31 May 2011

Chicken Crepe from papa... yum...yum...


Rasa bosan dok makan nasi je... hari ni hubby sediakan chicken crepe untuk kami... Aqil teringin nak makan sebab teringat masa makan di Airport Kelantan di Hot & Roll. Hari ni hasrat Aqil tercapai nak makan... walaupun rasanya tak sebijik macam di Hot & Roll, tapi kira sedap jugak la...sekali- sekala makan macam ni best jugak tambah2 kalau hubby yang sediakan... boleh la mama kitchen bercuti and papa kitchen ganti pulak...




Ni la rupanya kalau yang di Hot & Roll.

Masa di Airport Kelate...

Lain kali kalau Aqil atau Amalia teringin nak makan apa2 cakap je... mama and papa boleh sediakan setakat yang termampu. Thanks papa... resepi boleh search dalam internet... banyak sangat.

29 May 2011

Jemput makan nasi bukhari...

Hari ni tak tahu nak masak apa... kalau masak nasi putih tak tahu nak masak lauk apa. Asyik masak lauk sama bosan la pulak. So hari ni aku try menu baru yang aku tak pernah buat sebelum2 ni... iaitu nasi bukhari. Resepi biase la dari internet iaitu di http://www.resepi.mesra.net/Detailed/873.shtml

Best makan masa panas2... jemput makan semua...

23 May 2011

Daging... ayam... daging... ayam huhhhhh...

Semenjak dok di Adelaide ni asyik makan lauk daging and ayam je... pi mai pi mai... ayam daging, ayam daging... dah tak tahu nak masak masakan apa. Lepas godek2 dalam internet terjumpa lah resepi yang aku tak pernah buat tapi rasanya pernah makan di kenduri2 kawin masa di Malaysia iaitu daging masak itam. Menu baru dari dapurku... boleh tahan jugak masakan ni, masak punya masak terlupa masukkan santan. Terlupa tu bukannya apa sebab masa aku rasa... rasanya dah sedap and tak sabar nak makan dengan nasi panas... Kalau letak santan mesti lagi sedap kot... takpa la lain kali aku masukkan santan, daging masak itam versi lain pulak. Resepi ni aku ambik dari blog Mamak Penang... lupa pulak nak bookmarks entry tersebut so tak boleh lah nak syer dengan kengkawan, takpa nanti aku godek2 sekali lagi untuk cari balik resepi ni...


Masakan ni sesuai jugak makan dengan nasi minyak atau nasi beriani... kali ni aku terlebih pedas so Amalia tak boleh makan sangat, kalau tidak mesti Amalia merantah je ni... Menurut Mamak Penang tersebut lauk ni dimakan dengan nasi kandar... aku rasa macam tak pernah pulak makan nasi kandar dengan lauk ni... kari ada lah. Maybe ada lauk ni aku je yang tak pernah pilih atau makan. Apa2 pun terima kasih Mamak Penang...

22 May 2011

Hepi besday Tihah

Hari ni kami ke majlis besday Tihah yang ke 5 tahun, Tihah ini anak Imah Nazri salah seorang famili member kami di sini. Sebelum makan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan surah Yassin beramai2. Agak ramai jugak tetamu yang Imah jemput... semua terpaksa berkumpul di dalam rumah sebab hujan.

Kami dijamu dengan nasi ayam dan macam2 makanan lain yang dibawa oleh masing2... aku bawak puding roti pelangi tu je. Ada kek coklat, ada rojak buah, ada agar2, sushi dan banyak lagi, yang paling best cheesecake ni... Imah yang buat, ramai yang mintak resepi sebab sedap. Aku pun mintak jugak tapi tak tahu bila masa nak try membuatnya. Tapi memang kena buat sebab Aqil suka sangat, siap bagi markah 10/10 ala2 masterchef gitu...

Masing2 dok menjamu selera... hujan2 ni perut terasa cepat lapar dan nak makan je, Alhamdulillah hari ni dapat makan macam2 makanan, tapi macam biase la makan sikit dah rasa kenyang... dok lama sebab ralik berborak dengan kengkawan, maklum la sekali-sekala berjumpa macam2 la ceritenya.

Ini la Tihah satu2nya anak Imah Nazri... 'Hepi besday Tihah', acara terakhir acara potong kek... bukan main hepi lagi budak2 ni semua termasuk la Amalia dan Aqil... masing2 tak sabar nak makan kek dan dapat goody bag, nasib baik Amalia tak mengamuk nak potong kek sama.

Ini aje hadiah dari Amalia untuk Tihah... terima kasih sebab sudi menjemput kami. Tak lama lagi Imah and famili dah nak balik Malaysia... semoga semuanya dipermudahkan.

Puding roti pelangi


Nak bawak apa yer nak pergi rumah Imah? Takan nak bawak biskut kering je... cari punya cari rsepi akhirnya terjumpa la resepi puding roti pelangi ni di myresepi, so hari ni terbuat la puding roti pelangi ni. Rupa2nya tak lahh susah sangat membuat puding roti ni... senang sangat membuatnya. al-maklum lah sebelum ni aku tak pernah buat puding roti... Banyak versi puding roti ni rupanya, salah satunya puding roti pelangi. Lain kali nak cuba buat puding roti versi lain pulak lah... puding roti pelangi ni lebih kurang macam puding marble je...


Kepada kengkawan semua kalau ada roti yang dah nak tamat tempoh tu dan rasa taknak makan begitu sahaja, boleh la try make this pudding... it is very simple and easy...

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar
2 biji telur

1 tin susu cair

5 sudu makan susu pekat manis

3 keping roti

3 sudu gula

2 sudu besar orange juice

Pewarna hijau

Pewarna merah

Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dengan air. Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dengan menggunakan blender, kisar roti dengan telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan orange juice dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna merah dan hijau.
  6. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.Sejukkan.

21 May 2011

Hepi besday Najla and Fahmi

Hari ni kami ke majlis besday anak Kak Shidah iaitu Najla dan Fahmi. Majlis diadakan di Thorndon Park. Senang buat di park boleh jemput ramai orang dan tak payah susah2 nak mengemas. Majlis dimulakan dengan bacaan doa.

Antara makanan yang ada... yang paling best dodol dari Melaka, ada dodol biase dan dodol durian. Kalau kat Malaysia aku tak pandang pun dodol ni... tapi kat sini rasa sedap sangat maybe sebab lama tak makan and takde dijual di sini. Memang rezeki Amalia sebab sehari dua sebelum ni Amalia suruh aku buat dodol... gara2 Amalia tengok cite upin ipin masak dodol, Alhamdulillah... dah jangan mintak2 lagi mama buat dodol, bukan senang rasanya nak buat dodol ni.

Hidangan utama chicken BBQ... memang best kalau buat BBQ di park macam ni...

Masih ramai yang belum datang... sapa2 yang datang awal terpaksa la makan dulu yer, perut memang lapar sebab tak breakfast lagi. Sebelum ke sini kami mengarage dulu... hehehe... itu aktiviti wajib, tak sah kalau tak pergi. Therapy untuk aku kat sini...

Berselera nampak... ye la cuaca sejuk2 dapat makan pulak BBQ chicken memang best.

Antara tetamu yang hadir... famili aku and Surah antara famili terawal yang datang.

Acara memotong kek...

Hepi besday Najla and Fahmi...

Terima kasih Kak Shidah and Haji Arif di atas jemputan ini.

Present from Aqil dan Amalia... good luck Najla and Fahmi, semoga panjang umur dan murah rezeki.