24 April 2012

Amalia dah masuk primary school...

Alhamdulillah dah besar anak mama... hari ni hari pertama Amalia belajar di East Marden Primary School as a receptions student. Dapat la Amalia bersekolah bersama Aqil dan kawan2 rapatnya di sini iaitu Ika dan Zakuan. Term ni senang lah papa atau mama sebab Aqil dan Amalia dah sekolah sama, senang lah nak hantar dan ambik... sekali je...

Tengok tu... bukan main hepi dan bersemangat Amalia nak ke sekolah... mama harap hari2 Amalia macam ni tau. Jangan pulak esok lusa ada yang menangis taknak ke sekolah.

Mulai hari ini Aqil kena tengok Amalia sama tau di sekolah... semoga Aqil dan Amalia rajin2 belajar dan berjaya yer...

Mak mana yang tak risau kalau hari pertama anak mereka bersekolah... termasuk lah Zie ni, bukan apa risau bab nak ke toilet, bab nak makan, bab berkawan, bab bermain dan macam2 lagi la... macam2 pesanan Zie pada Amalia sebelum dia ke sekolah. Mama harap dan berdoa sangat semoga Aqil dan Amalia pandai jaga diri dan uruskan diri, sentiasa selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah.

Hubby  pun turut sama menghantar Aqil dan Amalia dihari pertama persekolahan.


 Ini la kelas Amalia... nama teachernya Miss McGregar. Mujur kelas Aqil dan Amalia bersebelahan aje... senang la nak berjumpa time rehat.

Alhamdulillah hari pertama bersekolah sudah berakhir... Amalia nampak letih, maklum lah sebelum ni di kindy separuh hari je. Sekarang bersekolah di sini lebih kurang 8 jam Amalia berada di sekolah. Awal2 ni Amalia memang akan terasa penat sikit... lama2 nanti dah biase ok la. 

Semoga anak2 mama sentiasa rajin, bersemangat nak ke sekolah dan yang paling penting pandai jaga diri sepanjang berada di sekolah. All the besttt...

19 April 2012

Minggu terakhir Amalia di kindy... sedih la pulak rasa.

Hari terakhir Amalia di kindy... setahun Amalia belajar di sini. Macam2 ragam sepanjang Amalia bersekolah di sini. Alhamdulillah akhirnya Amalia berjaya jugak menghabiskan persekolahannya di Paradise Kindergarden ni. Zie pulak rasa sedih sebab next term Amalia dah tak sekolah di sini lagi. Macam2 kenangan sepanjang Amalia bersekolah di sini.


Antara bestfriend Amalia di kindy ni ialah Wafa dan Rodja. Wafa sudah sememangnya lah sebab Wafa pun dari Malaysia. Rodja ni dari Syria... Amalia suka ke kindy kalau ada Wafa dan Rodja, kalau ada salah seorang pun takpa, jangan dua2 takde mula la dia buat perangai dok cakap 'Yaya takde friend... Yaya takde friend'. Awal2 persekolahan di sini Amalia berkawan dengan Zakuan... setelah Zakuan masuk primary school Rodja la menjadi bestfriendnya... lepas tu Wafa pulak masuk sekolah sini, lega Zie sebab semenjak dari itu Amalia hepi ke sekolah. Dengan budak2 lain Amalia tak nak kawan maybe di sebabkan masalah komunikasi... tetapi dengan Rodja boleh kawan pulak.

Amalia pernah buat perangai taknak pergi sekolah. Sebagai seorang ibu memang dugaan betul apabila anak2 buat perangai taknak pergi sekolah... risau sungguh dibuatnya. Tambah2 lagi masa di awal persekolahan dulu... anak di sekolah, kite di rumah ni asyik memikirkan macam mana lah anak aku di sekolah... boleh ke dia sesuaikan diri, ada ke orang nak kawan dengan dia, macam mana layanan teacher2nya, macam mana dia nak berkomunikasi dengan orang lain, macam mana dia nak ke toilet, macam mana dia nak makan, masa main2 kat luar jatuh ke apa... macam2 yang dipikirkan. Padahal semuanya ok aje tetapi sebagai seorang ibu kerisauan itu memang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah akhirnya Amalia hepi aje sepanjang bersekolah di sini. Teacher2nya pun baik2 belaka.


Term depan Amalia akan bersekolah di East Marden Primary School... sama sekolah dengan Aqil. Rasanya Zie akan risau semula sebagaimana Amalia mula2 persekolah di kindy dulu. Ye la sekolah ni lagi la... bercampur dengan budak2 besar mesti lagi banyak perkara yang Zie risaukan. Harap2 semuanya ok... semoga Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga.


Sebagai tanda terima kasih Amalia memberi sedikit cenderamata kepada semua teachernya. Segala kenangan di kindy ni memang takan dilupakan...


Kuih biji/butir nangka

Dah lama teringin nak makan kuih biji/butir nangka ni... hari ni baru menjadi untuk membuatnya. Biasenya kalau di Malaysia kuih ni orang jual masa bulan puase je terutamanya di Kelantan. Di negeri lain Zie tak pasti ada atau tidak kuih ni... rasanya ini kuih tradisi negeri Kelantan. Kalau terlintas dipikiran nak makan kuih ni terus teringat makcik di Pasar Ramadhan di kampung Zie... memang sedap sangat dia buat. Wajib beli... boleh dikatakan kuih wajib beli untuk berbuka. Nak buat kuih ni bukannya susah sangat pun... mula2 kite buat adunan tepungnya. Kemudian dikuti oleh kuahnya.

Bahan2 untuk adunan tepung:

4 cawan tepung pulut
Air daun pandan/paste pandan
Sedikit kapur makan
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau

Cara membuatnya:
1. Masukkan air pandan ke dalam mangkuk, masukkan kapur, garam dan pewarna hijau.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit... uli sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan.
3. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel... bila masak ia akan timbul, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air.

Bahan untuk kuah:

2 cawan santan (nak kuah banyak tambah santan)
Gula/brown sugar secukupnya
1 sudu besar halba
Daun pandan
Sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak hingga mendidih
2. Bila dah siap boleh lah masukkan butir nangka tadi ke dalam kuahnya. Sedia untuk dihidang... senangkan.

13 April 2012

Ayam percik goreng

Dah lama rasanya tak cite pasal masakan di dapur Zie yer... maklum lah sejak dua menjak ni malas nak update blog sebab laktop Zie buat hal. Ni pun guna laktop hubby yang jugak macam bermasalah... slow semacam aje, tension je rasa setiap kali nak update blog atau nak berFB (mula la berangan2 nak beli laktop lain... mimpi aje laaa... tapi kalau dapat beli bateri baru pun ok kot). Memandangkan ada permintaan resepi ayam goreng percik terpaksa lah jugak Zie mengupdate blog kali ini.

Hari ini mood nak masak terlebih sikit... pagi tadi buat chocolate moist cake sebab Amalia nak makan (resepi nanti Zie update dalam N3 lain yer...). Lepas masak kek Zie masak untuk lunch pulak. Ayam memang dari pagi lagi dah terendam dalam sink tapi tak tahu nak masak apa. Akhirnya Zie masak tomyam dan ayam goreng percik ni.

Tak sangka la pulak ayam goreng percik ni memang sedap dan senang sangat nak membuatnya. Kepada sesiapa yang berhajat nak try resepi ni boleh la ikut resepi di bawah ni...

Bahan2nya:

Ayam - letak garam kunyit
2 sudu besar cili kisar (Zie letak cili api sikit)
Santan - ikut suka, kalau nak kuah lebih letak banyak
2 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya

Bahan2 Kisar:
2 biji bawang kuning
4 ulas bawang putih
1 sudu teh paste halia (kalau guna halia hidup lagi best rasanya)
1 sudu teh kunyit serbuk
2 batang serai - titik atau hiris halus

Cara membuatnya:
1. Goreng ayam hingga garing.
2. Tumis bahan kisar... masukkan cili, masakkan kejap.
3. Kemudian masukkan santan... masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, asam keping dan bahan perasa. Masak hingga kuahnya pekat. Siap...

Memang sedap resepi ni... tak payah susah2 nak bakar ayam tu, cepatkan keje dan cepat dimakan. Lepas ni nak buat untuk makan dengan nasi kerabu la pulak... mesti sedappp... Selamat mencuba!


02 April 2012

Dah lama tak ke sini...


Lepas ke Street Market kami terus ke city. Untuk tahun 2012, ini lah kali pertama kami ke city... kali terakhir ke city kami pergi masa boxing day hari tu. Maklum lah hubby makin busy dengan studynya dan lagi pun kalau takde tujuan memang kami tak pergi ke city ni. Pergi kali ni pun sebab Aqil dan Amalia teringin nak pergi sebab dah lama tak pergi... mamanya pun sama. Bukan nak shopping apa pun just jalan2 cuci mata je.

Kapal Titanic...


Makan time... laju aje sekali-sekala kalau dapat makan di luar.

Sebelum balik kami lepak2 dulu di tepi sungai... terisi sudah aktiviti weekend kali ini.

01 April 2012

Tak sangka jumpa di Street Market ni...

Weekend kali ini kami ke city... maklumlah dah lama jugak kami tak ke city. Biasenya hari Ahad kami dok rumah aje atau jalan dekat2 rumah aje. Ramai geng2 Adelaide ke Sunday Market kalau hari Ahad, kami memang jarang sangat ke sana... maklumlah jauh. Teringin jugak nak pergi lagi tapi entah lah tak tahu bila... tambah2 sekarang hubby busy dan weekend pun terpaksa ke Uni. On the way ke city kami singgah di Street Market ni.

Tak banyak gerai jualan tapi ok la sebab di sini Zie jumpa satu barang yang menjadi kegilaan sesetengah wanita di Adelaide ni, malah ada jugak kaum bapak yang obsessed dengan benda alah ni. Rezeki nak jumpa di sini... Zie tak mencari pun, kalau jumpa yer... kalau tak jumpa takpa. Barang itu dijual oleh penjual barang2 antik... maklumlah benda lama tetapi cantik dan fungsinya, sebab tu la ramai yang menyukainya. Lain kali Zie tunjuk barang tu yer...

Aqil dan Amalia sabar menunggu mamanya membeli...


Tengok ni semuanya barang2 pelik je dan kebanyakan barang2 lama... walaupun lama, harganya boleh tahan jugak. Syok jugak sekali-sekala datang tempat macam ni, kite boleh tengok macam2 jenis barang yang belum pernah ditengok sebelum ni. Ralik jugak dibuatnya...