20 February 2012

Orang tak pernah sakit gigi...

Sepanjang hidup hubby ini lah pertama kali dia merasa macam mana sakit gigi. Memang kalau sakit gigi nak buat satu keje pun tak jadi, selagi tak jumpa dentist selagi itu lah akan terasa betapa seksanya... memang merana dibuatnya. Huhuuu... Zie dah banyak kali merasainya. Hubby ingat sakit gigi ni tak lah seteruk mana, lepas dia sendiri yang sakit baru lah dia tahu macam mana.

Hubby cakap dia nak bertahan dulu seminggu nak tengok macam mana... bertahan dengan makan panadol dan ubat cap geraham. Zie cakap kalau sakit gigi ni bukan macam sakit kepala... lepas telan ubat terus hilang dan boleh tahan2. Nak tunggu balik Malaysia lama lagi... macam biase lah nak bertahan sebab kos rawatan gigi sangat la mahal kat sini. Tapi apa kan daya daripada sakit baik habis duit. Kalau tidak satu keje pun tak boleh buat kalau gigi sakit.

Alhamdulillah hubby dapat jumpa dentist selepas 3 hari merana sakit gigi. Itu pun sebab ada orang lain cancel dia punya rawatan. Kat sini nak jumpa doktor pun susah tau... nak kena buat appoinment baru boleh jumpa. Lepas dicabut giginya, hubby rasa sayang sangat sebab dah takde satu gigi... siap cakap balik Malaysia nanti nak pakai gigi palsu. Alah orang lain dah banyak giginya dicabut tak sedih pun (Zie la tu hehehe...). Nak sedih apanya... daripada merana kesakitan lebih baik cabut, lain lah kalau masih boleh diselamatkan. Semoga gigi abang dah tak sakit lagi lepas ni yer...

No comments:

Post a Comment