti kentang je...

Tinggal la keluarga kami bertiga je sebelah East ni (yang paling dekat) selepas Haiza balik huhuuu... Apa2 pun buat Haiza selamat meneruskan perjuangan di Malaysia nanti yer. Maybe rezeki Haiza ada di Malaysia... Selamat pulang ke tanahair esok, semoga semua urusan dipermudahkan.