29 April 2011

Sama cantik sama padan... nice couple

Will and Harry

Very beautiful, pakaian Kate simple je... and nampak sopan.

Now officially husband and wife.

Congratulations

Bestnya kalau dapat semua ni...

Memadangkan dalam masa seminggu ni TV asyik menyiarkan pasal persiapan perkahwinan Will dan Kate membuatkan aku pun terasa kemeriahannya. Boleh dikatakan setiap channel cite pasal persiapan perkahwinan mereka. Tak sabar2 nak tunggu Royal Wedding ni. TV tak putus2 dok cite pasal mereka. Macam satu pesta pulak, seluruh dunia meraikan perkahwinan ini terutamanya negara2 Barat kot. Kat Malaysia ada ke? Bertuah yer perempuan bernama Catherine Middleton macam cite "Cinderella" la pulakkan. Rasanya ramai yang berangan nak kawin dengan anak Raja. Bagi Catherine Middleton "dream come true". Orang2 bertuah je yang boleh itu pun tak tentu satu dalam sejuta atau lebih dari itu.

The Royal Wedding Will and Kate


Congratulations William and Kate on your marriage and Best Wishes for a life to be lived happily ever after.

27 April 2011

Gula kapas atau gula ley

Hepi la dapat jugak makan gula ley ni...

Gula ley atau gula kapas.

Yaya menangis nak makan gula ley (panggilan bagi orang Kelantan)... Bahasa standardnya gula kapas. Yaya teringat masa balik Malaysia hari tu dia pernah makan. Kat Malaysia takpa la di mana2 pun ada, senang nak beli. Kat sini aku pernah nampak ada orang jual masa kami ke Royal Adelaide Show and Hahndorf. Di kedai2 yang berdekatan dengan area rumah tak pernah nampak pulak. Hubby terpaksa cari di city. Alhamdulillah ada. Lega kalau tidak ada yang tuntut tiap2 hari. Lepas ni jangan ada yang nak makan kepok lekor sudah. Jenuh nak mencarinya sampai bila pun tak dapat kecuali kena buat sendiri.

26 April 2011

Park lagi...








Lepas jalan2 di city sebelum balik kami singgah di Rymill Park... cantik pulak kawasan ni masa autumn ni.

Jalan2 di City

Empat hari cuti kami dok rumah dan jalan2 di park je. Hari ni Adelaide masih bercuti sempena ANZAC Day. Pagi tadi ada perarakan sempena ANZAC Day tapi kami tak datang tengok pun. Kami keluar lepas Zohor, selesa sikit nak jalan2 sebab dah solat, kalau tidak nanti susah sebab kat sini takde tempat nak solat. Kami kuar ni pun bukannya tujuan nak shopping, just nak bawa Aqil dan Yaya jalan2. Kesian juga pada mereka asyik dok rumah je cuti2 ni... dan paling kesian pada mama mereka ni yang dah lama tak cuci mata di city ni hehehe... dapat cuci atau jamu mata pun takpa la.


Jalan tak sampai 10 minit Yaya dah mula buat perangai... gara2 nampak peti ais krim automatik tak boleh berjalan. Macam biase la pantang nampak ais krim tak kira sejuk atau panas.

Dah dapat baru boleh teruskan perjalanan... huhhhh... Yaya... Yaya...

Tengok tuuu... siap cakap 'dah lama Yaya tak makan ais-krim ni', ye la biase kat rumah makan yang dalam bekas je, sama la Yaya ais krim jugak... Sampai je kat Rundle Mall kami tuju beli barang Aqil dan Yaya dulu. Lepas beli barang mereka berdua baru la hubby dan aku boleh jalan2 dengan tenang. Kalau tidak ada yang bad mood dan masam muka nanti, terutama Aqil.

Tengok tu senyum je sebab dapat beli sesuatu di kedai ni iaitu kad pokemon dan kad bola, macam2 jenis kad ada dijual di kedai ni dari yang murah hingga la yang harganya beratus dollar. Aku berpikir sendiri ada ke orang sanggup beli kad yang harganya beratus2 dollar ni? dah dijual mesti ada pembelinya kan? Sampai Aqil pun terikut-ikut dengan hobi orang2 oz, tapi beli yang murah2 je... dah bertimbun koleksi kad Aqil termasuk yang beli di GS. Tak tahu la hobi baru Aqil ni bertahan berapa lama pulak...

Aqil dah dapat barangnya Yaya pun nak la jugak... Yaya beli buku cerite Barbie je... Yaya senang je nak layan dia asalkan beli benda yang berwarna pink dan berkaitan dengan Barbie mesti dia suka.

Makan dulu sebelum jalan2 di tempat lain. Nandos je la jadi pilihan Aqil dan Yaya kalau ke city. Nak makan di Swinging Bowl hari ni kedainya tutup la pulak.

Jalan2 di Rundle Mall... banyak jugak persembahan hari ni. Orang berguling dengan bola la, badut la, nyanyian ala2 Elvis Presley, persembahan shuffle dan macam2 lagi la. Orang tak ramai sangat hari ni... tenang sikit nak berjalan dan cuaca pun ok.

Now masa untuk aku pulak menjamu mata... jom masuk butik Oroton. Kecik je butik ni, handbag dan barang2nya pun tak banyak sangat compare dengan butik di Melbourne yang lebih besar dan banyak pilihan. Tapi ada jugak sesuatu yang menarik dalam ni....

Belek2 dulu... yang mana berkenan boleh la beli, tapi tak tahu lah bila... takpa ada yang beritahu Oroton dah dibuka di KLCC... balik beli di Malaysia je la. Kawan2 ku di Malaysia dah pergi ke? Kalau beli dengan duit sini tak terasa sangat kemahalannya, tapi Oroton ni tak la mahal sangat kot compare dengan brand2 yang dah famous macam Coach, LV, Gucci, Hermes dll.

Aku pun sejak dok sini je reti sikit bab2 handbag ni, kalau tidak tak reti dan tak ambik tahu pun. Di Malaysia dulu pun aku ada 3 atau 4 handbag je... yang tu je la aku gilir2 guna... bawak pergi keje dan ke mana2. Brand pun Alain Delon dan Bonia je. Aku suka Bonia dan yang paling mahal hubby pernah belikan untuk aku harganya RM1xxx. Aku rasa menyesal masa tu hubby belikan handbag mahal sangat, rasa sayang duit... siap aku beritahu hubby "boleh tak kite hantar balik, baik beli barang kemas ada jugak faedahnya", dua tiga hari jugak dok pikir pasal handbag tu. Datang sini baru aku tahu rupa2nya ada lagi orang yang sanggup berhabis duit untuk membeli handbag2 branded dan mahal, kalau aku tak mampu rasanya. Takpa la bak kata pepatah "ukur baju dibadan sendiri..." dan bersyukur apa yang kite ada. Tapi kadang2 rasa teringin dan berangan jugak... InsyaAllah kalau ada rezeki.

Destinasi seterusnya di sini... first time kami datang sini, itu pun sebab Surah member aku beritahu di kedai ni ada barang yang aku idamkan. Memang ada tapi kena tungguuu... kena menoreh banyak2 dulu (ayat yang selalu abang aku guna) baru dapat beli.

Best je rasa sekali-sekala dapat datang city ni terutamanya kalau dapat jamu mata dengan barang2 yang kite suka... berjam2 pun takpa. Tapi kalau dapat beli lagi bestkan? Apa2 pun kami hepi dapat kuar jalan2 hari ni.

25 April 2011

Jamu kawan yang nak balik dan yang baru datang

Hari ni kami buat makan sikit... just nak jemput kawan2 yang akan balik for good dan kawan yang baru sampai di Adelaide. Kalau ikutkan ramai yang akan balik tahun ni tapi kami jemput berperingkat2 dan yang kenal je. InsyaAllah ada rezeki kami akan jemput yang lain2 pulak datang makan. Kali ni aku buat nasi beriani je.

Ayam masak merah

Acar

Daging masak kurma

Nasi beriani

Kami jemput Awan yang akan balik for good pada 30 April ni. Awan satu depatment dan sama SV dengan hubby. Walaupun tak settle sepenuhnya lagi tapi boleh dah rasanya nak ucapkan cogratulations pada Awan dan selamat pulang ke Malaysia serta selamat kembali bertugas di UUM. Hubby mesti sunyi sebab Awan dah nak balik, kalau tidak mereka berdua masing2 selalu berkongsi masalah PhD dan SV mereka. Hubby cakap lepas ni takde lah orang yang akan ajak minum atau kuar jalan2 masa tension belajar. Takpa patah tumbuh hilang berganti. Awan siap cakap kami adalah kawan di dunia dan di akhirat. Semoga persahabatan kite akan terus berkekalan.

Ayu Hairol pun akan balik for good jugak pada bulan Julai ni. Hairol akan tamat pengajian masternya tak lama lagi. Kami dah banyak kali ke rumah mereka. Kali ni baru berkesempatan nak jemput mereka datang makan di rumah. Sebelum ni mereka pernah singgah dan minum air sekejap je. Tahniah jugak kepada mereka sebab bakal menimbang cahaya mata yang keempat. Ayu harap2 sangat agar kali ni dia akan dapat baby girl sebab yang sebelum2 ni semuanya hero. InsyaAllah Kak Zie doakan Ayu akan dapat baby girl. Ayu salah sorang kawan baik aku kat sini. Aku mula2 kenal dengan Ayu masa di rumah lama Kak Shidah, masa tu Kak Shidah jemput makan. Ayu lah orang pertama yang tegur aku masa di rumah Kak Shidah dan Ayu lah salah seorang orang yang terawal aku kenal selain Gina dan Najwa di sini. Nice to meet you and dont forget we must always keep in touch.

Kami jemput Izah dan famili. Izah dan Yasir baru sampai sini... lebih kurang 2 bulan. Izah yang further study, PhD in cemotraphy kalau tak silap. Izah ni lecturer UITM. Suaminya akan pulang ke Malaysia sebab nak uruskan perniagaan interior designnya di Shah Alam. Lepas ni Izah yang akan handle anak2 kat sini. Bagus betul la... kalau aku tak sanggup, kalau di Malaysia maybe ok sebab ada famili yang lain. Masa Izah ke Uni. aku yang akan mengasuh anaknya Yasmin, berumur 2 tahun. Suami Izah akan datang on and of. Harap2 Izah ok dan kalau ada apa2 masalah beritahu lah pada kami. InsyaAllah kami akan tolong setakat yang termampu.

Kami jugak jemput Hisham dan Syifa... dia orang dah kat sini lebih kurang 3 bulan. Aku tak berapa kenal sangat dengan mereka sebab jarang jumpa. Takpa lepas ni kite boleh kenal2 lagi.

Terima kasih kepada semua yang sudi datang, maaf kiranya ada sebarang kekurangan. Yang nak balik diucapkan selamat pulang ke tanah air dan yang baru sampai welcome to Adelaide dan salam perkenalan.

24 April 2011

Makan2 di rumah Izah

Hari ni Izah jemput kami makan di rumahnya. Tak ramai yang dia jemput. Tetamu yang datang pun tak serentak... ini maybe sebab rumah Izah ni cute, kalau ramai2 nanti sesak pulak. Masa aku di rumah Izah sempat jumpa Rahim/Alis dan E je.... Yang lain ada yang dah datang dan ada yang belum datang lagi.

Anak2 sibuk nak main di luar sebab cuaca hari ni ok je tak sejuk dan tak panas. So terpaksa la ibu2 membawa makanan sampai keluar, termasuk la Yaya...

Alis terpaksa mengekor ke mana aje anak dia pergi sebab nak menyuap makanan. Alis baru sampai dari Malaysia, panas2 lagi.

Kaum bapa syok dapat berborak dalam rumah sambil makan tanpa gangguan anak2... macam2 cite terutama cite pengalaman collect data. Terima kasih Izah dan Yasir sebab sudi menjemput kami. Nanti kami akan ada undangan balas yer.

23 April 2011

Footy games...

Hubby dan Aqil ke AAIM Stadium hari ni untuk menyaksikan perlawanan footy antara Adelaide Crows dan Gold Coast. Dalam pukul 1 lebih hubby dan Aqil ke sana dengan menaiki bas... bagusnya di sini naik bas free je... Dengan cara ini menggalakkan orang nak menyaksikan perlawanan tersebut.

Aqil bukan main excited dan hepi lagi bila hubby beritahu ada dua tiket untuk menyaksikan perlawanan ini. Selain soccer Aqil sudah mula minat pada footy. Aqil minat pasukan Collinwood and Hawks.

Memang orang2 sini memberi sokongan pada sukan.Tak kira apa jenis sukan, sebab itu la sukan dan permain mereka boleh hidup dan kaya. Sukan memang salah satu aktiviti penting bagi mereka, terutamanya footy selain dari kriket, bowling padang, polo, soccer dan lain-lain. Menurut hubby masa naik bas tak kira tua atau muda, kecik atau besar semua ada dan masing2 memakai jersey, topi dan apa sahaja yang menunjukkan mereka menyokong pasukan yang mereka suka. Siap ada yang bertongkat lagi... memang bersungguh betul la...

Adelaide Crows vs Gold Coast.

Gold Coast menang...

Setahu aku hubby tak minat sukan tapi memandangkan Aqil minat kena la bagi sokongan...


Selain dari menyaksikan perlawanan footy Aqil pun sudah mula mengumpul kad2 pemain footy. Dah satu album Aqil ada kad2 pemain feveretnya. Di lain entry akan diupload pic kad2 Aqil. Kiranya ni salah satu hobi Aqil selain dari soccer dan pokemon. Ooooo... cite pasal pokemon, ini pun kena cite jugak nanti.