31 March 2010

Yaya seronok bila aku cakap aku dah tak bekerja


Yaya merupaka orang yang paling seronok apabila aku beritahu aku dah tak keje. Siap bersorak lagi dia "hoooreyyyyyyyyyyy... mama dah tak keje, boleh main ngan Yaya" siap tepuk tangan lagi. Yaya tak tahu yang mama dia ni sebenarnya sedih jugak berhenti keje. Tapi demi Aqil dan Yaya mama kena telan je la rasa sedih ni.

Hari ni Yaya seronok sebab aku ada kat rumah. Pagi kami breakfast di Restoran Amir @Seksyen 7 BBB. Balik aktiviti membasuh dan lepas tu tidooooooooooo...

Sedih je rasa

Serah tugas

Today last day aku keje, so kena kemas dan buang apa yang patut. Takde la penghuni lepas ni nak kena mengemas lagi. Aku serahkan semua fail Unit pada Farhana dan srek kertas2 yang tak pakai lagi. Stationery aku bagi pada Ain dan Farhana. Sedih pulak rasa... Nota serah tugas aku bagi pada Farhana... harap2 Farhana dapat continue keje aku, maaf ye Farhana kalau menyusahkan.


Cabut semua catatan di dinding

Pilih mana yang pakai untuk srek

Yang mana nak buang ni?

Yang ni nak bagi pada Farhana

Nota Serah Tugas

Explain pada Farhana keje2 aku yang belum settle

Kak Zie harap Farhana tak hadapi masalah nak sambung keje2 Kak Zie, kalau ada masalah call la ye

Dah kosonggggg... huhuuuuuu...

Aku pasti merindui tempat keje aku ni

Bagi stationery pada Ain

Yang ni aje aku bawa balik sebagai kenangan keje di MOF

Makan2 bersama kawan2 di Selera Putra

Ng... macam2 bermain dalam pikiran aku

Pn. Nurul dok discuss topik hangat

Kyusuk dok pasang telinga

Masing2 sedang menikmati makanan

Sedapnyaaaa... Tom Yam ni, tapi dalam hati huhuuuuuuu...

Sempena hari terakhir aku keje, member2 satu seksyen belanja aku makan di SR Selera Putra. Bila la pulak kite dapat makan bersama. Jangan lupa saya ye... keep in touch. Aku pasti merindui saat2 bersama kalian. Doakan kejayaan aku.

Hari Terakhir di MOF

Last for punch card... huhuuuuuu... sedih sangat masa ni, Tuhan aje yang tahu.

Last meeting... bergambar dengan semua PSU dan bos Seksyen D.

Terima kasih kepada yang bagi semua ni.

Bersama kawan2 Seksyen D.

Kawan2 belanja makan di SR Selera Putra... terima kasih pada Ain, Pn. Nurul, Farhana, Adlina, Ng dan Farhan.

Pintu masuk ke BPKA.

Pintu masuk utama MOF.

Nota Serah Tugas

Bersama teman baik, teman sebilik, teman merayap, teman makan dll aku di MOF, Ain, kak Zie pasti merindui Ain.

Semakan kali terakhir sebelum serah tugas...

Dah kosonggggg... aku pasti merinduinya...

Nor Azita Ghani PK(D)3...lepas ni sapa la ganti ye.

Ni la bilik aku PK(D)3

Serah tugas pada Farhana.

PC aku... babaiiiiii... huhuuuuuuu...

Cenderamata dari Bahagian, TQ.

Hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja di MOF. Sedih dan sayu je rasa dihati nak meninggalkan keje yang susahnya nak dapat dan meninggalkan kawan2 yang baik2 belaka. Tapi apakan daya demi anak2 dan suami aku terpaksa membuat pilihan.

Perasaan aku hanya Tuhan aje yang tahu. Minggu2 terakhir ni sebenarnya aku dah rasa sedih tetapi aku tak tunjuk je. Sekali pikir memang sayang nak berhenti keje. Kalau dipikirkan sebelum ini betapa susahnya nak dapatkan pekerjaan rasa rugi je berhenti keje. Tapi nak buat macam mana demi suami dan anak2, aku terpaksa korbankan kerjaya ku. InsyaAllah kalau diizinkanNya dan kalau ada rezeki boleh lagi aku bekerja.

30 March 2010

Last ke pasar tani depan MOF


Hari ini hari terakhir aku ke Pasar Tani dengan Ain di depan ofis MOF. Macam biase la kalau ke pasar tani aku akan beli laksa penang Pak Wan dan air asam boi (staf MOF jual). Lepas ni aku mesti merindui laksa dan air tu. Walaupun aku lambat lagi ke oz rasanya aku tak akan datang ke Putrajaya semata2 nak beli laksa dan air asam boi kat pasar tani, kecuali kalau kebetulan aku ada hal di Putrajaya pada hari Selasa atau Jumaat. Takpa disebabkan hari ni hari terakhir aku ke pasar tani, aku dah beli dua gelas air asam boi yang sedap itu, ooohhhhhhh... sedapnyaaa...

Salam Perpisahan dan ucapan terima kasih

Semalam aku hantar emel kepada semua staf BPKA untuk ucapkan salam perpisahan dan ucapan terima kasih. Sedih la pulak rasaaa... huhuuuuuuuu...


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Datuk/Datin/Tuan/Puan,


Saya Nor Azita Binti Ghani mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan salam perpisahan kepada semua warga BPKA.

Terima kasih di atas setiap peluang, tunjuk ajar dan persaudaraan yang dihulurkan sepanjang tempoh saya berkhidmat di BPKA, terutamanya Seksyen Pinjaman Kerajaan Persekutuan.

Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap, baik dari tutur kata mahupun perbuatan sepanjang saya berkhidmat di BPKA.

Akhir kata, semoga BPKA bertambah mantap, warganya dapat berkerjasama dan seterusnya dapat merealisasikan transformasi yang dihasratkan oleh kepimpinan negara.



NOR AZITA BINTI GHANI
PK(D)3
Unit Pengurusan Pinjaman, Penyelarasan dan Micro Finance
BPKA
Tel:019-3644277
emel : zietwin74@yahoo.com

Sedih je rasa...

Pagi ni masa perjalanan nak ke ofis rasa sedih je. Rasa makin jauh je dengan Putrajaya terutamanya MOF. Aku dok bayangkan saat2 indah masa di MOF dan suasana bekerja. Mungkin lepas ni aku dah tak merasa bekerja di sektor Kerajaan, huhuuuuuu... di mana pulak rezeki aku lepas ini.

29 March 2010

Jamu kawan2 ofis makan laksa dan nasi kerabu








Hari ni aku bawa laksa kelate dan nasi kerabu ke ofis. Ain dah lama nak makan nasi kerabu yang aku buat. Alang2 buat aku buat banyak terus supaya semua dapat merasa (kalau yang tak sempat makan tu sory la ye). Harap2 Ain dah lepas kempunan dia. Alhamdullillah sebab ramai yang dapat merasa. Moga2 semua yang makan berpuashati. Ingat nak buat laksam tapi tak sempat la. Takpa lain kali la kalau ada rezeki.

27 March 2010

xtvt hujung minggu

Breakfast di OTWC lagi, kali ni bawa Aqil sama. Lepas breakfast kami ke pasar.



Semua muka baru bangun tidooo...


Tengahari aku buat nasi ayam untuk lunch. Puashati sebab hubby dan anak2 suka makan.dan dapat bagi jiran2 aku merasa sikit sorang. Sejak balik ni hubby tak makan lagi nasi ayam yang aku buat, jadi terpaksa la aku buat untuk memenuhi permintaan hubby.



Petang kami ke Al-Ikhsan Seksyen 7 BBB, Aqil senyum lebar sebab dapat kasut bola yang dia nak. Yaya pun sama hepi dapat beli selipar warna pink. Nasib baik ada kedai jual selipar sebelah Al-Ikhsan. Ingat nak beli kasut untuk Yaya tapi Yaya tak nak sebab dia tak biase & tak suka pakai kasut. Lepas tu kami ke pasar malam pulak. Malam ingat nak tutup lampu sempena "earth hour" tapi tak boleh sebab Yaya nangis kalau dok dalam gelap. Tahun depan la pulak try huhhhhhh...