30 March 2011

Tahniah Abang Din, akhirnya bergelar Dr. Noordin Othman

Betullah kata orang yang pernah buat PhD... sesiapa yang berhajat membuat PhD kenalah bersiap sedia dengan cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi. Tambah2 lagi bagi mereka yang telah membuat keputusan untuk mengejar PhD jauh di perantauan. PhD bukan la sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Cabaran dan dugaan bukan setakat dengan pengajian, malah dengan supervisor, kawan2, persekitaran... dan yang paling banyak rasanya dengan keluarga terutamanya isteri dan anak2. Malah ada yang lebih dari itu.

Bagi suami terpaksa bijak membahagikan masa pengajian dan masa bersama keluarga terutama isteri dan anak2. Bagi isteri yang belajar lagi la... huhuuu... kalau aku tak tahu la sanggup ke tidak. Boleh kot... tapi kena tunggu anak besar2 sikit. Boleh ke?. Berbeza dengan mereka yang belum berkahwin, boleh lakukan apa sahaja yang berkaitan dengan pengajian mereka tanpa memikirkan masalah berkeluarga ini kecuali kalau ada masalah lain seperti masalah kewangan, masalah kesihatan dan masalah peribadi yang dicipta sendiri hehehe... rasanya ada, bukan je di peringkat PhD, mana2 peringkat pengajian pun ada.

Tapi bagi Abang Din masa yang ditunggu2 tiba jugak... setelah hampir 6 tahun bertungkus-lumus dan berperang dengan pengajian PhD akhirnya Abang Din berjaya jugak mengenggam dan mendapatkan status Dr. Mesti mak dan ayah Abang Din bangga sangat dapat anak macam Abang Din... berusaha sehingga betul2 mendapat apa yang diinginkan, ayah Abang Din pun ada cakap masa di rumah kami, Abang Din memang seorang yang kuat semangat dan rajin berusaha.

Nini pun sama... mesti bangga dengan Abang Din sebab walaupun sibuk belajar, isteri dan anak2 tidak diabaikan.

Ini la yang dihasilkan selama lebih kurang 6 tahun... betapa berharganya.

Semoga dengan ini lebih memberi semangat dan kekuatan kepada hubbyku dan Shura yang kini sedang berperang dengan pengajian mereka. Suatu hari nanti kalian jugak akan memperolehinya. Zie dan anak2 sentiasa mendoakan Tuhan permudahkan perjalanan pengajian dan kejayaan abang.

Papa pun sama naik...

Masa sukan di sekolah Aqil hubby pun menyibuk nak main sama. Ni sapa yang bersukan ni... anak ke bapak? Hubby saje je nak main sama... nasib baik teacher2nya spoting bagi hubby main.


Pandai ke main ni? soccer dribble... macam takde tokoh je...

Acara untuk ibu bapa pun diadakan iaitu acara tarik tali... hubby pun join sama.

hepi menang untuk first games...

elok2 sikit jangan sampai ada yang sakit urat pulak balik nanti...

Yaya cakap 'kesian Yaya tengok papa tarik tali tadi... Yaya rasa nak nangis' huhuuu... Yaya kesian tengok papanya kalah ke?

Yaya pun boleh main sama

Yaya pun tak sabar2 nak beri sokongan kepada abang Aqil.

With teacher Aqil Mrs. Melzis

Paling seronok dapat bermain dengan Ryan...

Kali ni ada disediakan minuman dan makanan untuk students dan parents, bagus jugak yer... maybe sebab tahun ni bajet lebih. Last year takde pulak macam ni. Yaya apa lagi pantang la nampak mini cupcakes... siap suruh pergi ambil 2 kali. Nasib baik 2 kali je... kalau tidak segan jugak mama nanti orang kata asyik muka dia ni je yang datang ambil makanan.


Tak sangka pulak Yaya pun boleh join main sama sukan kali ni... memandangkan pasukan Amber tak cukup orang so Yaya and Ryan pun boleh main sama. Kalau tidak asyik Danish je yang kena main... letih jugak dibuatnya.

throw it...

Yaaaahhhhh... yeeeeee... Yaya berjaya.


Permainan ni Yaya paling suka... parachute

Walaupun Yaya dapat main 2 jenis permainan tapi Yaya hepi sangat. Lepas habis bersukan sambung balik bermain dengan Ryan... dah macam gaya pelakon Hindi ni, siap guling2 atas rumput. Lantak la asal Yaya hepi, jangan balik nanti gatal2 sudah...

Twilight East Torrens Sports Day 2011

Hari ni hari sukan di sekolah Aqil. Tahun ni sukan bermula jam 1 petang so Aqil tak perlu ke sekolah di sesi pagi. Macam biase parents pun boleh datang menyaksikan aktiviti ini. Twilight Sports Day... letih jugak dari pukul 12 sampai pukul 7 kena berada di sekolah. Tapi demi Aqil mama, papa dan Yaya akan memberi support pada Aqil.

Kali ni banyak jugak permainan yang Aqil main antaranya H2O race, long jump, wheelchair race dan macam2 lagi.

Tunggu turn nak main permainan lain pulak...

Dahaga dibuatnya...

Long throw

Long kick

Soccer dribble

Shot-put

Seronok dapat bersukan walaupun di sini takde bagi2 hadiah macam sukan sekolah di Malaysia... lepas acara2 ni ada acara lumba lari... tapi mama dan papa tak boleh tunggu... nak balik sembahyang Asar dan Yaya pun dah buat hal. So takde la pic masa Aqil berlari... takpa la Aqil yer... apa2 pun Aqil hepi je nampak hari ni.

Yaya tukar sekolah...

Kami terpaksa menukarkan Yaya dari Campbelltown Kindergarten ke Paradise Kindergarten, sebabnya Yaya menangis taknak ke sekolah itu. Malam sebelum pergi sekolah lagi Yaya dah menangis dan beritahu kami "Yaya taknak sekolah... Yaya takde kawan". Masa first day ke sekolah tu Yaya nampak hepi dan bersemangat je. Tengok2 kali kedua masa aku nak pergi ambil Yaya di sekolah, Yaya menangis. Kali ke tiga pun sama masa kami nak tinggal dia di sekolah awal2 lagi dah menangis.

Kesian pulak aku tengok Yaya... mesti Yaya tak hepi sebabnya takde kawan yang boleh bercakap dan bermain dengannya. Ye la semua bangsa lain macam mana nak bercakap dengan Yaya. Aku sebagai ibu memang rasa risau sangat sebab aku tahu Yaya tak hepi di sekolah. Kalau aku tanya kenapa Yaya nangis... Yaya cakap "Yaya rindu mama"... aku rasa itu bukan masalah utama... kalau dia hepi di sekolah aku takde sekejap mesti dia tak kisah. Ini tidak awal2 lagi dah menangis taknak pergi sekolah.

Kalau ikutkan umur Yaya baru 4 tahun tak hantar ke sekolah pun takpa... kalau di Malaysia kanak2 baya Yaya memang tak sekolah pun, tapi di sini kebanyakan kanak2 berumur 4 tahun akan dihantar ke sekolah. Untuk term pertama ni Yaya hanya perlu ke sekolah sekali seminggu bagi membiasekan diri je. For the next term 4 kali seminggu. Ini pun salah satu puncanya Yaya tak hepi nak ke sekolah... Ye la tak sempat nak menyesuaikan diri dah cuti dan next week kena start balik.

Kadang2 sehari sebelum Yaya ke sekolah aku dah risau memikirkan Yaya macam mana sekolah esok... nangis lagi ke?, kalau menangis... kesiannya anak aku... kalau nangis teachernya kisah ke atau biarkan Yaya menangis sendiri?, macam2 aku pikir. Aku memang risau sangat kalau perkara yang melibatkan anak2 ni.

Kami cuba tengok Yaya pada hari ke tiga dia ke sekolah... Yaya menangis hingga la terbawak2 ke rumah dan beritahu dia taknak sekolah. Aku dan hubby cuba pujuk tapi Yaya tetap menangis dan taknak sekolah katanya. Aku dan hubby berbincang dan mengambil keputusan untuk tukarkan Yaya ke sekolah lain iaitu di Paradise Kindergarten.

Kami terpaksa pindahkan Yaya ke sekolah ini sebabnya di sini ada Zakuan, anak Shura. Yaya memang berkawan dengan Zakuan ni. At least ada la kawan untuk Yaya bercakap dan bermain sementara Yaya pandai bahasa Inggeris dan dapat berkawan dengan orang lain. Yang penting kami nak membiasekan Yaya dengan keadaan di sekolah dan orang2 sekeliling. Menurut Shura anaknya ni pun sama, awal2 dulu selalu menangis tapi sekarang dah ok. Satu lagi yang bagusnya di sekolah ni ada teacher dari Malaysia, namanya Kelly. Dengan ini senang la... sebab ada orang yang faham dan tahu macam mana nak berkomunikat dengan Yaya... Yaya boleh faham dan dapat berlajar dengan senang sebab ada orang memahaminya.

Hari pertama Yaya di Kindy ni... Yaya nampak tak hepi dan suruh aku tunggu dia. Yaya tak bagi aku balik... dia pegang je tangan aku, risau kalau2 aku tinggalkan dia. Aku terpaksa tinggalkan Yaya walaupun dia menangis. Teacher Kelly beritahu ini perkara normal... lama2 nanti Yaya akan ok. Aku balik dengan perasaan tak senang hati dan asyik memikirkan keadaan Yaya di sekolah. Tak putus2 aku berdoa supaya Yaya hepi dan selamat di sekolah.

Luar kelas

Dalam kelas

Senarai nama pelajar...

Cantik tak Yaya lukis? mesti la cantikkkkkkk...

Pic menunjukkan aktiviti hari pertama Yaya di sekolah ini.

Tampal2 sticker...

Hias kotak tisu...

Masa hubby pergi ambil Yaya... teacher Kelly beritahu Yaya menangis sekejap je... lepas kami tinggalkan dia, Yaya terus ok dah mula nak belajar. Lega aku mendengarnya. Yaya hepi je masa hubby jemputnya di sekolah. Yaya siap tunjukkan hasil kerjanya hari ni. Macam2 Yaya buat painting, bergambar, tampal sticker dan hias kotak tisu. Aku tanya Yaya hepi ke sekolah? Yaya cakap "hepi". Mama harap lepas ni Yaya ok dan tak menangis lagi kalau nak pergi sekolah yer. Macam mana la pulak next week? huhuuu... mamanya yang lebih risauuuuuuuu...

28 March 2011

Huhuuuuuu... purse aku hilang di sini la...

Dah lama tak datang sini... last aku datang sini masa purse aku hilang dulu. Lepas tu dah rasa takde hati nak datang sini. Huhuuuuuu... purse aku hilangggggggggggg... takpa takde rezeki nak buat macam mana. Disebabkan Gina ajak, kami datang lagi ke sini... at least boleh jugak jalan2 dan beli apa2 yang berkenan. Mujur Gina ajak boleh la lagi aku ke sini. Kalau ikut hubby mesti dia taknak dah datang sini. Jangan hilang purse lagi sudah.

Hari ni tak ramai orang yang berniaga... barang pun tak menarik sangat.

Sementara menunggu mamanya menjenguk barang2 sempat lagi bermain di padang ni.

Aku dan Gina... masing2 membeli barang2 yang berkenan dihati. Nampak gayanya orang yang mengajak tak membeli sangat, aku pulak yang terlebih2... memang plan taknak beli apa2, tapi ada benda berkenan terpaksa la beli jugak... itu pun yang murah2 je. Kat sini tak best sangat compare dengan GS sebab barangnya agak mahal dan tak boleh bargain, kalau di GS barang lebih murah dan kite boleh bargain habis2an.

Yaya dengan patung Simpson...

Bekas telur ni aku pernah tengok dalam magazine sebelum ni... nampak terus beli, bagi aku macam unik je sebab bentuk ayam.

Aku tak beli banyak barang pun, antara barang yang aku beli bakul piknik ni dan bekas telur bentuk ayam tadi je... tak boleh nak beli sangat sebab di Brighton ni mahal sikit harga barang2nya. Rugi je kalau beli, baik aku simpan duit beli di GS lagi syokkkkkkkk...

27 March 2011

Sejuk2 pun tetap berpiknik...

Semenjak datang Adelaide kami tak kuar jalan mana2 pun... dok rumah je. Kalau GS tu biase la... Salah satu sebabnya cuaca agak sejuk dan Yaya selsema. Entah kenapa kali ni selsema Yaya agak lama, padahal ubat dah makan... ubat kat sini dan ubat yang dibawa dari Malaysia semua dah bagi, tapi tak sembuh2 jugak. Kebetulan minggu ni Gina nak ke Brighton, jadi kami pun join sama. Lepas ke Brighton kami berpiknik di Glenelg.

Macam biase kalau piknik kami bawa makanan masing2 dan makan sama2. Cuaca sejuk perut memang cepat rasa lapar. Walaupun makanannya tak seberapa tetapi disebabkan lapar, makanan yang dibawa tu kira ok la. At least terisi jugak perut yang lapar.

Lepas makan biase la Aqil mesti nak main bola sepak... tambah2 lagi kalau ada Danish yang sama2 meminati bola sepak. Hubby pun terpaksa melayan mereka bermain. Yaya pulak bermain dengan Ryan.

Boring main soccer mereka bermain footy pulak... siap main dengan member mat salleh lagi, entah macam mana budak ni boleh join Aqil dan Danish. Budak ni agak besar dan main pun macam ganas je... membuatkan Aqil dan Danish tak daya nak main dengan dia lama2.

Yaya hepi la kalau dapat melepas macam ni... maklum la lama dah tak kuar jalan2. Di mana jua berada Yaya mesti dengan gayanya yang tersendiri... kalau dilarang pun dia dah tak dengar masa ni, syok sangat siap guling2 lagi atas rumput ni... ala2 hindustan gitu.

Aktiviti wajib Yaya kalau ke sini... suka sangat bagi burung2 ni makan.

Sebenarnya Gina ajak kami ke sini sebab nak bawak kak Shiha dan anaknya ni kenal2 pantai Glenelg ni... Kak Shiha ni lecture UITM datang buat sabatikal di sini dan stay di rumah Gina. Alang2 dah datang sabatikal sambil2 tu berjalan la di Adelaide ni. Gina tak kesunyian dan kebosanan la 3 minggu ni sebab ada teman nak berborak siang dan malam. Secara tak langsung aku pun dapat kawan baru.