31 July 2011

Amalia dah masuk term 2


Amalia makin seronok ke kindy di term 2 ni... siap suruh mamanya balik, tak payah tunggu lama2 macam masa term 1 hari tu... bagus2 anak mama makin cerdik dan rajin. Good Luck Amalia, belajar rajin2 yer... and pandai2 jaga diri.

Selamat menyambut Ramadhan diucapkan kepada semua...

Sempena Ramadhan yang bakal menjelma esok, maaf dipinta kiranya ada salah dan silap dari kami sekeluarga. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga puasa tahun ini lebih berkat dan bermakna dari tahun2 sebelumnya, InsyaAllah.

Aqil join ALiM Program...

Sehari sebelum puase persatuan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia Australia) menganjurkan aktiviti untuk kanak2 Adelaide. Aktiviti kali ni dinamakan ALiM (Amazing Little Muslim). Program ni terbuka kepada sesiapa yang berminat. Pada awalnya Aqil macam taknak join tapi lepas Zie beritahu ramai kanak2 lain join termasuk best friendnya Ika, Najla dan Danish baru la dia excited nak join sama. Program ini diadakan di Thorndon Park... tempat kami selalu buat makan2 dan tempat Aqil dan Amalia selalu main.

Justify FullSebelum aktiviti bermula... solat Asar beramai2 diadakan bagi yang belum sembahyang di rumah. Zie perhatikan ada jugak mat salleh yang dok perhatikan orang2 yang dok sembahyang ni. Entah apa yang mat salleh tu pikir tak tahu la. Peduli la apa dia orang nak kata... yang penting kite laksanakan perintah Tuhan bukannya buat perkara yang memberikan masalah kepada mereka pun.

Kemudian anak2 dibahagikan ikut kumpulan masing2... Aqil join group Giant Elephant.

Acara pertama dimulakan dengan Treasure Hunt...

Menurut Aqil masa ni setiap orang kena niat puase... selagi semua tak boleh niat, group ni tak boleh bergerak ke point lain... Aqil cakap ramai yang tak boleh niat, takpa la semua masih kecik2 lagi... banyak masa lagi nak belajar. Aqil pun sama tau kena rajin2 belajar pasal agama ni.

Yang ni pulak acara susun gambar ikut urutan yang betul rasanya...

Acara terakhir ialah acara melukis poster bertemakan Ramadhan... masing2 kena lukis sikit sorang.

Lepas semua siap... setiap group dikehendaki membentangkan hasil keje masing2.

Acara terakhir setiap peserta ALiM diberi maklumat pasal puase seperti niat puase, doa berbuka, kalendar puase dan jadual aktiviti masa puase...

Sementara menunggu anak2 dengan aktiviti mereka... kaum ibu rancak berborak, macam2 topik dibincangkan.

Amalia pulak dengan geng2 dia... Zakuan and Ryan... macam2 mereka main.

Acara terakhir... apa lagi kalau bukan makan2, selain makanan yang disediakan oleh pihak ISMA... ibu bapa digalakkan bawa makanan sendiri. Zie just bawak kuih ni je... Terima kasih kepada pihak penganjur... lain kali kalau ada lagi program macam ni boleh la Aqil dan Amalia join lagi. InsyaAllah. Semoga Aqil dapat banyak ilmu dan mempelajari sesuatu yang berfaedah hari ni.

29 July 2011

Comelnya apam polkadot/dot dot ni...

Dah lama dok tengok apam polkadot yang orang buat dalam internet... comel2 je tengok dia orang buat dan macam2 kalor. Zie pun teringin nak buat... hari ni baru dapat try buat, best dapat buat dengan mixer baru. Menyenangkan keje... alasan je kan? guna mixer lama pun mesti jadi je... saje nak guna mixer baru la ni. Bak kata hubby macam orang giler stering...hehehe... Alhamdulillah first time buat jadi. Resepi ni Zie ambik kat sini je..........

Adunan masih dalam pipping bag...

Tuangkan separuh dalam acuan... sebelum tu letak papercup dulu...

Masukkan filling... Zie guna filling strawberry.

Tuangkan adunan hingga penuh, then buat dot dot... ikut suka nak buat warna apa...

Bukan main hepi Amalia dapat makan kuih comel2 ni...

Aqil pun sama... firts time masak habis Aqil dan Amalia makan, sekali hadap je...

28 July 2011

Nasi dagang perantau...

Baru balik cabut gigi terus buat nasi dagang... taknak buat beras dah berendam. Nak rasa masakan pun tak boleh, apa lagi nak makan nasi dagang ni. Terpaksa la masak bubur pulak untuk diri sendiri.

Disebabkan takde beras nasi dagang di sini, terpaksa la guna beras biase yang dicampurkan dengan beras pulut, just buat sikit je... 2 cawan beras biase di campurkan dengan 1/2 cawan beras pulut... basuh dulu beras dan rendam 3 jam. Lepas tu beras ni dikukus hingga naik wap. Untuk kali ke dua kite kena gaulkan beras tadi dengan santan pekat yang telah dimasak dengan hirisan halia, halba, hirisan bawang merah dan bawang putih. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Then kukus sekalai lagi hingga naik wap/masak.

Gulai pulak Zie guna ikan mackerel je, sini tak sure ada atau tidak ikan tongkol, kalau orang Kelantan panggil ikan ayer. Kalau buat gulai ikan tongkol mesti lagi sedap. Gulai ikan ni banyak resepi yang kite boleh ikut... Zie suka guna resepi orang Kelantan. Kalau ada rempah nasi dagang lagi senang keje.

Selain gulai, nasi dagang sedap dimakan dengan acar mentah... Zie buat acar dengan menggunakan timun dan karot je, tambah bawang merah/besar dan masukkan cuka, garam dan gula secukupnya... kalau ada lada merah boleh la letak, kat sini lada mahal so jarang guna.

Dah siap... boleh la makan.

Kisah gigiku...

Dalam masa sebulan ni 3 kali Zie terpaksa jumpa dentist... huhuuu... sejuk2 ni gigi buat hal la pulak. Merana sakit gigi kat sini... merana sakit satu dan merana nak kuar duitnya yer jugak. Rawatan gigi kat sini memang mahal dah la insurans tak cover. Masa balik Malaysia hari tu dah cabut sebatang. Sekarang dua batang lagi huhuuuuuu... habis la takde gigi Zie, dah la semuanya geraham... macam mana nak menguyah lepas ni. Sepatutnya gomen kite kena cover la untuk rawatan gigi ni, tambah2 dok negara orang yang memang mahal kosnya untuk rawatan gigi.

Bezanya rawatan gigi kat sini dengan Malaysia ialah... sebelum rawatan kena buat X-ray, rasanya di Malaysia takde pulak kena buat X-ray2 ni... tak tahu la pulak kalau ada klinik2 yang ada buat X-ray. Memang masalah dan perit nak buat X-ray gigi ni... nak kena nganga luas2 and gigit benda alah untuk buat X-ray tu... seksa jugak rasa, banyak kali cuba baru boleh buat, perit jugak dibuatnya sampai jadi ulser dibuatnya.... satu lagi kat sini patient kena pakai spek mata plastik macam Zie pakai ni... di Malaysia mana ada, tak la silau mata kite masa doktor dok godek gigi kite hehehe.... Dan satu lagi bezanya kat sini selepas dibius gigi kite terus dicabut dan ubat biusnya berhari2 masih terasa... bibir rasa tebal macam orang negro je, kalau di Malaysia lepas dibius kite di suruh keluar dulu supaya mulut rasa kebas. Maybe ubat bius sini kuat kot. Apa2 pun yang penting gigi Zie tak sakit dah lepas ni.

Terima kasih Dr. Alin sebab banyak membantu Zie dan memberi penerangan sedetail2nya sebelum buat rawatan. Dr. Alin ni PR kat sini, senang la orang2 Malaysia nak buat rawatan gigi. Selain Dr. Alin ramai lagi doktor gigi di kalangan orang kite kat sini. Kat sini seboleh2nya doktor akan selamatkan gigi kite dari terus dicabut kecuali kalau gigi tu betul tak dapat diselamatkan.

Huhuuu... ni la rupanya gigi yang menyebabkan Zie merana kesakitan tu, ada satu lagi tapi taknak la upload banyak2, nanti ada pulak pembaca blog ni yang kembang pipi nanti. Memang dah teruk gigi Zie... tu la masa kecik tak jaga gigi betul2, dah tua ni merana sakit gigi la dibuatnya. Zie siap tunjuk pada Aqil dan Amalia kalau tak rajin gosok gigi akan sakit macam Zie ni... dia orang terus rajin gosok gigi. Masa buat rawatan gigi Aqil dan Amalia tengok sama. So mereka jadi takut la kalau sakit gigi... bagus jugak boleh bagi motivasi kepada mereka supaya rajin gosok dan jaga gigi.

LinkLink3 kali rawatan lebih kurang AUD312.40 duit Zie terbang, kalau convert duit kite tak ke lebih kurang RM968.44, banyak ni boleh buat rawatan habis anak-beranak kalau di Malaysia, takpa la nak buat macam mana yang penting Zie dah tak menderita sakit gigi lagi. Macam Zie beritahu tadi la sepatutnya insurans cover untuk rawatan gigi ni. Mujur dah dapat diskaun kalau tidak banyak lagi kena bayar. Dah cukup la setakat ni je sakit gigi... tak sanggup dah rasanya. Semoga Tuhan kurniakan kesihatan kepada kami sekeluarga. Balik Malaysia nanti kena la rajin2 jumpa doktor gigi.

27 July 2011

Mengamuk nak cheesecake


Masa ambik Amalia di kindy tadi... masuk je dalam kete Amalia terus tanya 'mama ada beli cheesecake tak?'... Zie cakap. mana ada, kan semalam dah buat cupcake, makan je la yang tu dulu... tapi Amalia taknak dan dia dah mula nangis sambil dok sebut 'Yaya nak cheesecake kedai hijau'. Dari semalam lagi dia dok nak makan cheesecake. Zie pujuk ke Wolis pun dia taknak. Akhirnya terpaksa la mamanya ni memberanikan diri drive ke The Cheesecake Shop ni.

Amalia suka sangat makan marble cheesecake ni, kalau beli cheesecake mesti dia nak yang ni je. Sekarang dah naik harga $14++, sebelum ni just $12++... takpa la Amalia nak makan harga berapa pun tetap kena belikan, kalau tidak mau ada yang menangis tak berhenti2.

Terus senyum and automatik hepi semacam je...

Dah beli sayang pulak nak makan, risau takut habis nanti Yaya tak boleh makan esok, katanya.

Habis separuh Amalia makan sorang je... memang minat betul Amalia makan cheesecake ni, kalau macam ni mama kena belajar buat cheesecake sampai jadi dan sedap macam kat kedai. Kalau Amalia mengamuk nak je... mama boleh buat, huhuuu... boleh ke? Hari tu buat tak berapa menjadi... takpa gagal sekali tak bererti gagal untuk selama2nya cewahhhh... ye la tu...

25 July 2011

Sementara dapat idaman kalbu...

Memang dah lama sangat teringin nak memiliki Kitchenaid Mixer (KM)... pantang nampak di shopping mall Zie akan tengok harganya. Tapi susah betul nak sale benda alah ni. Harga still macam tu je... takpa la simpan gambar dulu pun kira ok la, sementara dapat yang real punya.

Rasanya Zie suka KM ni memang dah lama dan minat mula timbul bila tengok chef2 terkenal di Malaysia menggunakan mixer ni, nampak macam best dan senang je nak buat kek dll... satu lagi maybe sebab design dan colournya yang menarik. Terdapat pelbagai colour dan semuanya cantik2. Masa di Malaysia dulu memang dah usha2 KM di kedai jual barangan bakery... memang harganya mahal iaitu lebih kurang RM2500++, tak mampu je rasa... lagi pun masa tu banyak perkara yang lebih penting daripada beli KM. So terpaksa la Zie pendamkan aje hajat dihati... terpaksa la guna mixer biase je, rasanya mixer biase tu lebih kurang 10 ketul dah Zie guna... semuanya tak tahan lama, pernah sekali sampai berasap huhuuuu... nasib baik tak meletup.

Walaupun KM ni terdapat pelbagai colour yang menarik, warna merah tetap menjadi pojaan hatiku, huhuuu... cantiknyaaa... kadang tu tengok gambar pun dah suka, kalau dah dapat yang real nanti tak tahu la macam mana yer? mau ada yang tido pun termimpi2kan KM ni. Banyak2 colour Zie suka KM colour Empire Red. Memang akan ku beli suatu hari nanti, InsyaAllah kalau ada rezeki.

Sementara mendapatkan KM, Kenwood Partissier Mixer (KP) Zie miliki terlebih dulu. Thanks to my hubby sebab belikan KP ni. Ingatkan dah tak dapat sebab banyak duit nak guna untuk benda lain. Kebetulan ada sale tu yang Zie nak sangat... last week dah nak beli tapi takde warna merah. Penjual tu cakap stok baru akan sampai hari Isnin, hari ni la. Bila tiba je hari ni Zie tanya hubby jadi ke nak beli mixer tu, hubby cakap duit banyak nak guna untuk perkara yang lebih penting, mixer tu takpa... lain kali boleh beli. So Zie diam aje la, sebab Zie pikir lain kali mesti ada sale lagi (tapi dalam hati macam frust jugak sebenarnya...).

Tiba2 petang tadi lepas balik dari Uni. hubby cakap nak pergi isi minyak kereta. Zie dok sibuk masak untuk berbuka. Dok tak lama hubby balik and Amalia bukakkan pintu... hubby cakap "Puan Nor Azita ada tak? Zie terus ke pintu tengok2 ada dua kotak besar, satu kotak KP dan satu lagi kotak Kenwood Slow Cooker. Dalam hati terus dapat agak hubby pergi beli mixer yang Zie nak tu. Apa lagi senyum sampai ke telinga la....

Amalia pun hepi sangat sebab hubby belikan mixer ni... Amalia tahu yang mamanya ni dah lama idamkan mixer warna merah. Kalau tengok aje dalam tv atau youtube orang guna mixer warna merah (Kitchenaid) mesti Amalia akan terus tanya 'mama suka ke mixer ni?, kalau Zie cakap 'yer' Amalia mesti cakap 'nanti Yaya belikan untuk mama yer'. Kalau nampak di shopping mall pun sama... Amalia tanya 'kenapa mama tak beli sebab dah suka sangat?' Zie jawab 'nanti la tunggu mama kaya dulu baru boleh beli' hehehe... Sampai Amalia pun tahu mama dia ni minat sangat Kitchenaid mixer, terutamanya kalau yang warna merah.

Alhamdulillah dapat jugak mixer ni... terima kasih sangat kepada hubby sebab memahami kehendak Zie. Walaupun bukan kitchenaid Zie suka sangat... harap2 mixer ni boleh berjasa pada tuannya dan yang penting tuannya ni boleh buat macam2 dengan mixer ni, tunggu la hasilnya nanti.

Aqil at new school... Good Luck Aqil

Term baru ni Aqil dah start sekolah baru di East Marden Primary School, sekolah ni dekat je dengan rumah kami... lebih kurang 5 minit je dah sampai. Term ni Aqil dah masuk main stream. Lepas ni ramai kawan2 mat salleh la nampaknya...

Sejak malam tadi lagi Aqil dah risau dan nervous nak ke sekolah baru... tengok la muka Aqil ni, muka risau... masam je, mata pun merah, mujur tak menangis je... Zie tahu macam mana perasaan Aqil sebab Zie dulu kecik2 pun selalu berpindah sekolah, maklum la anak askarkan sentiasa perpindah-randah... memang kecut perut setiap kali nak pindah sekolah. Takpa la Aqil nanti dah jumpa kawan ok la... mesti Aqil akan hepi dan excited nak ke sekolah.

First day hubby hantar Aqil... banyak benda nak diuruskan. Aqil masih pakai baju biase... uniform belum beli lagi masa ni.

Kelas Aqil bersebelahan dengan kelas Ika ni. Aqil dimasukkan ke kelas R53.

Beza betul masa pergi dan masa balik... Zie tanya macam mana sekolah baru? Aqil cakap dia hepi sekolah sini. Kan mama dah cakap... mula2 je Aqil rasa tak hepi... lepas jumpa kawan mesti Aqil hepi dan suka ke sekolah. Semoga Aqil dapat belajar rajin2 dan mama sentiasa doakan Aqil berjaya, hepi dan selamat semasa di sekolah.