30 October 2011

Shopping Mall baru... banyak yang menarik kat sini.

Hari ni kami ke shopping mall baru iaitu Burnside Village... dekat je dengann rumah kami tak sampai 10 minit pun nak ke sini. Kalau ikutkan pembukaan shopping mall ni pada 21 Oktober baru ni kalau tak silap tapi ditundakan sebab masih dalam proses pembinaan. Tapi dah ada kedai2 yang dah mula beroperasi.

Siap ada touch scrin map lagi... Amalia sibuk nak tekannya dan siap kata besarnya Ipad ni mama... Ye la tu Ipad, dan suruh Zie belikan... huhhhh... nak beli yang besar gedabak ni, yang kecik pun belum tentu dapat beli lagi. Tapi mana tahukan kalau ada rezeki boleh lah mama belikan Ipad2 untuk Amalia.

Amalia suka barang2 kat kedai Smiggle ni sebabnya ada set barang semuanya warna pink... tapi tak beli pun, tunggu lah sebelum kite balik mama belikan... InsyaAllah.

Butik Nine West dan Oroton pun bakal dibukak kat sini... best lah, lepas ni boleh la kerap cuci mata kat sini...

Apa2 pun yang pasti kedai yang paling Zie minat ialah kedai yang menjual kitchenware... masuk je kedai2 macam ni mesti melekatnya... tu yang Aqil bengang je kalau kuar ke mana2, sudah pasti mamanya ni akan masuk lama2 dikedai2 macam ni. Kalau orang lain suka beli handbag dan pakaian yang berjenama tapi Zie lebih minat beli barang2 dapur. Ye lah setiap orang minat atau hobinya tak sama. Tambah2 lagi barang2 dapur kat Adelaide ni pelik2 dan menarik... tu yang syok dok tengok satu2... tak beli pun, just servey2 je dulu. Banyak barang yang menarik kat sini... memang best... barang idaman pun ada kat sini, bergambar je lah dulu erkkk...

Amalia pun suka masuk kedai macam ni sekarang... memang dia minat kalau bab2 memasak ni terutamanya barang2 baking... geram je tengok kids baking ni comel2... kalau ada rezeki nak beli lah untuk Amalia sama. Mana tahu bila minatnya dipupuk dari kecik, besar2 nanti boleh jadi chef terkenal atau bukak cafe ke... InsyaAllah.

Kalau kuar jalan2 tempat macam ni... macam biaselah benda yang wajib beli ialah ais krim... pantang nampak. Selagi tak beli... selagi tu lah kite nak berjalan pun tak senang.

Satu lagi mainan... memang wajib beli jugak walaupun yang kecik, kadang2 papa dia orang bising jugak sebabnya beli mainan tapi mainnya kejap aje... dok mengadap laktop jugak akhirnya. Ye lah budak2 nak buat macam mana...

Memang banyak kedai2 kat sini terutamanya butik2 pakaian... semuanya nampak menarik tapi mahal2 je, tak mampu rasanya nak beli. Takpa lagi pun Zie tak minat sangat bab2 nak membeli pakaian ni (belum lagi kot...), yang pasti kitchenware memang Zie suka... dah terpikir nak beli banyak barang kat sini (itu pun kalau ada rezeki). Salah satu kedai ni barang2nya made in German. Dah pernah tengok produknya di Myer, memang cantik... sekarang dah jumpa kedainya kat sini lagi la syok.... tapi hari ni bukak pulak. Nampak gayanya lepas ni kerap lah Zie datang sini. Apa2 pun yang penting kena ada ongkosnya... kalau setakat cakap saje tak bestkan, InsyaAllah ada rezeki nanti.

Puding kastard jagung

Dah lama tak makan puding kastard jagung ni... pagi2 lagi lepas breakfast Zie masak puding ni. Semua bahan dah ada... nak buat puding ni pun senang aje. Sebelum kuar tadi Zie buatnya, balik terus boleh makan... sejuk rasa tekak dapat makan puding ni yang baru kuar dari peti ais. Memandangkan cuaca hari ni agak panas memang best lah kalau dapat makan puding macam ni.

Resepinya senang je...

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung krim
3/4 cawan gula
2 cawan susu cair atau susu segar
2 cawan air (kurangkan sikit)

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan, kemudian masakkan sehingga pekat dan berkilat di atas api perlahan. Dah masak masukkan ke dalam loyang atau apa aje bekas yang kite suka. Biarkan sejuk baru hidang.

Simple dan mudah je kan?

26 October 2011

Asam pedas daging

Bahan2:
1/2 kg daging
Daun kesom
Daun ketumbar
Tomato - belah 4
Air asam jawa
Minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang kuning
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
belacan

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar dan masukkan daging. Tambah air dan masukkan air asam jawa. Masak hingga daging empuk.
2. Masukkan daun kesom dan tomato. Biarkan mendidih. Masa hidang taburkan kirisan daun ketumbar.

Kindy in the park...

Hari ni kindy Amalia mengadakan progam di park iaitu di Civic Park Modbury. Aktiviti bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Ibu bapa pun digalakkan menyertai aktiviti yang diadakan.












(Gambar kat atas) ialah teacher2 Amalia iaitu Helen, Anne dan Jane.


Pada mulanya kami ingatkan hanya kindy Amalia aje adakan program kat sini, rupa2nya seluruh kindy mengadakan program kat sini.

Pelbagai aktiviti diadakan oleh setiap kindy... semuanya berbeza dan setiap pelajar boleh mengikuti semua aktiviti kindy2 yang lain.

Masa kami sampai kami tengok hanya kami aje from Malaysia and muslim kot... tapi takpa Amalia boleh je join semua aktiviti. Zie pun bawa je Amalia ke mana aje tempat yang dia nak bermain. Tak lama kemudian Najwa datang bawa anaknya Wafa'a... Hari ni hari pertama Wafa'a ke kindy, first day terus ke park ni. Kiranya Amalia ada kawan lah lepas ni. Sebelum ni Amalia selalu bermain dengan Zakuan, tapi Zakuan dah tak sekolah di kindy ni sebab pulang ke Malaysia dan balik sini nanti akan terus ke Primary School.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti play dough, puzzles, painting, climbing, drawing, glitter glue art, flip board, musical performance and more. Amalia hepi sangat sebab dapat melakukan pelbagai aktiviti hari ni. Mama harap lepas ni Amalia makin seronok di kindy dan rajin2 belajar yer...

25 October 2011

Kelas laksam...






Hari ni Zie mengajar member buat laksam dan kuahnya sekali. Farid dan Ida/Alif memang suka sangat makan laksam... sebab tu lah mereka hendak belajar buat laksam ni. Pada mulanya Farid yang beria nak belajar. Zie ajak Ida belajar sama sebab Zie tahu dia dan hubbynya suka makan laksam. At least lepas ni boleh la buat kalau teringin nak makan.

Nak kata Zie ni terro sangat tak lah, tapi setakat nak makan boleh la... At least Zie dapat kongsi ilmu yang ada. Nak kata kelas memasak rasanya Zie ni tak sampai lagi ke tahap nak mengajar orang, sebab Zie sendiri pun dalam proses belajar... banyak lagi yang Zie tak tahu dalam masak-memasak ni. Ramai lagi yang lebih pakar dan terro. Tapi memandangkan ada permintaan Zie ajar je lah. Sebelum ni pernah Zie mengajar kawan buat cheesecake... Zie pun baru aje reti buat cheesecake ni. Setakat yang basic and simple tu ok lah. Untuk buat laksam ni bahan2nya semua Farid yang beli. Lepas dah masak kami menjamu makan laksam... sedap pulak, maklumlah dah lama tak makan. Harap2 Farid dan Ida boleh lah buat lepas ni. Kalau ada kemusykilan boleh la tanya, tapi rasanya dah boleh buat... senang je kan?.

23 October 2011

Cantik sungguh...

Selama ni dok tengok dari jauh je di rumah2 orang oz kat sini, itu pun masa lalu nak ke mana2. Tapi hari ni Zie dapat tengok dan pegang lagi bunga2 rose ni... cantik2 sungguh dan pelbagai kalor pulak tu ada kat sini. Bestnya Zie suka sangat bunga ros. Memang tahun ni Zie plan nak ajak hubby datang ke Botanic Gardens ni untuk tengok bunga2 rose kat sini, sebabnya last year masa kami datang dah habis musim dan bunga pun dah layu je. Nak ambik gambar pun tak cantik. Hepi dapat berada di taman bunga yang sungguh indah dan cantik ni.

Banyak2 bunga ros... warna merah lah yang Zie paling suka... maklumlah warna feveret Zie kan warna merah. Kalau lah boleh petik bunga2 kat sini lagi la syok tapi mana boleh... nanti tak pasal2 ada pulak yang kena saman.

Amalia sudah semestinya suka warna pink... nak bergambar pun dekat bunga ros pink aje... Di bawah ni antara gambar2 yang Zie larat upload dalam N3 ni, kalau ikutkan banyak lagi tapi tak larat nak upload semua. So tengok lah mana yang ada ni yer...

Kebetulan mak Gina ada sini kami ajak mereka datang sama... Nampak gayanya mak Gina pun minat bunga ros. Sebelum balik kami berpicnic dulu. Syok jugak sekali-sekala macam ni.

Hepi sangat dapat tengok suasana alam yang indah dan cantikkkkk...