27 February 2009

Persiapan Majlis Hari Jadi Amalia

Hari ini aku hendak pergi membeli barang2 untuk keperluan hari jadi Amalia. Esok aku akan mengadakan majlis hari jadi Amalia yang ke 2 tahun. Banyak barang2 yang perlu aku beli, antaranya gaun dan hadiah untuk Amalia, makanan, goodes, barang hiasan seperti belon, topeng/topi dan backdrop. Kek aku dah tempah sebulan awal dari dalissacuppacake.blogspot.com. Aku tempah kek biasa dan kek cawan (cupcake). Nanti aku masukkan gambar kek dalam blog ini ye. Aku bercadang menjemput anak2 jiran je. Tentang menu... tunggu belum confirm lagi nak buat apa... ada lah 4/5 menu yang bermain difikiran niii...

26 February 2009

Abang interview di UMK hari ini

Abang balik Kelantan malam tadi sebab hari ini ada temuduga sebagai pensyarah kanan di UMK. Aku rasa berdebar2 je menunggu panggilan dari abang, nak tahu sama ada abang berjaya atau tidak. Pukul 10.48 am aku hantar sms, tapi abang tak reply. Takan tak habis temuduga lagi. Setahu aku abang temuduga 8.30 am. Pukul 11.28 am abang masih tak reply sms aku. Mungkin ramai yang datang temuduga kot. Aku sentiasa berdoa untuk kejayaan abang. Kalau dapat bestnya boleh balik dok kampung. 11.30 am abang reply sms aku katanya "baru habis temuduga, tengok la kalau ada rezeki". Malam ni abang balik sini.

25 February 2009

ye ye dah boleh chatting!!!

Hari ini aku dapat tahu kalau sesiapa yang ada akaun gmail.com boleh chatting di MOF ni. Aku apa lagi.... cepat2 la mendaftar. So boleh la berchatting. Best la boleh chatting balik, tapi kalau time takde keje la. Hilang la sikit rasa boring tuuu... Sejak semua kena block ni... rasa boring sangat kalau time takde keje. Tapi sekarang dah ada gmail, ok la. Jangan lepas ni gmail pulak kena block sudah la.

24 February 2009

Sujud lega sistem pernafasan


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) . - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sakit peruttt...

Kerja aku hari ni... pinda laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata akaun awam dan aktiviti2 kementerian, jabatan dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan Tahun 2007.

Dua tiga hari ini perut aku rasa tak selesa jeee... sakit je, kenapa ye?. Dah pergi klinik doktor kata angin, dah makan ubat tak ok jugak. Mungkin aku selalu makan sambal nasi lemak yang aku beli di cafe kot... pedas sangat, perut aku dah tak boleh terima. Lepas ni tak boleh makan dah sambal tu. Kena ubah menu lepas ni. Takut jugak kalau jadi apa2, sekarang ni macam2 penyakit boleh berlaku... tak kira umur atau apa pun. Kalau tak ok lagi lepas ni aku kena ke klinik sekali lagi... scan atau buat apa2 yang patut.

23 February 2009

Unit baru

Hari ini ada 2/3 kerja yang perlu dilaksanakan. Semuanya dah selesai... petang ini belum lagi dapat apa2 tugasan. Tunggggguuuuu... Hari ini rehat dengan Hajar... kami dok mengadu masalah masing2.

Aktiviti hujung minggu

Sabtu - Sebenarnya hari ini ada exam PTD, tapi aku tak pergi. Bukannya malas, tapi aku rasa PTD ni bukan jiwa aku... itu pun kalau dapat. Satu lagi kalau aku pergi pun... tak guna, sebab kalau ada rezeki abang, aku kena ikut abang further study. Tapi aku prepare jugak untuk exam tu. Tiba2 je abang kata tak payah pergi. Buat pening kepala je nak menjawab exam tuuu... baik dok rumah main dengan Aqil dan Amalia. Petang aku dan abang ke pasar malam.
Ahad - Hari ni kami sekeluarga ke Taman Putra. Lepas masak tengahari kami bawa makanan dan makan di situ, sambil menikmati keindahan alam sekitar. Happy Aqil dan Amalia dapat makan2 sambil bermain di situ. Ala-ala berkelah la niii... walaupun takde pantai atau jeram. Kira ok laaa... nak pergi jauh2 menyusahkan. Aku dan keluarga selalu berkelah di sini. Lepas itu kami ke Masjid Putra, sembahyang Zohor. Kemudian kami terus balik... sampai je di rumah petir sambar- menyambar dan hujan lebat mula turun. Nasib baik sempat balik awal.

20 February 2009

Tukar Unit

Rehat hari ini aku ke Alamanda dengan Ain, Zah dan Hajar. Masuk je ofis aku dapat memo pertukaran unit dari unit PK kepada Unit Syarikat MKD & Konsesi dan Pengurusan Pinjaman (Pengurusan Pinjaman) PK(D)3. Asyik dok tukar unit jeee... Bahagian ni terkenal dengan selalu ada rombakan. Entah apa2 laaa... Ikut aje lah... moga2 aku dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik dan lancar. Jauhi lah dari segala masalah.

19 February 2009

Berita gembira

Terima berita gembira dari abang "abang dapat interview UMK, hari Khamis depan", abang dapat temuduga sebagai Pensyarah Kanan di UMK. Bestnya... kalau abang dapat boleh balik dok kampung. Moga2 Tuhan kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah kepada kami sekeluarga.

Parlimen oh Parlimen

Hari ini seharian kena bertugas di tingkat 10, mendengar Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat. Mengantuk Tuhan aje yang tahu... sambil tu aku study untuk exam PTD.

17 February 2009

Sibuk Mengisi KPLI

Selepas selesai mengisi DPLI, hari ini aku pergi beli no.pin KPLI pulak. Lepas rehat dok mengisi KPLI la. Keje pun takde nak buat, sebab bos pergi Parlimen. Aku pilih bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sebab yang lain tak kena dengar krusus ijazah aku. Kalau ikutkan yang ni pun tak kena langsung tapi melihatkan pengalaman yang lepas2 ramai orang dapat Pendidikan Khas, jadi aku terpaksa lah pilih. Lepas isi borang permohonan aku pikir balik... kalau aku dapat bidang ni boleh ke aku mengajar budak2 khas ni???
Aku tanya pendapat kawan2 dan adik aku yang telah menjadi guru. Kawan aku G-jah memiliki ijazah Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan, tetapi dapat menjadi guru Pendidikan Khas. Menurut G-jah menjadi guru P. Khas ni relaks dan muridnya tak sampai pun 10 orang sekelas. Penilaian tidak diperlukan sama ada murid tu pandai atau tidak. Kalau pandai bagus lah kalau tak pandai nak buat macam mana tak boleh nak paksa. Kalau dipikir2kan macam best tapi aku tak sanggup nak berhadapan dan mengajar budak2 macam tu la... Jadi aku call pulak tanya adik aku. Adik aku ni tak mengajar budak2 khas, dia mengajar budak2 biasa ni. Aku tanya dia perbezaan P. Khas dengan Pemulihan. Pemulihan ni mengajar budak2 normal tetapi yang jenis slow learner (lembab la kot). Aku pikir2 balik aku prefer mengajar budak2 macam ni. So aku tukar balik permohonan aku kepada bidang Pemulihan. keputusan Muktamad. Kalau ada rezeki aku dapat. Tawakal aje lah.

16 February 2009

DPLI, KPLI & PTD

Dok kalut pasal DPLI, KPLI dan exam PTD. Semuanya nak mintak. Mana satu lah yang akan tersangkut dengan aku niii... Masing2 sibuk ke sana ke sini beli no. pin dan isi borang online. Moga2 ada lah rezeki aku kali ini. Kalau PTD aku tak excited sangat. Jadi guru tu yang aku mengharap2kan sangat. InsyaAllah kalau ada rezeki aku untuk menjadi seorang guru dapat, kalau tak dapat tiada lah peluang aku nak menjadi guru. Tahun ni peluang terakhir untuk aku meminta DPLI dan KPLI. Tawakal je lah kepada Allah.

Aktiviti hujung minggu

Hari ini Ahad aku tak ke mana2 dok rumah je melayan Aqil dan Amalia. Pagi abang ada kelas OUM. Petang ingat nak pergi tengok cerita Upin & Ipin di Mines tapi Amalia dah terjaga dari tidur. Kesian pulak nak tinggalkan dia dengan MIL, hujung2 minggu macam ni lah dia nak bermanja dan bemain dengan aku. Abang dan Aqil je lah yang pergi tengok cerita tu. Takpa laaa... aku melayan Amalia kat rumah je laaa... Amalia pulak asyik layan internet jeee... tengok macam2. Sekarang dia berminat tengok orang menari poco-poco. Sambil dia tengok dia tiru gaya orang tu menari. Suka tengok gelagat dia... CoMeL AnaK MaMa... Amalia jugak suka tengok masjid dan orang azan. Khusyuk kalau dia tengok orang azan.

15 February 2009

Upin & Ipin punya pasal...


Sabtu - Petang aku, abang dan Aqil ke Alamanda nak pergi tengok wayang cerita Upin & Ipin. Tapi tiket semua dah kehabisan fully book. Aku da Aqil siap beratur dah tiba2 orang di tempat beli tiket itu buat pengumuman menyatakan tiket dah habis. Aqil frust dan sedih jeee... ramai orang lain pun tak dapat beli. Kami jalan2 je laaa... di Alamanda tu. Kejap je. Kemudian kami balik. Aqil siap menangis lagi sebab frust tak dapat tengok cerita Upin & Ipin. Aqil dan Amalia memang minat cerita Upin dan Ipin. Aku pun suka jugak... sebab comel je tengok Upin & Ipin tu, suaranya cute jeee... Amalia kami tak bawak, lagi pun dia tidur. Balik rumah abang terus buat reservation untuk tiket esok... tapi semua dah fully book. Memang ramai betul peminta cerita ini. Akhirnya ada jugak tiket untuk petang esok 5.30 petang di panggung wayang Mines, Serdang. Abang terus booking... baru lah muka Aqil nampak ceria.

13 February 2009

Jualan Amal

Semalam balik rumah aku dan abang pilih pakaian, hand bag dan kasut yang aku rasa dah tak nak pakai lagi untuk jualan amal tabung GAZA di UKM. Selain daripada doa, boikot barangan Israel, ini aje lah yang kami mampu lakukan untuk memberi bantuan kepada mangsa2 kekejaman Israel. Antara kasut yang aku bagi untuk jualan itu ialah kasut yang baru aku beli tapi tak boleh nak pakai sebab tersalah saiz. Sebelum ini aku sudah bertanya pada kawan2 kalau2 ada yang berminat hendak membeli kasut aku itu, tapi seorang pun takde sebab tak sama saiz. Takpa laaa... sedekah aje la.

12 February 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

11 February 2009

Baru masuk keje...

Lama dok rumah... macam malas je nak datang kerja. Tapi kena datang jugak, cuti aku dah tinggal 26 hari je lagi. Baru bulan Februari dah 4 kali aku cuti, tapi takpa demi anak2 tercinta.

10 February 2009

Aktiviti masa cuti

Sabtu - Dok rumah je, petang ke Taman Tasik Cempaka Aqil main bola dan layang2 dengan papanya. Aku dok melayan Amalia yang tak reti dok diam...

Ahad - Kami ke rumah EG dan tempat Wak di Hotel Quality, Shah Alam.

Isnin - Kami dok rumah je.

Selasa - Aku cuti untuk menjaga Amalia sebab MIL balik kampung.

06 February 2009

05 February 2009

BBB Perfume & Tupperware


BBB Perfume & Tupperware
Give an opportunity to you to order/buy "Original rejected perfume" and "Tupperware product" via new media around Bandar Baru Bangi in Kajang Selangor.You can contact us by mobile phone +6019-3644277 OR email ptbangi@yahoo.com. Also you can see my blog at bbbperfumetupperware.blogspot.com.

04 February 2009

Exam PTD

Aku dan ramai member2 dapat exam PTD pada 21 Febuari 2009. Kalau ikutkan hati malas dah ni nak pergi exam tersebut... sebab dah banyak kali exam tak lepas2 jugak, tak ada rezeki...emmm... tak tahu laaa bila nak lulus. Seingat aku pernah sekali aku pergi exam masa tu aku dalam pantang anak sulung , Aqil pada tahun 2002 dan ada jsekali aku tak pergi exam sebab dah bosan asyik exam je tapi tak lulus2 pun. Tahun ni tahun terakhir untuk aku memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, sebab umur aku dah '35' tahun uuhhhuuuuuu... dah tua aku. Adakah rezeki aku untuk tahun ini??? Cubaan terakhir... kalau tak lulus jugak memang takdir aku untuk tidak berkhidmat dengan Kerajaan. Mungkin rezeki aku dibidang lain... Tuhan aje yang tahu. Aku mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

03 February 2009

Malasnya nak datang kerja

Cuti lama rasa malas je nak datang kerja... best dok rumah main dengan Aqil dan Amalia. Amalia pulak menangis dan nak mengikut aku pagi tadi, terpaksa lah aku bawa dia round dulu baru boleh bertolak ke ofis... itu pun dia masih menangis "nak ikut mama!!!" kata dia.

02 February 2009

Cuti Hari Wilayah


Bestnya kalau selalu ada cuti panjang macam ni, walaupun 3 hari je... boleh dok rumah main dengan Aqil dan Amalia. Nak rehat memang tak boleh laaa... walaupun cuti, kena layan karenah anak2, memasak, membasuh, mengemas dan macam2 lagi... termasuk lah mengambil dan menghantar Aqil ke sekolah. Sebagai seorang ibu dan suri rumah memang kerja2 dirumah takan habis. Sebenarnya duduk di rumah lebih penat dari berkerja di ofis. Walaupun penat tapi aku suka dan puashati sebab anak2 gembira dan seronok mamanya ada di rumah. Satu lagi yang penting pahalanya besar jika kita menjaga anak2 dengan baik dan sempurna. (gambar di atas semasa birthday Amalia 1 tahun)

01 February 2009

Gambar Semasa Di Desa Water Park
















31 Januari 2009


Sudah sebulan tahun 2009 berlalu... sekejap aje masa berjalan. Pejam celik pejam celik dah sebulan. Tapi takde apa2 perkembangan lagi dalam hidup aku... masih sama (takde kemajuan... bila nak dapat kerja tetap atau benda/perkara yang menggembirakan). Tapi sebagai hambaNya aku harus bersyukur apa yang ada. Hari ini aku tak kemana2 pun... malas... rasa nak duduk di rumah jeee.... Aqil dan papanya ke Metro Point Kajang untuk menyaksikan tarian singa.