31 October 2009

Pasar malam punya cite...

Pagi Sabtu hujan renyai2 je, lepas pergi pasar dengan Yaya aku hantar kereta ke bengkel sebab nak kena pasang satu lagi alat pada kancil aku. Lepas tu mekanik tu hantar aku kat rumah. Di rumah macam biase aktiviti hujung minggu membasuh dan mengemas. Tengahari ma dan Azam datang. Hilang sikit boring Aqil dan Yaya.

Petang kami ke pasar malam. Ramai betul orang, lain kali aku tak boleh bawa Aqil dan Yaya kesian mereka dengan keadaan penuh sesak macam tu. Tiba2 aku cari Aqil takde, panik jugak aku dibuatnya sebab Aqil hilang dari pandangan, rupa2nya dia syok dok tengok orang menjual bertentangan dengan tempat aku beli buah. Aku pesan pada Aqil lain kali jangan jauh daripada aku. Buatnya hilang masa tu... mintak dijauhkan. Nauzubillah.... MIL pulak sibuk melayan Yaya. Ma aku ada sama tapi tak perasan Aqil boleh ke sana. Azam pulak tak tahu ke mana. akhirnya kami berjumpa di kereta je. Cakap pada hubby pasal Aqil, hubby marah lain kali jangan bawa anak2 kalau tak sempat nak kawal. Lain kali aku kena berhati2.

30 October 2009

Best la cerita Nur Kasih!!!


Pada mulanya aku tak berapa suka tengok cerite ni, tapi selepas hubby beritahu cerite ni best and hubby selalu tengok menerusi tv3 online aku pun cuba tengok. Memang betul la ceritenya best dan membawa banyak mesej. Aku terus layari tv3 online menonton episod pertama hingga episod 15. Episod seterusnya aku tak tengok sebab Aqil asyik dok tengok katon, melayan Yaya dan kadang2 aku ngantuk so kena la tido awal. Hujung minggu ni aku plan nak tengok episod 16 hingga episod terkini. Tak sabar rasanya. Aku suka tengok watak Remy Ishak... dah la handsome.

Bangun awal

Hari ini aku bangun awal2 lagi lebih kurang jam 5.40 pagi, selepas sembahyang Subuh terus aku mengadap laktop untuk menjawab soalan psikologi PTD secara online. Dalam pukul 6.44 pagi aku selesai menjawab kesemua soalan. Alhamdulillah settle. Tunggu aje la resultnya, kalau ada rezeki aku dapat. Nak jawab di ofis websitenya terlampau slow dan tak boleh bukak langsung. Kat rumah senang jeee... Hari ni hari terakhir untuk menjawabnya. Legaaaaaaaaa...

29 October 2009

Ujian Psikologi PTD

Study untuk jawab soalan psikologi PTD.

28 October 2009

Panggilan Haji telah tiba lagiii...

Semalam aku mintak balik keje awal iaitu dalam pukul 3.30 petang sebab nak pergi jumpa sedara yang hendak ke Mekah di Tabung Haji, Kelana Jaya. Aku singgah ambil Aqil di sekolah dulu dan terus balik ke rumah. Kami pergi dengan menaiki teksi iaitu pada pukul 5. Kami ke Shah Alam, rumah Wak di Pangsapuri Danaumas dulu, kemudian sebelum Maghrib kami ke sana dengan menaiki kereta Wak, ma pun ikut sama. Kalau ikutkan hati aku tak nak pergi sebab susah, Yaya mesti buat halnya. Lagi pun aku dah jumpa mereka masa raya hari tu. Tapi terpaksa jugak pergi sebab Aqil nak pergi.

Aqil dan Yaya macam biase, cepat boring dan nak beli mainan yang ada dijual kat situ. Yaya paling excited nak beli belon... tukang jual pun satu hal, memang mengambil kesempatan betul masa orang nak ke Mekah, berniaga benda2 macam tu, dah la mahal daripada harga biase dan tempat lain. Melampau-lampau harganya... kaya betul mereka musim orang buat Haji ni. Budak2 ramai ke sana memang laku la jualan mereka. Macam Yaya kalau aku tak beli mesti menangis dan ajak balik... so nak tak nak kena la beli walaupun mahal.

Best je tengok orang nak ke Mekah. Semoga Allah memberi peluang dan rezeki pada aku dan keluarga untuk ke Tanah Suci Mekah. Sebelum balik kami singgah makan di Restoran Alam Megah, Shah Alam. Dalam perjalanan balik aku, Aqil dan Yaya tido... memang tak sedar apa. Sedar2 dah sampai depan rumah... letihhhhh betullll...

27 October 2009

Peristiwa tragis kepada bos aku dan keluarganya

26 Oktober merupakan peristiwa paling tragis buat En.Zawawi dan keluarganya kerana isteri, 2 orang anak dan seorang cucunya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ngeri yang telah berlaku di Putrajaya. Semoga En. Zawawi tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini. Kami diofis tidak putus2 meluahkan rasa simpati dan kasihan kepada En. Wi. Masing2 turut sedih dengan peristiwa itu.

Pada pukul 9.15 aku dan teman2 ofis menziarahi En.Wi di rumahnya di Desa Pinggiran Putra. Sampai aje di rumahnya kelihatan ramai orang yang datang menziarahi dan mengucapkan takziah. Suasana begitu sepi dan sedih. Tak putus2 orang datang menziarah. Aku lihat En.Wi sibuk dok melayan tetamu yang hadir. Kelihatan tenang aje... tetapi dalam hatinya hanya Tuhan aje yang tahu. Semasa hendak balik kami semua mengucapkan tahziah kepada En.Wi dan aku juga sampaikan salam hubby dan ucapan tahziah pada En. Wi. Masa tu aku rasa nak menitiskan air mata melihat En.Wi yang tersekat2 menahan sebak didada. Semoga Allah tabahkan hati En.Wi dan anak2nya.

Buat semua berhati2 la semasa dijalan raya dan memandu lah dengan berhemah.

Pengalaman Temuduga PTD

26 Oktober 2009 memang hari yang sangat penting bagi aku... kerana aku akan menghadapi temuduga PTD di SPA Kuala Lumpur. Aku bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dengan menaiki teksi abang Din. Tepat jam 7 pagi aku sampai di SPA. Sampai aje depan pagar guard situ tanya "Puan ni calon atau panel temuduga?". Aku terpikir kenapa dia tanya macam tu "mungkin sebab aku nampak berumur kot", lantak la yang penting aku sudah bersedia untuk di temuduga. Aku orang yang terawal sampai. Aku disuruh menunggu di bilik latihan. Aku orang pertama yang dok menunggu di situ. Tidak lama kemudian makin ramai yang datang dan semuanya nampak muda2 dan adik2 lagi. Memang menjadi kelaziman kalau aku pergi temuduga, aku la orang yang paling tua. Takpa nak buat macam mana rezeki aku baru sekarang untuk dipanggil temuduga PTD. Kami menunggu lebih kurang sejam lebih baru dipanggil untuk mendaftarkan diri di tingkat 2. Lebih kurang 100 lebih kot calon yang hadir. Ramainyaaa... dah la di JPA Putrajaya lagi, dan ada 3 sesi iaitu pada 19 & 26 Oktober dan 2 November. Aku terpikir "berapa orang la JPA nak ambil sampai ramai macam ni sekali?''. Takpa lah kalau ada rezeki aku dapat, kalau tak dapat aku dapat menemani hubby di OZ.

Masa pendaftaran aku mendapat nombor giliran 1209 dan bilik temuduga huruf M di tingkat 3. Kami juga diberi soalan psikologi untuk dijawab di rumah secara online dan tempoh yang diberikan ialah selama seminggu. Selepas dapat semua tu aku terus ke bilik M dan menunggu di situ dengan penuh debaran. Seramai 11 orang calon yang menunggu di depan bilik M. Masing2 nampak ketakutan dan gelisah termasuk aku. Panel datang agak lambat jugak sebab aku rasa macam lama je kat situ. Dalam pukul 9.15 panel datang, debaran jantung aku makin kencang. Mula2 panel Chinese masuk bilik M, aku kata sudahhh... mesti speaking la kalau panel Chinese ni yang temuduga aku, namanya C.H. LIM. Kemudian masuk lagi seorang, aku tengok name tagnya bernama ABKARI macam pelik je nama orang ni. Panel ni nampak friendly dan tanya kami semua dah bersedia ke untuk ditemuduga?. Dalam pukul 9.20 calon pertama dan kedua dipanggil masuk. Calon masuk 2 orang sekali gus. Aku dan yang lain menanti dengan penuh debaran dan membaca apa yang patut sementara menunggu. Lebih kurang pukul 9.45 dua orang calon tadi keluar, aku sibuk menanyakan soalan apa yang ditanya. Calon tersebut memberitahu aku antara soalan2 yang ditanya. Makin berdebar aku dibuatnya. Begitu jugak dengan calon2 seterusnya, ada yang mengeluh, ada yang kata biase je, ada yang kata tak boleh jawab dan macam2 lagi.

Sampai giliran aku lebih kurang jam 11 lebih, hanya Tuhan yang tahu keadaan aku masa tu. Berdebar jugak tapi aku control. Mula2 En. Abkari bertanyakan aku soalan panel yang seorang lagi semak dokumen2/sijil2 yang aku bawak.

Antara soalan yang ditanya oleh En. Abkari:

  • Perkenalkan diri dan latarbelakang aku dan keluarga
  • Persediaan untuk temuduga
  • Kenapa nak jadi PTD?
  • Apa itu PTD?
  • 8 bidang tugas PTD
  • Kalau dihantar bertugas di Negeri lain, sanggup tak? aku cakap sanggup jeee... hehehe, tapi dalam hati tak nak lah.
  • Ini PTD kontrak kenapa nak?
  • Third languange
Antara soalan yang ditanya oleh En. C.H.Lim:
  • Apa itu integriti?
  • Perolehan Kerajaan
  • KPI
  • Selesaikan kes.
Aku boleh jawab semuanya dengan yakin tapi time soalan dalam bahasa Inggeris tu, aku faham tapi nak jawab balik tu aku teragak2 sebab soalan yang ditanya aku tak tahu dan tak prepare. Memang katoi betul masa tuuu... Ya Allah memang rasa panik masa tu. Calon seorang lagi yang temuduga bersama aku masih muda, dia pun banyak tak boleh jawab.

Akhir sekali sebelum tamat En. Abkari tanya aku harapan untuk temuduga PTD ini? Aku cakap moga aku diberi peluang menjadi PTD memandangkan aku sudah ada pengalaman bekerja di perkhidmatan awam dan latarbelakang pendidikan aku membolehkan aku mengurus tadbir. Selain itu, faktor umur aku yang sudah tua menyebabkan aku sukar untuk mendapat pekerjaan selepas ini. Lebih kurang pukul 12 tamat... lega walaupun ada yang tak boleh jawab. InsyaAllah kalau ada rezeki aku dapat. Kalau tidak aku boleh ikut hubby ke OZ. Resultnya tak pasti bila keluar, tunggggguuuuuu...

Masa menunggu Wak datang ambik En. Abkari tanya aku tunggu siapa? aku geram je nak tanya sama ada aku ada peluang tak jadi PTD tapi tak terkeluar. Nampak hebat2 je panel2 temuduga, ada yang tua dan ada yang masih muda2 lagi. Rupa2nya di situ takde cafe... perut aku dah berkeroncong dan kelaparan. Wak pulak lambat sampai sebab tak familiar jalan ke situ. Gelisah aku dok menunggu. Nampak je kereta BMW lalu aku terus menjengah keluar... tengok2 bukan, frust je. Tak lama kemudian baru Wak sampai dengan membernya... aku terus ajak Wak pergi makan. Lega dapat makan tapi kepala aku dah pening dan lepas makan rasa nak muntah. Angin dah masuk perut kottt... dalam perjalanan ke rumah Wak aku tido. Ingat nak balik ofis balik tapi jam dah pukul 3 dan aku pulak tak larat. Singgah rumah Wak tengok ma. Lepas Asar Wak hantar aku balik Bangi.

Itu lah pengalaman aku temuduga PTD, kalau ada rezeki InsyaAllah merasa la aku menjadi PTD yang menjadi idaman setiap graduan Universiti yang berminat bekerja di perkhidmatan awam/Kerajaan. Untuk makluman sesiapa yang teringin menjadi PTD kite perlu ada persediaan dan ilmu yang banyak supaya kite dapat menjawab semua soalan, satu lagi kebolehan berbahasa Inggeris tersangat2 la penting. Isu-isu semasa negara dan dunia jugak kite perlu tahu. TAWAKAL TU ALLALLAH. AMIN.

23 October 2009

Bajet 2010

Hari ni pembentangan bajet 2010... semua penjawat awam dok tertunggu2 pengumuman tentang bonus sama ada dapat atau tidak. Aku dapat tahu awal lagi bahawa semua penjawat awam gred 41 hingga 54 akan mendapat RM500 sahaje untuk bonus kali ini. Aku beritahu pada hubby... hubby cakap alah banyak tu aje... aku cakap takpa la at least dapat jugak. Kalau macam aku ni nama je keje Kerajaan tapi tak dapat sebab contract for service. Syukur aje la...

Petang bawa ma dan yang lain2 makan di BBB Tom Yam.

21 October 2009

study... study...

Minggu ni aku kena buat persiapan untuk temuduga PTD. "Setiap apa yang diimpikan pasti menjadi kenyataan, sekiranya kita berusaha untuk mendapatkannya". InsyaAllah. Amin.

20 October 2009

Kereta rosak












Semalam masa nak balik keje terkejut aku dibuatnya kerana bawah kereta aku dilimpahi cecair berwarna merah, ingatkan darah apa? rupa2nya minyak, tak tahu minyak apa. Aku ni bab2 kereta ni memang tak reti, reti bawak je. Aku mintak tolong staf tengok, dia kata itu kemungkinan minyak gear box. Memang tak boleh buat apa kena tarik katanya. Panik jugak aku dibuatnya. Dok pikir macam2 siapa nak ambil Aqil kat sekolah?, aku nak balik macam mana? esok nak datang kerja macam mana? dan macam2 lagi. Telefon Eg suruh datang tengok dia busy. Aku sms ke hubby dan hubby bagi cadangan supaya tinggal je kereta kat situ, esok panggil mekanik datang tengok dan bawa kete tu ke bengkel. Aqil suruh jiran aku tolong ambilkan dan aku tumpang Mira (ex. student hubby) balik. Settle.

Kenapa la kereta aku jadi macam tu?, tak pernah2 dia buat hal. Kali ni memang mencabar betul dah la masa hubby takde.

19 October 2009

Lagi2 Raya






Semenyih- Taman Melawati- Taman Tasik Titiwangsa- KLCC. Berjalan seharian, letih betulll...

16 October 2009

Beraya@ rumah Datin Zahirah





Lunch hour aku dan teman2 seofis beraya di rumah Datin Zahirah KK(D)2 di BPKA. Kalau ikutkan Datin buat open house tapi kami semua tak dapat datang esok kerana ada hal masing2.

Perasaan

Balik keje semalam aku rasa sedih je... sebab sebelum ni hubby dan Yaya hantar dan datang ambik aku kat ofis. Tapi semalam tidak... tiba2 rasa teringat balik saat2 hubby dan Yaya datang hantar dan ambik aku. Masa lalu di depan Restoran Caiyo Bistro pun teringat balik semasa aku dan keluarga makan kat situ. Aku siap berpaling tengok meja yang kami duduk hari tu. Sedih je rasa... takpa lama2 ok la kot.

Balik rumah lagi la rasa sunyi je... kalau tidak dok dengar suara hubby melayan Aqil dan Yaya. Masa tu abang masih dalam perjalanan. Lebih kurang pukul 10 malam hubby call. Lega hubby dah selamat sampai. Hubby transit kat situ sementara tunggu penerbangan ke Adelaide pulak. Kesian hubby mesti penat dan sedih ingat pada kami. Banyak kali hubby call aku... aku tahu mesti hubby sedih dan rindu pada kami. Banyak2 bersabar la abang. Yaya pun sama semalam tiba2 dia cakap 'cian papa pergi keje' dan malam siap mengingau & menangis panggil papa dia. Aqil dah faham tapi Aqil nampak lain jugak dan petang tu dia menangis jugak dan cakap "kalau ada papakan best'. 'Sabar je la anak2 mama nanti papa balik ambik kite ye'... tu je la yang aku selalu cakap. Takpa ini dugaan yang terpaksa kami tempohi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dengan izinNya. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati.

Malam famili aku ada, tahan sikit rasa sedih kami.

Jamuan Raya BPKA







Sekitar majlis jamuan raya BPKA, aku tak gembira sangat sebab pikiran dok teringatkan hubby yang berada di KLIA untuk fly ke OZ.

15 October 2009

Hubby balik OZ hari ini

Pagi ni aku hantar hubby ke UKM, hubby ada seminar dan kena present paper. Dalam pukul 10/11 hubby akan balik rumah dan bersiap untuk bertolak ke airport. Macam mana agaknya keadaan Aqil dan Yaya masa papa mereka nak pergi nanti? tak sanggup aku nak tengok. Famili aku ada datang mungkin dapat mengurangkan perasaan sedih Aqil dan Yaya. Aku tak hantar hubby ke airport sebab hubby tak nak menyusahkan aku dan anak2, lagi pun hubby cakap ni bukannya first time dia ke sana. Hubby akan pergi airport dengan teksi abang Din. Aku tak dapat tunggu untuk menghantar hubby di rumah sebab ada kerja yang perlu diselesaikan hari ni dan aku takut Yaya menangis nak mengikut aku ke ofis pulak nanti.

Aku perasan hubby memang dah nampak sedih sejak 2/3 hari ni. Dia memang mudah tersentuh dan menangis terutamanya kalau melibatkan keluarga dan anak2. tambah2 lagi nak berpisah jauh. Hubby cakap rasa macam baru je balik dah nak pergi. Lebih kurang sebulan jugak hubby bercuti. Tapi apakan daya demi kerjaya dan masa depan kami hubby terpaksa meneruskan perjuangannya di oz. Semoga semuanya dipermudahkanNya dan selamat. Hubby akan balik mengambil kami selepas proposal PhDnya siap. Semoga perjalanan hubby selamat.

Lunch dengan hubby




Semalam hubby datang ambil aku masa rehat dan kami lunch di Secret Recipe. Esok hubby dah kena balik OZ. Petang pula kami makan di BBB Tom Yam, taukenya belanja kami sekeluarga. Malam Aqil mula belajar dengan Ustazah yang datang mengajar di rumah. Malam famili aku datang dari kampung.

12 October 2009

11 October 2009

Ambil passport.

Hari ini kami pergi ambil pasport di Jabatan Pendaftaran, Hentian Kajang.

Kenduri & open house

Hujung minggu kami ke jemputan kenduri dan open house. Pada hari Sabtu aku, hubby dan Aqil ke kenduri kahwin di rumah pensyarah dan penyelia aku masa buat degree and master dulu, iaitu Prof. Madya Dr. Asiah Sarji. Rumah dia di Bangi Golf Resort, Bangi. Anak tunggal dia nama Lydia (Lia AF). Aku kenal Lydia ni masa dia kecik2 lagi. Sekarang dah jadi isteri orang dan pelakon (tetapi tak glamour sangat).


Petang beraya di rumah jiran dan lepas tu kami ke Puchong beraya di rumah Ain. Balik ada lagi jemputan tetapi kami tak pergi sebab keletihan dan kekenyangan.


Hari Ahad open house di rumah Dr. Rokiah. Z kawan abang jemput kami ke sana. Lama jugak kami di sana sebab hubby berbual panjang dengan kawan2nya yang dah lama tak berjumpa. Menunya aku suka sebab ada Nasi Beriani JM Beriani dan sirap bandung yang memang aku suka.


Petang aku buat coklat dengan hubby. Aku cadang nak bawa coklat tu masa jamuan hari raya di ofis Khamis ni. Sambil tu aku sempat buat puding caramel. Lepas Maghrib kami ke Alamanda.

08 October 2009

Raya Puasa Sunat Syawal

Alhamdulillah aku dah hubby selamat melakukan puasa sunat Syawal. Untuk meraikannya aku membuat rendang ayam bersama nasi himpit. Emmm... sedapnya. Lain kali nak try buat rendang daging pulak. Aku bawa ke ofis sikit... ramai yang puji sedappp... betul ke?

Cherating 2009










Semasa di Legend Resort, Cherating. Salah satu aktiviti tahunan famili aku.

06 October 2009

Jalan2 cari makan




Semenjak hubby balik ni selalu je kami keluar makan. Plan nak masak untuk hubby tapi bila? sebabnya aku nak masak je... Yaya mesti nak kacau... "mama nak tengok", "mama nak dukung", bukak peti nak itu ini dan macam2 lagi. Siap tarik kerusi dan berdiri atas tu nak tengok... dah la nak tengok dekat2, aku takut terpercik minyak panas dan terbalik kerusi tu sebab dia tak dok diam. Time hubby takde lagi la, seingat aku sekali je aku masak, itu pun sebab aku jemput famili adik aku berbuka puasa kat rumah.

Sejak hubby balik ni aku tak pernah masak lagi. Tengok la untuk raya 6 ni aku plan nak masak nasi himpit, rendang dan puding caramel. Untuk hujung minggu ni aku plan nak masak nasi kerabu, sup tulang dll. Menjadi ke tak menjadi tunggguuu... mintak2 menjadi la, aku pun dah lama tak makan hasil tangan sendiri niii...

Aktiviti hujung minggu

Dinner di BBB Tom Yam

Aqil sedih tak dapat beli mainan... dok tunggu makanan

Yaya nak makan cup cake di JM Beriani

Yaya di JJ - bergaya dengan hand bag

Sabtu - Bja balik. Tengahari Aku, hubby dan Aqil ke kenduri kahwin anak jiran. Kemudian terus ke Alamanda, Aqil nak tengok wayang cerite G-Force. Best jugak cerite tu. Balik kami ke Semenyih beraya di rumah sepupu aku. Yaya tinggal dengan MIL. Maghrib baru sampai rumah. Lepas tu keluar makan di BBB Tom Yam.

Ahad - Pagi kami ke JJ Balakong. Balik singgah makan di JM Beriani.

International Passport

makan roti sementara menunggu nombor kami dipanggil

Yaya dengan muka boringnya...

Aqil ok je...

Kami semasa di kaunter

Yaya khusyuk tengok orang JP membuat keje...

Jumaat hari tu aku masuk keje tengahari sebab pagi kami sekeluarga (hubby renew je) pergi buat passport di Jabatan Pendaftaran (JP), Hentian Kajang. Kami pergi agak awal iaitu dalam 10 minit nak pukul 8 pagi kami dah sampai... tengok2 ada lagi orang yang lebih awal, orang dah beratur panjang hingga ke luar. Hubby terpaksa beratur jugak, nak dijadikan cerite tertinggal la pulak surat beranak asal Aqil dan Yaya... terpaksa la aku balik ambik kat rumah, nasib baik la rumah aku dengan Hentian Kajang dekat je... aku drive lebih kurang 10 minit. Sampai di Hentian Kajang 2 kali pusing baru jumpa parking.

Sampai di JP aku tengok hubby dah tak beratur, dah siap ke? rupa2nya dah siap untuk first step penyerahan dokumen, surat beranak Aqil dan Yaya hubby pergi bagi terus di kaunter. Lepas tu step ke 2 menunggu untuk tandatangan dan cop jari pulak. Nombor kami 67, 68, 69 dan 70. Lama jugak nak menunggu nombor kami naik, aku sempat pergi beli makanan dan melayan Yaya yang dah boring dan tak duduk diam. Yaya biase la nak ais-krim dan macam2 lagi. Yaya asyik nak berjalan je dah la orang ramai... terpaksa la aku dan hubby bergilir2 mengikut dia. Kalau aku tak dok dekat dia menangis mencari aku... kalau dia bersama aku nak papa dia pulak. Nak duduk kat dalam sama2 dia tak nak, mungkin dia rasa lemas kot. Yaya lebih suka duduk kat luar sebab bebas berjalan. macam2 la Yaya tak larat dibuatnya. Lepas tandatangan dan cop dokumen aku bawa Aqil dan Yaya tunggu hubby di dalam kereta je. Yaya menangis nak papa... papa... aku biarkan aje lama2 ok, dia hisap susu dan terus tido (letih sangat ke hulu ke hilir). Hubby menunggu untuk membuat pembayaran pulak (step 3). Lebih kurang pukul 11 baru settle. Itu pun baru dapat resit passportnya tak ambik lagi sebab lepas 2 jam baru siap. Aku cakap pada hubby "tak larat la nak tunggu datang ambik lain kali la". Kami akan datang ambik minggu depan... passport tu boleh diambik bila2 masa dalam tempoh 3 bulan. Masa nak ambik semua kena pergi sebab kena cop jari sekali lagi masa ambik, uuuhhh... harap2 Yaya tak buat perangai lagi...