29 June 2010

first time tengok hujan batu





Masa on the way balik ambil Aqil di sekolah tiba2 hujan lebat sampai tak nampak jalan. Kami nampak biji2 halus dan bentuk bulat. Rupa2nya hujan batu. Sampai je depan rumah kami tengok penuh butiran hujan batu di sekitar rumah. Excited aku dan anak2, kami pegang dan tengok hujan batu tu... bulat macam biji sagu dan macam ais yang bentuk bulat. Hairan dan pelik aku... oooo... macam ni rupanya hujan batu.

Kami jalan sekitar rumah, merata2 ada hujan batu tersebut... best la pulak kutip dan pegang hujan batu tersebut. Kami tak kisah pulak walaupun sejuk sebab terlampau excited. Macam hubby memang dah pernah tengok.

25 June 2010

Aqil di Adelaide

Aktiviti Aqil hari2 biase kat sini ialah pukul 8.30 pagi hingga 3 petang Aqil ke sekolah. Petang balik mesti ajak papanya main bola sepak, ragbi atau flying ring sama ada main di belakang rumah atau di padang. Malam lepas sembahyang Maghrib dengan papa Aqil mengaji, papanya yang ajar. Lepas mengaji Aqil baca buku pulak. Lepas tu baru la Aqil main mainan dengan Yaya sambil tengok tv. Rancangan feveret kami kat sini malam2 ialah Masterchef iaitu rancangan pertandingan memasak. Rancangan ni memang rancangan feveret rakyat oz. Macam sekarang ada World Cup Aqil akan tengok bola sampai la dia tertido.

Kalau hujung minggu Aqil macam biase mesti ajak kami pergi jalan2 dan kalau ke shopping complex mesti nak beli mainan, kalau tak beli mesti muncung je. Kadang2 kite nak tengok dan beli barang kite dulu pun tak bagi, kadang2 geram jugak dibuatnya. Yaya pun dah terikut2 perangai Aqil. Begitu jugak kalau ke garage sale, tak sah kalau tak beli mainan. Tapi kat garage sale takpa la mainan murah dan kadang2 dapat free je.



hepi je kalau dapat apa yang dia nak

Aqil suka ke sekolah sebab kat sini banyak aktiviti yang menyeronokkan. Aqil paling hepi kalau dapat main bola kat padang. Aqil jugak sertai gimnastik di sekolahnya. Beban sekolah kat sini pun tak banyak, misalnya nak ke sekolah tak perlu bawak bag yang berat, just bawa bekal je dan yang paling Aqil hepi homework takde pun sejak sekolah kat sini, just baca buku je.

Tapi ada satu perkara yang Aqil tak suka iaitu Aqil terpaksa bawak air masak je ke sekolah, makanan manis2 pun tak boleh. Bekal yang boleh Aqil bawak ialah air masak, fruit dan healthy food sahaja. Awal2 dulu kalau Aqil bawak air masak langsung tak diminumnya. Sekarang Aqil dah suka minum air masak. Kalau dulu langsung dia taknak minum air masak, siap kena paksa lagi.

Dari segi pelajaran Aqil memang cepat belajar... dalam masa lebih kurang dua minggu Aqil dah boleh speaking. Aqil cepat faham apa yang dipelajari dan apa yang didengar. Awal2 dulu aku risau jugak kalau2 Aqil taknak ke sekolah, tapi sebaliknya Aqil hepi ke sekolah. Balik dari sekolah ada aje perkara yang nak dia ceritekan pada kami.


antara mainan Aqil

hobi Aqil main bola sepak... kalau boleh dalam rumah pun dia nak main. kadang2 paksa Yaya dan aku main bola dengan dia

Petang Aqil selalu ajak papanya main bola sepak, ragbi, flying ring atau indoor games. Kalau cuaca ok dan tak sejuk sangat baru la boleh main kat luar. Kalau tidak nanti selsema pulak.

BERSAMBUNGGGGG...

15 June 2010

Yaya di Adelaide

Yaya dulu yang debab dan tembab 22kg

Yaya sekarang, dah kurus just 18kg, huhuuuuuu...

Perkara yang paling aku sedih ialah sebab Yaya taknak hisap susu kat sini. Rasa menyesal pulak tak bawak susu Yaya. Rupa2nya boleh bawa 1/2 tin untuk personel use. At least kalau aku bawak boleh gilir2 bagi dengan susu yang kat sini. Takde la Yaya kurus dan turun berat badan macam sekarang ni. Sekarang Yaya dah dapat biasekan diri dan terus tak minum susu. "Awal2 dulu aku sedih tengok Yaya sebab selalu sebut nak balik Bangi, katanya "susu kat Bangi sedap". Satu lagi sebab Yaya nak balik Bangi ialah "sebab kat Bangi mainan Yaya banyak". Padahal kat sini tiap2 minggu beli mainan terutamanya mainan barbie.

Yaya rindu kat Bangi la mama" itu yang dia selalu sebut awal2 dulu. Berat Yaya yang 22kg dan turun kepada 18kg... Yaya dah tak debab dan tembab macam dulu lagi, huhuuu...

Kebaikannya pulak lepas Yaya kurus ni, senang nak beli baju dan seluar untuk dia. Kalau tidak dulu kena beli baju yang designnya kembang diperut dan saiz budak 6 tahun. Seluar pun sama... susah nak beli dulu tapi sekarang Yaya dah boleh pakai seluar fit.

Sekarang Yaya makan nasi banyak kalau lauk gulai kari/kurma/sup. Yaya banyak minum soya dan jus kat sini. Nasib baik ada jual soya yang macam kat Malaysia kat sini... Yeo's. Satu lagi feveret Yaya kat sini ialah dia suka makan roti canai segera cicah gula. Mujur ada jual roti canai segera yang halal dan sedap kat sini. Yaya jugak suka makan telur scramble, macam pagi ni 3 biji dia makan. Kalau kat Bangi dulu kami selalu nyorok kalau nak makan telur sebab Yaya tak boleh makan telur, kalau Yaya makan mesti jadi gatal dan merah2 badan dia. Kat sini alhamdulillah Yaya tak gatal kalau makan banyak mana pun. Harap2 Yaya debab dan tembab balik macam dulu.

Sejak dok sini Yaya suka pakaian warna pink. Kalau nak beli baju mesti nak warna pink, kalau tidak dia taknak pakai. Kalau warna lain kena puji2 baru dia pakai.

Aktiviti Yaya kat sini pulak... dia suka layan youtube, main games dan main mainan2 dia seperti puzzle, barbie, plastesin, anak2 patung dan macam2 lagi. Kalau dok Bangi dulu Yaya suka main kereta Aqil je... apa yang Aqil main itu la dia suka main. Pagi2 aku dok layan Yaya je laaa... kalau tidak kesian pulak dia bosannnn...

Satu perkara yang tak berubah pada Yaya ialah dia suka makan ais krim. Walaupun sejuk Yaya tetap nak beli ais krim. Kalau nampak orang jual ais krim mesti dia nak, pantang nampak. Kat rumah pun ada stok ais krim. Harap2 tak effect pada kesihatan Yaya.

bersambung lagi tentang Yaya di Adelaide...

Al-Fatihah

Hari ini hari ulangtahun kelahiran anak kedua kami arwah Muhamad Arfan Iman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Amin.

14 June 2010

Pengalaman hidup di negara orang

Rasa macam dah lama tak update blog ni, bukannya apa sibuk dok layan Yaya yang suka tengok youtube, main games, tengok CD dan macam2 lagi. Satu lagi alasan yang paling tepat malas dan lebih suka layan FB daripada blog.

Mama harap anak2 mama hepi dok sini

Ni la ruang tamu rumah kami di Adelaide... semua barang orang lama

Dah sebulan lebih kami di Adelaide. Banyak perkara baru yang kami terpaksa tempuhi dan hadapi kat sini. Terutamanya dengan cuaca sejuk... setakat ni yang paling rendah ialah 2 degree. Kami dah boleh adapt dengan cuaca sejuk kat sini tetapi kadang2 rasa tak tahan jugak. Banyak perubahan yang kami lalui sepanjang tinggal kat sini antaranya :

  1. dari segi kesihatan... kami dah 2 kali selsema dan batuk2... aku dan Yaya siap berdarah hidung lagi sebab sejuk sangat. Awal2 dulu rasa seksa dan tertekan jugak. aku kesian tengok Yaya bibir siap pecah2 dan berdarah lagi. kulit kami jadi kering kat sini dan sentiasa kena sapu losyen. masalahnya nak sapu losyen pun satu masalah sebab losyen tu sejukkkkkkk... Aqil dan Yaya menangis kalau aku nak sapu losyen terutama lepas mandi. kalau tak sapu losyen kulit kering dan akan jadi gatal. aku pelik jugak... ingatkan dok negara sejuk kulit akan elok, rupa2nya sebaliknya.
  2. sebut pasal mandi... dok sini kami jimat air sebab mandi 3 hari sekali dan kadang2 Aqil dalam seminggu mandi sekali je. padahal air panas ada dan heater pun ada tetapi kami tak tahan sejuk selepas mandi tu. masalah ini sampai sekarang... tambah2 nak winter ni lagi la malas dan takut nak mandi. nak ke toilet pun kadang2 memikir malasnyaaaaaaaa... sebab sejukkkkk... satu lagi masalah besar toilet sini takde paip dan lubang untuk saluran air keluar... orang sini guna tisu je. tension jugak dibuatnya awal2 dulu... buang tempat lain, basuh tempat lain... bukan ke masalah tu. tapi lama2 kami terpaksa & boleh hadapi.
  3. dari segi pakaian, kami terpaksa memakai pakaian berlapis2 dan tebal2, pakai stokin (indoor & outdoor) dan sarung tangan, malam masa tido aku pakai penutup kepala (macam anak tudung tetapi menutupi telinga, boleh hilangkan sejuk, entah apa ke bendanya orang panggil) kalau awal2 dulu sebelum beli benda alah ini aku tido siap pakai tudung lagi. Aqil pergi sekolah pun pakai 3/4 helai baju tiap2 hari.
  4. tido malam kena pakai electric blancet dan selimut berbulu... baru boleh dan sedap tido, kalau tidak nak naik atas katil pun takut sebab sejuk... pegang batal sejuk, pegang selimut sejuk... semua sejuk. setiap kali nak tido dok mikir macam mana la nak tido malam ni. lepas beli electric blancet ni baru ok. Aqil dan Yaya pun dapat tido lena. kalau dok Bangi Yaya tido pakai pampers je...he3... kalau sejuk sangat kena pasang heater lagiii... pasang heater pun satu masalah jugak sebab kulit jadi kering dan hidung rasa pedih. kena pasang kejap2 je.
  5. dari segi makan, kalau dok Bangi kami selalu kuar makan kat luar, beras 5kg 2 bulan tak habis lagi. dok sini kedai halal tak banyak dan jauh dari rumah kami. aku kena la masak tiap2 hari dan kadang2 dok mikir nak masak apa la hari ni... putus idea. aku selalu masak kari dan masak lemak dok sini sebab Aqil dan Yaya suka. lauk yang kami kerap makan ialah ayam dan daging. ikan sini pelik2... aku tak suka. sea food jarang2 sebab mahal kat sini. bahan mentah tak semua ada kat sini terutama kelapa parut dan santan, aku guna coconut cream je untuk masak. tokleh nak buat nasi kerabu la kat sini sebab takde kelapa parut dan ikan yang best. Aku masak petang dan masak banyak terus untuk tengahari esoknya... sebab kat sini makanan tak basi walaupun 3/4 hari.
  6. xtvt hari2 pulak..... siang layan Yaya, (layan internet - youtube/main games/puzzle dll) mengemas/membasuh/masak. tapi aku selalu masak petang lepas Aqil balik sekolah sebab tengahari Yaya suruh layan dia je. pukul 2.30 pergi ambil Aqil kat sekolah. petang masak. malam lepas sembahyang Isyak dinner & tengok tv/layan FB. dok sini pukul 9 kami dah tido sebab sini 5.11 dah Maghrib dan 6.35 dah Isyak. sebut pasal sembahyang pun kadang2 sembahyang hampir2 dengan waktu selepas tu sebab tak nak ambik air sembahyang banyak kali... sejukkkkkkk... (tak baik kan? tapi sekarang dah ok... lepas ambik air sembahyang terus dok kat heater supaya tak sejuk sangat)
BERSAMBUNGGGG......

04 June 2010

Ayam bakar berempah

Perap lagi lama lagi sedap rasanya... boleh juga guna daging.

Bakar suhu 180 darjah, lebih kurang 1 jam

Ini la hasilnya... sedap dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja.

Bahan-bahan :

Ayam
Rempah ketumbar, jintan manis, jintan putih, kunyit serbuk, bawang putih, halia dan serai.
Garam secukup rasa.

Cara :
Gaulkan semua bahan rempah dan garam kemudian lumurkan pada ayam. Perap 1-2 jam (lagi lama lagi sedap). Bakar sehingga masak.