24 May 2009

Abang call berkali2 hari ni.

Abang call banyak kali hari ni...

Mengemas...

Hari ni aku mengemas lagi, tak habis2 dengan mengemas. Barang banyak sangat gini la jadinya. penat jugak dibuatnya. Itu pun tak habis mengemas lagi. Hujung minggu je la time aku nak mengemas. Semalam Gee datang beli baby chair dan penyangkut kain besi. Aku nak jual semua barang yang dirasakan tak penting dulu. Lagi pun aku dan anak2 nak ikut hubby... barang2 takde tempat nak letak, jadi kena la jual. Kalau rumah sendiri takpa.
Petang ke Hospital Putrajaya, tengok jiran (Nie Man) yang baru bersalin. Mereka dikurniakan baby boy. Bestnya...

21 May 2009

Baca dairi lama

Bosan je hari ni takde keje... aku baca dairi2 lama. Teringat balik kisah2 lama, zaman belajar di UKM. Rindu pulak rasa zaman belajar di UKM. Di UKM laaa... aku jumpa Azul yang kini menjadi "suami kesayangan aku".
Aku buang mana2 yang tak perlu disimpan...

20 May 2009

Klinik

Pagi ni aku datang lewat sebab sebelum tu aku ke klinik. Tak sihat... doktor beritahu sakit tu akibat daripada batuk terlalu lama dan telah menekan tulang rusuk, itu lah yang menyebabkan aku terasa sakit bila batuk dan bersin. Aku risau jugak takut sakit lain... Nauzubillah... moga Tuhan jauhkan aku dari sebarang jenis penyakit. Doktor bagi aku empat jenis ubat iaitu antibiotik (besar betul ubat ni, aku belah dua sebelum menelannya), ubat alahan, ubat angin dan ubat tahan sakit. Aku doakan semoga lepas ni tulang rusuk aku tak sakit dah...

19 May 2009

Apa cite hari niii...?

Pagi ni rasa sakit perut lepas makan nasi lemak yang aku beli dekat Bank Islam, Bangi. Nasinya sedap dan sambalnya tak laaa... pedas sangat tapi aku dan Ain sakit perut lepas makan... kami berdua dok berulang ke toilet je pagi ni. Pagi ni ada Roadshow MAS di MOF ni tapi aku sebagai pegawai kontrak tak layak dapat semua kelebihan tuuu... takpa laaa... Chattinggggg...


17 May 2009

Semoga abah cepat sembuh












Hari ini abah call, beritahu abah akan dibedah Rabu ini. Doktor sahkan abah mengindap kanser usus. Nauzubillah... abah terima keputusan itu dengan redha. Aku rasa sebak bila abah cakap macam tu. Kenapa Tuhan memberi dugaan ini kepada abah... kesian abah. Pada mulanya abah mengindap buasir, lepas tu tak boleh kencing dan pada mulanya doktor suspek kanser prostat. Tapi sekarang tak boleh buang air besar sehingga lah pelbagai rawatan dibuat dan akhirnya abah disahkan mengindap penyakit yang ditakuti oleh semua hambaNya. Ya Allah tambahkan la hati abah menghadapi dugaan Mu ini. Aku dan seluruh ahli keluarga sentiasa mendoakan abah dan akan sentiasa memberi sokongan kepada abah. Semoga abah akan cepat sembuh.

Hujung minggu

Ahad aktiviti membasuh dan mengemas kat dapur. Aku asingkan barang2 yang nak dibuang dan simpan. Pagi dan petang kami online dengan abang. Kami semua rindu pada abang. Abang tak sabar nak bawa kami ke sana.

5S

Pagi Sabtu aku ke ofis, aktiviti 5S. Aku bawa Aqil sama. Masa balik kami singgah Alamanda.

15 May 2009

Batuk oohh batuk bila la nak hilang

Aku rasa dah lama aku batuk niii... bila lah nak sembuh sampai sakit urat dibuatnya. Nak kata tak makan ubat dah makan, tapi dok macam tu jugak. Jenis batuk yang tak lepas... tak puas je rasa kalau batukkk.... geram je rasa. Batuk 100 hari kot??? Lepas ni nak cuba makan madu la pulak... tengok kesannya macam mana.

14 May 2009

Syukur akhirnya hujan jugak

Dah lama tak hujan... memang panas betul. Bukan apa aku kesian pada Amalia kalau panas, dia mudah berpeluh dan mula la badan dia merah dan gatal2. Nak tido malam pun satu hal asyik bergaru je. Petang semalam dan malam tadi hujan lebat Amalia tersedar dan tanya aku hujan ke mama? Lepas tu Amalia dapat tido lena sebab sejuk. Aku pun boleh tido sedap sikit.
Malam tadi kami online dengan abang. Abang dok seorang, housemate abang pergi memancing. Mesti abang boring... nasib baik boleh bercakap through internet (webcame).
Pagi ni aku ke pasar dengan Amalia... awal betul dia bangun.

13 May 2009

Cerita hari ini

Abang sms beritahu dia ada pembentangan hari ni dan abang kena bentang topik "anak". Memang kena jeee... dah lah abang tengah sedih teringat dan rindu anak2. Makin bertambah sedih laaa... dibuatnya. Abang selalu sms "rindu u all".

Keje aku hari ni

Pagi audit 5S... keje di ofis takde yang terkini sebab bos aku EL. Just buat minit mesyuarat IWK.

12 May 2009

Tak dapat temuduga DPLI

Memang takde rezeki aku untuk menjadi seorang guru. Sampaikan umur dah 35 tahun, aku mintak tiap2 tahun sekali pun tak sangkut. Memang takde rezeki aku... takpa la aku memang sudah ditentukan kena ikut abang ke Australia. Abang pun cakap :
"Abang rasa Allah telah tentukan zie dan anak2 datang memberi semangat kpd abang di sini. Mesti ada hikmah disebaliknya. Kita jangan mengalah Allah akan memberi rezeki kepada kita. Allah mesti nak zie dan anak2 datang sini jaga abang bagi mententeramkan jiwa yang sentiasa ingatkan zie dan anak2. Abang bukan macam orang lain, abang jenis yang perlu ada family disisi. Abang akan usaha supaya zie datang ikut perancangan nanti. Abang dah tak tahan... memang sentiasa ingat... cuba alih fikiran kepada benda lain, tapi tak boleh lagi. Miss u all a lot".

11 May 2009

sms dari abang

Cakap pada Aqil "papa sayang Aqil" 080509

"Abang mimpi u all, tak tahan ingat u all, tak sabar nak bawa u all cepat2 end july or early august" 090509
"Abang tak sabar nak bawa kami, tak tahan ingatkan u all, boring dan nak buat keje pun takde mood" 100509
"Papa memang rindu anak2 miss u" 110509

Yaya... Yaya...

Pagi tadi aku ke pasar dengan Yaya. Yaya siap bawak baby dia sekali (bear yang aku bagi masa besday dia). Sampai je pasar Yaya cakap dia tak nak turun. Jadi aku pergi beli makanan, aku parking kereta dekat je dengan tempat aku nak membeli tu dan mata aku tak lepas2 memerhatikan Yaya. Dalam perjalanan balik dia cakap nak makan ais-krim dan burger. Aku cakap ais-krim dah ada dalam peti. Yaya kata ok. Yaya tanya aku... mama nak pergi kerja ke? Ye aku cakap... dia macam termenung jeee... Aku cakap nanti petang mama balik ye. Dia kata emmm... Sampai je depan rumah aku cakap salam dulu dan kiss mama. Dia pun salam dan kiss aku. Lepas tu dengan spontan Yaya suruh dan pegang tangan baby dia suruh salam aku, tergelak aku dibuatnya. Cerdiknya anak mama!!! Yaya turun terus duduk depan rumah dan MIL dok memujuk dia suruh masuk dalam.Aqil tak bangun tidur lagi.

"Aqil dan Amalia memang penyeri hidup aku dan abang. Mama cayang Aqil dan Yaya".

10 May 2009

Bawa Aqil jalan2 sempena Happy Mother's Day...

Biase lah kalau hujung minggu kena bawak Aqil jalan2... walaupun papanya takde, aku la yang kena bawakkan... kalau tidak kesian kat Aqil asyik dok rumah je. Yaya memang aku tak bawak... kalau ada hubby takpa la. Kalau bawak dia nanti macam2 hal pulak nanti... tunggu Yaya besar dulu yer. Kami tak pergi jalan jauh pun setakat Billion di area Bangi ni je... macam biase la makan2 and beli mainan untuk Aqil danYaya. Petang Sabtu aktiviti wajib ialah ke pasar malam... beli lauk, sayur dan barang dapur yang lain.

Hari Ahad aku bawa Aqil makan di Secret Recipe sempena hari ni adalah "Hari Ibu", Biasanya kalau hari ibu hubby akan bawa kami pergi makan kalau hari istimewa macam ni. Memandangkan hubby nun jauh di sana terpaksa la belanja diri sendiri dan anak2... takpa demi kejayaan abang teruskan perjuangan PhD tu yer. Frustnya kali ni di Secret Recipe banyak kek yang dah habis sebab ramai orang beli sempena "Hari Ibu" so kami terpaksa la makan mana yang ada aje. Aqil ok je... yang petang anak2 mama hepi.

Petang pulak aktiviti mengemas. Aku asingkan barang2 yang nak dijual, di simpan dan di buang. Huhhhhh... penat jugak semua benda aku yang kena handle sorang2 ni... tapi takpa susah2 dahulu, senang2 kemudian. Semoga aku tabah melalui saat2 ini. Amin.

Buat ibu2 semua termasuk Ma diucapkan 'Happy Mother's Day'

Abang dah mula cari rumah

Abang dah mula servey rumah dan sekolah Aqil. Abang dah tak sabar2 nak bawa kami ke sana. Dah seminggu abang di sana, rasa macam dah lama jeee... Rindu je rasa. Abang takde mood nak buat keje sebab kami tiada di sampingnya... abang akan bawa kami ke sana cepat2.

Antara gambar kami semasa di KLIA










Aku dan anak2 ke pasar. Balik dari pasar kami online dengan abang. Abang beritahu nak bawa kami ke sana bulan Julai atau awal Ogos. Abang dah tak tahan rindukan Aqil dan Yaya. Setiap kali teringat abang akan nangis. Kesian pulak aku dengar. Anak2 dah semakin dapat terima abang takde, papanya pulak tak boleh. Abang suruh aku jual barang2 dan buat semua persiapan untuk ke sana termasuk visa dan pasport. Aqil bukan main seronok dengar papa dia cakap macam tu. Aku tunjuk pada Aqil dan Yaya gambar masa papa nak pergi. Kesian mereka nampak sedih je... cepat2 aku tutup. Yaya siap panggil papa... papa... Dah lah masa abang masuk tu lagu "Aku cinta padamu" Siti Nurhaliza berkumandang, macam kena jeee...

08 May 2009

sms dari abang

"Rindu la kat Yaya n Aqil. Dok bayang je muka u all. Jangan risau abang akan bawa u all cepat kalau semua settle awal. Jaga anak2 baik2" " miss u a lot " 040509.
"Ye, dpt gak mkn nasi lemak, sejak Sabtu x mkn nasi. Best la coz org Melayumasak. Sayur, nasi lemak, sambal, telur separuh 5 pound aud" 050509.
"Abang tengah jalan nak g bus stop. Nak balik rumah. Suka tengok budak2 besar Amalia dok main ngan burung merpati dpn state library sebelah uni. abang" 060509
"Mama wat apa? papa nak tido tp x dpt, dok ingat kat Yaya n Aqil. Tadi 2 kali call dia org. Rindu betul kat u all" 080509

Mesyuarat

Hari ini first time aku kena buat semua persiapan untuk mesyuarat, iaitu mesyuarat IWK. Semua berjalan lancar.

07 May 2009

Rindu pada abang

Malam tadi kami online, terubat jugak la rindu kami pada abang. Amalia sejak abang takde ni tidur dia tak lena... asyik terjaga dan menangis je. Nak kata demam, dia ok je. Hari ni dah 3/4 kali abang call. Aqil macam biase kalau dia teringat pada papanya mula la monyok jeee... Nasib baik teknologi sekarang canggih yang jauh boleh didekatkan. Terubat la rindu. Kalau orang zaman dahulu macam mana yeee? mesti lagi merana menanggung rindu.

06 May 2009

Bosan

Pagi ni aku takde keje, bos pergi meeting di EPU. Untuk hilangkan kebosanan aku sisih apa yang patut. 5S lah katakan!!!.

05 May 2009

Pesanan untuk abang di Adelaide

Semoga abang selamat, sihat, berjaya dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Kami di sini sentiasa mendoakan kejayaan abang dan amat merindui abang.
Cayang sokmo dari Zie, Aqil dan Yaya.

Rutin harian

Sebelum tido semalam abang call bercakap dengan kami. Nak YM internet problem kat sana.
6.40 pagi abang call. Abang memang kerap call dan sms aku. Abang beritahu hari ni baru dapat makan nasi iaitu nasi lemak. Dari Ahad abang tak jumpa nasi... makan burger, pizza dan kebab je. Akhirnya jumpa jugak orang Melayu yang jual nasi lemak, walaupun harganya 5 pound aud.

Amalia mengingau panggil papa...

Malam tadi anak2 jiran aku (sepasang suami isteri dah berkawin tapi belum dikurniakan anak dan yang seorang tengah mengandung 3 bulan) datang bermain dengan Aqil dan Amalia. Sebelum tu Amalia menangis je sebab takde orang nak layan dia masa aku sembahyang. Kalau sebelum ni aku bergilir dengan abang menjaga anak2 untuk sembahyang. Sebelum tu, Amalia menangis dan ada je benda yan tak kena. Lepas anak jiran datang dan melayan dia, baru lah ok. Semasa tido Amalia mengigau panggil papa dia. 2 kali dia panggil papa... papa... mungkin dia bermimpi kot. Dalam hati aku berkata... kesian pulak anak2 aku niii...

04 May 2009

Takde mood nak datang kerja.

Pagi2 lagi 6.40 pagi abang call semasa abang dalam perjalanan nak naik bas untuk ke University of Adelaide. Hari ini class abang dah start. Semoga abang selamat dan belajar baik2. Abang call lagi beritahu jumpa member abang man kat sana. Boleh laaa... tanya rumah sewa dan sekolah Aqil.
Rasa takde mood je nak datang kerja hari ni. Kesian pada Aqil dan Amalia. Terutamanya Aqil, kena pergi sekolah dengan orang lain hari ni. Biasanya papa yang hantar.Aku call tanya MIL keadaan Aqil pagi tadi. Aqil menangis lagi, tapi sekejap je. Tengahari aku call tanya lagi, Aqil ok je MIL cakap. Amalia macam biasa laaa... happy sokmo. MIL beritahu abang call tadi kat rumah.

03 May 2009

Sunyi dan rasa sedih jeee... abang takde

6.46 pagi abang call beritahu yang dia sudah selamat sampai di Adelaide. Bangun lewat hari ni lepas sembahyang subuh tidur balik. Bangun2 je hari ni terasa sunyi semacam je... sedih je rasa sebab abang takde. Tak macam biase dengar suara abang. Aqil tak tunjukkan pada Aqil yang aku sedih. Aqil tetap bersedih... lepas tu ok sikit. Aqil ajak aku pergi jalan2. Biasa kalau hujung minggu papa yang selalu bawa kami jalan2.
Pagi kami online melalui YM/view webcame dengan abang. Aqil dan Amalia happy dapat tengok papa mereka. Abang guna PC member dia. Abang punya belum daftar lagi. Abang sedih jeee... kami pun sama. Semua menangis sedih sebab baru berpisah jauh. Abang cakap sana sunyi sangat, lagi laaa menyebabkan dia rindukan kami di sini. Kalau teringat pada kami je terus mengalir airmata. Aqil happy dan mula bermain2 selepas dapat bercakap dan dapat tengok papanya.
Petang aku bawa Aqil pergi jalan2 di Billion, sebelum tu beli kereta di Shell. Abang call masa kami di Billion. Balik singgah di Ariani, beli tudung sehelai. Balik rumah Amalia tak bangun lagi. Kami chatting dengan abang. Abang beritahu dia akan cari rumah dan sekolah untuk Aqil cepat2 supaya kami boleh ke sana cepat. Dia tak sanggup berjauhan dengan kami.
Petang Aqil menangis lagi teringatkan papanya. Aku pujuk dia pergi kedai makan. Malam abang call dan kami chatting dengan abang lagi. Abang tak dapat tidur teringatkan kami. Abang geram tengok telatah Amalia dengan perut buncitnya...hehe... Kami semua rindukan abang, semoga abang selamat dan Allah permudahkan segala urusan abang di sana.

Abang call selamat sampai

6.46 pagi abang call. Abang dah selamat sampai di Adelaide.

02 May 2009

Abang ke Australia hari ini

Pagi aku, abang dan Aqil pergi menziarah kubur arwah Arfan. Balik kami singgah pasar. Lepas itu kami semua pergi breakfast di restoran atas bukit... Balik kami singgah di kedai komputer di Kajang, abang nak beli webcam. Tengahari aku masak laksa penang.
Abang membuat persiapan terakhir untuk ke Australia malam ini. Dalam pukul 4 ke rumah jiran, ada majlis makan2 sempena anaknya dapat bekerja di Petronas, Kerteh. Anaknya belajar di New Zealand sebelum ini.
Balik kami bersiap untuk ke KLIA. Zu dan Wak datang untuk hantar abang di KLIA. Aqil dah nampak sedih... monyok jeee...
6.00 petang kami bertolak ke KLIA.
6.40 - sampai KLIA, Amalia macam biasa aktif dan seronok jeee... dok tak diam sekali. Aqil dah mula sedih. Sampai je abang check in dulu. Kami sembahyang maghrib dulu. Antara kawan2 abang yang datang ialah Dr. Mus, Shahizan dan anak2 (wife dia takde study di Hong Kong), terbalik aku akan ditinggalkan suami untuk pergi belajar. Dia isteri yang tinggal untuk pergi belajar. Seorang lagi En. Yakob. Flight abang delay, pada mulanya 9.50 tapi delay kepada 10.20 malam. Sementara menunggu abang masuk kami duduk di situ jeee... tengok telatah Amalia dan Aqil. Pergi McD, lepas tu KFC dan kedai mainan. Abang belikan Aqil mainan untuk pujuk dia. Tapi Aqil tetap nampak sedih.
9.15 abang dah kena masuk. Saat perpisahan yang menyedihkan. Abang mula nampak sedih dan menangis. Kami bersalam2an. Aqil pada mulanya ok je. Lepas papanya masuk terus menangis. Aku pun turut menangis tengok Aqil. Kesian dia... Amalia ok jeee... aku beritahu dia papa pergi kerja. Kami tunggu di ruangan pelepasan antarabangsa. Tapi abang tak kelihatan... abang dah masuk dalam. Aqil menangis tak henti2, aku pujuk dia.
10 lebih kami balik, Aqil tetap menangis. Amalia siap cakap... "jangan sedih2, tido laaa...jangan nangis". Cerdik betul Amalia niii... Sebelum abang fly abang hantar sms pada aku
"Jaga diri baik2, jangan marah2 anak,layan Aqil elok dia dah besar takut dia sedih. Take care apa2hal beritahu abang,Take care n luv u.
Doakan untuk abang".
10.30 malam sampai rumah. Aqil menangis panggil papanya. Aku bagi Aqil kain pelikat yang abang pakai tadi, suruh dia peluk dan cium supaya terubat rindunya. Sehingga lah dia tertidur dalam kesedihan sambil memeluk kain papanya. Kesian aku tengok... tapi nak buat macam mana. Harap2 lepas ni Aqil ok la. Amalia menangis masa nak tido... panggil papa... papa... lepas tu ok. Rasa sunyi abang takde.

01 May 2009

1 Mei cutiiiiii.....

Hari ni semua cuti sempena hari buruh, pagi kami pergi breakfast di Restoran Sup Keting seksyen 7. Balik singgah pasar ingat nak beli laksa (laksa buatan kilang dari Kelantan). Aku cadang nak buat laksa penang tengahari ni, tapi tak jadi laksa takde. Esok baru ada. Jadi kena laaa buat esok. Teringin nak makan laksa penang yang aku buat sendiri. Kalau beli tak sedap. Tengahari masak simple2 je.
Malam kami pergi makan di San Francisco... abang belanja sebelum abang pergi esok.