31 October 2008

Geramnya...

Lepas rehat aku call MIL tanya keadaan Amalia macam mana? MIL cakap badan Amalia panas sangat dan asyik menangis je...dok panggil mama...mama...kesian dan risau pulak aku rasa. Aku ingat nak mintak dengan En. Li untuk balik, tapi tiba2 dia masuk bagi kerja. Geramnya...petang2 baru nak bagi keje. Pikiran aku dok kat rumah je...dok pikir macam mana keadaan Amalia. dah la abang pun takde, kalau tidak boleh aku suruh abang balik rumah tengok keadaan Amalia. Biasanya kalau Amalia demam abang akan cuti. Pada awalnya aku rasa macam nak EL hari ni tapi cuti aku tak banyak dah. Kesian Amalia dalam keadaan dia demam tu mesti dia memerlukan aku dan abang berada disisinya. Bila jam menunjukkan pukul 5 dan punch card berbunyi aku terus balik...sebelum masuk lif aku telefon MIL tanya keadaan Amalia.
Sampai je depan rumah Amalia dah menunggu sambil menangis2 memanggil aku. Kesiannya anak aku...aku memang cepat panik dan risau kalau anak2 demam. Aku masih fobia lagi teringat keadaan Aqil sakit hernia masa dia kecik dulu. Aku terus dukung dia, tak sempat nak salin baju. Layan dia je, sekali sekala dia panggil papa...papa...memang sah anak aku ni demam rindu pada papa dia. Malam Amalia tidur awal lepas makan ubat...moga Amalia dapat tidur dengan selesa dan cepat sembuh. Kelopak mata aku pun rasa berat je...ngantukkk...bangun awal hari ni. Tapi takpa demi anak2 aku, aku tak tidur pun takpa untuk jaga mereka. Kalau abang tahu mesti dia pun risau. Aku tak nak call abang, nanti mengganggu dan membuat dia risau je. Aaahhh,,,ngantukkk...

Kelebihan Wanita Solehah


Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain.

Ngantuknya hari niii...

Susahnya abang takde...malam tadi Amalia dah demam, dia rindu pada papa dia. Dok panggil dan tanyakan papa dia. Sejak dia besar ni tak pernah berpisah dengan papa dia, dengan aku lagi la memang tak pernah berpisah sehari pun. Amalia demam sampai tidur pun tak lena, lepas suap ubat baru ok, tapi dia meragam je. Pukul 4.00 dah bangun hari ni. Ngantukkk...dah la malam tadi kejap2 sedar, tak boleh nak tidur...tapi kena layan dia sebab dia demam dan rindukan papa dia. Patut la dari malam tadi lagi dia meragam, rupa2nya nak demam, mungkin dia dah rasa tak sedap badan. Hari ni datang keje lewat...tidurkan dia dulu, kemudian hantar Aqil pergi sekolah. Dalam pukul 9.00 baru sampai ofis. Sebenarnya 8.30 dah sampai tapi berpusing2 kat parking lot dok cari parking. Parking banyak kosong tapi untuk orang2 yang berjawatan je...susah betulll...breakfast pun belum lagi. Laparrr...nyaaa.... Baru sehari abang takde kat rumah dah rasa susah dah...

30 October 2008

Abang Kursus BTN

Amalia bangun pukul 5.21 pagi hari ni. Bangun2 je macam biase la nak tengok gambar dia dalam laktop. Hari ni abang pergi kursus BTN di Rembau selama 5 hari. Isnin baru balik. Aqil terpaksa pergi sekolah dengan Nas, anak jiran sebelah...mintak tolong dia hantar dan ambil Aqil dua hari ni. Abang bagi dia duit minyak RM20 untuk duit minyak (sekolah Aqil dekat je dari rumah). Aqil exam hari ni dan esok, kalau takde exam dia tak payah pergi sekolah pun takpa. Aku call teacher Aqil, beritahu Nas yang akan hantar dan ambil Aqil 2 hari ni.

Pagi tak ade keje, tengahari baru En. Li bagi... suruh ubah data dan kira nisbah...aku dah la lembab mate, mintak tolong Ir. Aku buat setakat yang mampu je. Abang call dari Rembau bagi nombor telefon yang boleh dihubungi sebab handphone abang dan semua pegawai BTN pegang untuk 5 hari ni. Kiranya tak boleh berhubung dengan orang luar. Abang dilantik menjadi penghulu di antara 67 peserta...macam budak sekolah la pulak dia kata...macam ketua darjah kot???. Abang cakap kalau ada hal penting call la, kalau setakat nak mengorat tunggu balik rumah...hehehe....Risau jugak aku nanti Amalia mesti dok tanyakan papa dia je...biase malam dia nak papa yang dodoikan dia, Aqil takpa la dah faham. Mintak2 Amalia pun faham yang papa dia pergi keje. Isnin petang baru balik, itu pun sampai malam kot. Semoga abang selamat menjalani kursus BTN dan jangan lupa anak isteri kat rumah ni.
Petang takde keje la pulak, macam biase dok YM dan update blog je la. Macam YM dan blog pulak keje aku sebenarnya...takde lah,time ada keje tak sempat pun nak update blog. Bukan makan gaji buta...tapi dah bos tak bagi keje nak buat macam mana.

29 October 2008

29 Syawal

Semalam balik dari keje singgah Mydin beli barang2 dapur. Balik singgah kedai dobi ambil Baju dan toto yang dah seminggu dok situ. Sampai je rumah Aqil dan Amalia dah menunggu di Kedai Man. Mereka ikut balik...sampai je depan pagar rumah... aku tengok toto ada banyak semut, mesti ada sesuatu dalam toto tu...geram betul. Lepas angkat semua barang yang aku beli kat Mydin tadi, aku hantar toto tu ke kedai dobi tadi...suruh cuci sekali lagi...lepas tu kami pergi minum air tembikai di Kedai Man dan beli chicken chop. Uuuhhh...lega rasa tekak ni...Malam abang ajak pergi Kajang, dia nak beli baju kemeja putih lengan pendek untuk kursus BTN. Aku tak nak pergi letih...abang pergi dengan Aqil je. Aku dok melayan Amalia kat rumah..mata aku nak terpejam dan rasanya...ngantuknya Tuhan je tahu, tapi tengok gelagat Amalia yang dok memanjat kerusi sambil menyanyi2 terpaksa aku buka mata ni...uuuhhh...aktif betul la Amalia ni...Aqil dulu tak macam ni. Tapi takpa aku suka tengok gelagat dia. Walaupun letih tapi menghiburkan hati.
Hari ni macam biase Amalia bangun awal lagi...dan pagi2 lagi dah uuukkk..., jadi kena la uruskan dia dulu. Aqil pulak demam, hari ni tak pergi sekolah lah nampaknya, sambung cuti lagi la. Mungkin sebab banyak berjalan cuti 2/3 hari ni. Esok dan lusa Aqil exam...mintak2lah dia sihat lepas makan ubat. Abang pulak takde rumah mulai esok sampai Isnin kerana pergi krusus BTN.
Keje takde chat dengan abang, bincang nak balik Raya haji nanti bila dan naik apa?. Mula2 kami plan nak naik kapalterbang je senang dan tak meletihkan. Sampai kampung sewa je kereta untuk ke mana2. Lagi satu Amalia tak la mengacau papa dia masa tengah drive. Tapi...tangguh punya tangguh nak beli tiket flight...harga dah naik, hampir RM800. Pikir2 sayangnya duit...jadi kami ambik keputusan balik dengan kereta. Balik ikut Kuala Trengganu (KT)dan rehat kat KT dulu semalaman...dok lah kat hotel semalaman. Boleh la abang hilang penat...ok keputusan muktamad balik naik kereta. Masa balik ke sini pun sama singgah la kat Cerating ke? best jugak mesti Aqil dan Amalia suka...
En. Li tak bagi keje lagi pagi ni...dah beritahu dia pasal excel tu yang aku dah siapkan...tapi kena tunggu Shamili datang keje dulu, kena suruh dia double check takut2 ada silap. Ok jugak, sebelum hantar AG biar betul2 ok, nanti figure tu semua orang nak guna.Kalau silap masalah la...nama aku jugak yang naik nanti.

28 October 2008

28 Syawal

Hari ni Amalia macam biasa lah dia bangun awal daripada orang lain. Bangun2 je nak tengok upin dan ipin. Aku bukakkan laktop...dia syok dok tengok upin dan ipin. Aku dok sebelahnya dok pejam celik-pejam celik ngantuk.... Malasnya rasa nak datang keje hari ni...maklum la dah cuti 3 hari. Tapi kena datang jugak, breakfast kat bilik zah...sian dia Ain tak datang lagi (dok tengah honey moon kot...maklum la pengantin baru, semoga berbahagia). Keje aku tak habis2 dengan excel...ada silap lagi...tapi dah siap. Kena mintak kerani (Dilla) tolong cek sekali lagi sebelum dihantar ke AG.
Member2 dok bincang pasal pekerja kontrak yang akan diberhentikan hujung tahun ni. Tunggu je lah...kite tengok bulan depan apa keputusan CUEPAS.

27 October 2008

27 Syawal

Cuti Deepavali. Pagi membasuh dan mengemas rumah. Tengahari pergi openhouse di Kajang, rumah TJ. Balik ke Alamanda. Balik dari Alamanda Amalia mengamuk nak pergi taman...jadi kena la bawak dia pergi main kejap. Uhhhh...esok dah keje...malasnya.

26 October 2008

26 Syawal

Pagi pergi pasar beli makanan untuk breakfast. Pukul 11.30 kami ke Klang, majlis kenduri rumah besan Mok. Balik dari kenduri singgah beraya di rumah Jam. Lepas tu pergi Hotel Quality tempat Wak. Letihnya...rasa hari ni. Sampai Bangi, singgah Bintang beli pampers dan susu Amalia.

25 October 2008

25 Syawal

Pagi pergi pasar dengan anak2 lepas tu ke Lembaga Tabung Haji Bangi. Balik baru breakfast, makan nasi lemak dan kueh. Lepas makan membasuh pulak...Aqil dan Amalia pun sibuk dok main air dan nak basuh kain sama. Papa dia pergi exam IELTS hari ni...semoga berjaya. Lepas siap membasuh tidurkan Amalia...ngantuk sangat kot dia...letak dalam buai terus lena...siap berdengkur lagi. Aku pun tidor sekejap. Ingat nak kemas rumah...sapu habuk2 da kemas mainan Aqil dan Amalia yang bersepah2. Biasenya kemas sekejap...lepas tu bersepah balik. Pospone la esok kot...
Tengahari makan meggie je...ikut perancangan nak pergi rumah Dr. Asiah...tapi tak jadi. Petang pergi studio ambil gambar sempena suami aku konvo untuk master ke2nya. Lepas Asar pergi openhouse dan naik rumah baru di rumah Kak Long (Kak Ayu) di Taman Ramal Ros . Cantiknya...rumah orang. Makanannya pun best, Catering Ghazal di Seksyen 8, BBB. Balik rumah dah nak Maghrib.

24 October 2008

24 Syawal


Pagi ni hujan renyai2...sebelum datang keje bawa Amalia pergi beli nasi lemak. Asyik nak ngikut... je . Lapar rasa hari ni sebab malam tadi tak makan. Malam tadi jiran datang beraya kat rumah (Mok, Ain & Reza). Mereka suka melayan Amalia. Dekat pukul 10 malam baru mereka balik. Sampai je ofis...on PC lepas tu terus ke pantry buat air & makan dengan ofismate sambil berbual pasal rendang jamuan Raya semalam...Gee jumpa lipas dalam rendang tu masa dia nak panaskan semalam di rumahnya. Alamak...nak buat macam mana dah termakan masa jamuan...tak tahu takpa.


Member2 aku dok sibuk bincang pasal isu pekerja kontrak yang hendak diberhentikan perkhidmatan hujung tahun ni. Semua dok risau...macam mana la kalau betul2 kena berhenti. Ada yang dah tiada mood nak buat keje dan ada yang berserah pada keadaan. Yang pasti benda tak confirm lagi...kite tunggu dan lihat je lah macam mana nanti. Tapi aku rasa takan lah Kerajaan sampai hati nak berhentikan orang2 yang dah banyak berjasa (orang lain...tak termasuk aku) kepada Kerajaan dan negara. Rasanya dok kot...???.


En. Razali belum bagi keje pada aku lagi hari ni. Aku kemaskinikan maklumat Hutang Jaminan Kerajaan untuk diemailkan kepada AG.

23 October 2008

Jamuan Raya BPKA












Majlis bermula 11.30 pagi dengan mengadakan mensyuarat KBK. Selepas mesyuarat jamuan Raya diadakan. Makanan tak la banyak. Makanan berlebihan sebab ramai orang tiada. Lepas jamuan, sesi bergambar...kami bergambar sakan, bermacam2 pose. En. Bad jadi jurukameranya. Kelakar pun ada. Selepas sembahyang zohor mata rasa mengantuk laaa pulak...sebab perut kenyang sangat kot. Setiap kali ada jamuan Raya mesti ada sate...aku dah jemu makan sate. Aku bawa balik sikit makanan lebih (lontong, sate n kuah kacang dan rendang daging) boleh bagi Aqil dan Amalia.

Hari ni tak ada kerja sangat...excel dah siap. Rasa boring la pulak petang ni, Shamili dah balik kampung untuk sambut Deepavali. Call Jem tanya pasal blog...ye...ye...aku dah pandai tukar background blog aku. TQ Jem. Kerana Jem la aku pandai buat blog, kalau tidak, tiada la blog aku ni.




















22 October 2008

Bila la nak dapat kerja tetap???

Member2 ramai yang dapat interview...bila la giliran aku...tapi syukur Tuhan bagi juga rezeki kat aku dan keluarga.

21 October 2008

Siap jugak akhirnya

Aku berjaya jugak buat excel...baru tahu macam mana caranya. Walaupun tak seberapa cekap, tapi aku berjaya jugak siapkan keje aku. Alhamdulillah.

20 October 2008

Jamuan Raya bersama Pak Lah & Dato Seri Najib
















Bergambar bersama member kontrak...dan makan sakan sampai tak berhabisan.

Hujung minggu

Sabtu pergi karnival kerjaya di UKM
Ahad dok rumah je...petang bawa Aqil & Amalia pergi seven-E

16 October 2008

Sejuknyaaa...

Hari ni bos cuti lagi...keje takde la...dok chating dan call member2 je. Mata pun rasa ngantuk...pagi tadi bangun sahur, Amalia pun bangun jugak, jadi tak boleh la nak sambung tidor balik. Kena layan dia, pagi2 buta dah suruh buka laktop nak tengok gambar dia...lepas bukak baru duduk diam...aku di sebelah dia terlelap kejap. Lepas tu terjaga Amalia dah uuk...uuk... Dia biase la bangun pagi mesti buang dulu. Lepas uruskan Amalia...aku pun bersiap nak pergi keje. Sebelum pergi keje aku, abg dan Amalia pergi pasar, Aqil dok sedap tidor lagi... Abg nak beli barang untuk buat kari ayam...suruh mok iaitu jiran sebelah buat, sekali dengan pulut kuning. Sedapnyaaa...hari ni abg ada jamuan Raya di Jabatan dia...tapi dia puasa...takpa bagi orang makan dapat pahala. Aku nak buat sendiri takde masa dan susah nanti Amalia kacau...kejap nak dukung...kejap nak itu, nak ini... Sampai opis, buka komputer...lepas tu pergi bilik Ain kejap... Ngantukkknyaaa...
Try isi data dalam excel...sebanarnya tak berapa faham lagi caranya...takpa la try buat dulu...nanti tunjuk ke bos...nak tanya dia cuti pulak hari ni.

15 October 2008



Bos cuti...so keje baru takde la. Siapkan keje semalam. Pagi ada kaji selidik audit (SPAN) di blok selatan. Tengahari lepak bilik Hajar. Petang keje chat je la...hehehe. Nak tengok gambar Amalia tak?

Ni gambar terbaru Amalia, yang baby tu dua pupu dia Nor Irdina Delisha. Belakang tu abangnya yang handsome...Aqil.

14 October 2008

14 Oktober 2008

Abg hantar lagi hari ni...Aqil dan Amalia ikut sama. Sebelum tu hantar Na di Parcel C, dia ada interview hari ni. Ada keje hari ni...ubah slide BPKA. Mula2 macam tak reti, tapi nasib baik Ir dan Sham tolong. Thanks Ir & Sham.

Puasa ke 3...tinggal 3 hari lagi.

13 October 2008

13 Oktober 2008

Hari ni abg kena hantar datang keje, sebab kete aku brek rosak...tengah baiki.
Pagi settle satu keje...10 pagi kena bertugas di bilik operasi, tingkat 10. Catat soalan yang berkenaan dengan Bahagian Kewangan (BPKA) berkenaan bujet 2009. Mula-mula ngantuk jugak, tetapi selepas dengar Dato Seri Anuar Ibrahim berbahas...tiba2 mata terbukak luas dan hilang terus ngantuk. Memang betul cakap beliau...sambung balik 2.30 ptg. Best jugak ada pengalaman macam ni. Walau pun tak berada di dewan parlimen...tetapi macam terasa berada disitu. Hangattt...
Hari ni dah 2 hari aku puasa 6.
Petang sambung perbahasan...best tengok cara Anuar bercakap. Aqil dan Amalia datang ambik aku hari ni...sebelum tu mereka pergi lepak kat Dataran Masjid Putrajaya sementara tunggu aku habis keje. Sampai tertidur Amalia dalam perjalanan balik...letih betul dia. Petang hujan lebat...berbuka ala kadar je. Malam Na datang, kami berbual sampai lewat malam.

10 October 2008

10 Oktober 2008

Rasa sakit kepala...terkejut dari tidor mlm tadi...migrain...Pagi ke cafe dan bilik Ain. Balik bilik takde mood nak buat keje sebab tak tahu sama...jadi aku buat blog hehehe...buat keje sikit2 lepas tu. lagi pun hari ni Jumaat takde mood sangat nak buat keje...

09 October 2008

First Day keje lepas Raya

Banyak keje sedang menunggu...ada jamuan Raya. Fikiran masih ingat kampung, ma dan keluarga yang lain. Aku kerap telefon ma tanya keadaan dia macam mana. Alhamdulillah dah beransur baik. Ramai saudara-mara dan kawan2 ma datang melawat. Buat keje mana yang boleh, yang susah KIV dulu. Balik singgah bintang beli susu Amalia...hujan. Aqil dan Amalia dah menunggu di pagar.

Kenangan Raya

Raya Pertama
Kalau nak cite pasal Raya ni memang banyak...program full sampai tak sempat nak rehat. Raya pertama beraya kat rumah ma aku di Pasir Tumbuh. Pukul 6 pagi dah bangun iron baju raya aku dan anak2. baju suami dah ok tak perlu iron lagi. Ma sibuk kat dapur dok masak lontong...entah pukul berapa ma tidor malam tadi untuk masak rendang dan kuzi untuk makan dengan roti jala yang ditempah dengan jiran. Selepas anak2 bangun aku mandikan mereka dan pakaikan baju baru, comel tengok Aqil pakai baju melayu dan Amalia first time pakai baju kurung (kain sama dengan aku punya), tahun ni tema 'gold'. Aku tak boleh sembahyang raya...cuti. Kemudian tolong ma sediakan juadah untuk dimakan sebelum pergi sembahyang raya. Yang lain semua pergi sembahyang Raya. Tinggal aku, Amalia dan Bja je. Bja sibuk dok isi biskut/kek/kerepek raya di dalam bekas.
Selepas semua balik dari masjid, kami bersalam-salaman memohon ampun dan maaf serta bergambar. Ami guna kamera baru dia. Aku sibuk dok ambik gambar anak2 aku (guna kamera aku). Aku tengok Amalia dah rimas pakai baju kurung, macam panas je... dan dia tak biasa (padahal aku beli kain cotton yang berkualiti dah). Selepas tu kami makan2. Ila dan keluarga datang...bergambar ramai2, kecuali keluarga Eg tiada sebab beraya di Tanah Merah. Kami celebrate birthday Syira dan Asraf (tiup lilin) sekali.
Dalam pukul 9 lebih kami bertolak beraya di kampung ma dan abah. Ziarah saudara-mara di sebelah ma dan abah. Tengahari balik rumah...rehat kat rumah je...tidur semua keletihan. Aku mengemas pakaian untuk pergi rumah sebelah suami aku pulak petang nanti. Petang aku dan keluarga bertolak ke rumah mak sedara suami aku. Tidur sana...malam ada jamuan raya rumah jiran. balik tengok tv dan tak sedar tertidur...esok raya kedua.
Raya Ke 2
Sejuknya nak mandi air telaga...tapi kena mandi jugak...untuk anak2 aku siap masakkan air panas untk mereka. Selepas sarapan kami bersiap dan beraya rumah sedara-mara sebelah suami aku pulak. Kami konvoi 5 buah kereta. Beraya sakan ...letihnya. Aqil suka sebab banyak dapat duit raya...nak kumpul beli mainan katanya. Amalia nampak happy sebab ramai orang melayan dia. Selepas Zohor ke majlis pertunangan adik suami aku (adik mak lain). Lepas maghrib bertolak ke rumah Ila, dia buat openhouse, ramai sedara kami dan sahabat handai dia datang. Lepas tu balik ke rumah ma pulak. Tidooooorrr...letihhhh...
Raya Ke 3
Pagi dok rumah je...membasuh. Pakai baju raya...aku tak puas hati sebab ukurannya besar, tak ikut saiz badan aku. Tak jadi pakai kena baiki balik. Nasib baik yang satu lagi ok. Melambatkan aku je...kena iron 2 kali. Tengahari balik rumah sebelah suami pulak...ada kenduri. Tidor sana pulak...letihhhh. Ramai sedara sebelah suami aku datang ke majlis kenduri tersebut. Malam Ila dan keluarganya datang. Abang pergi reunion di Pantai Sri 7, aku tak ikut...malas malam2, lagi pun Amalia dah tidur. Amalia sedar dan mengamuk nak papa dia. Lama jugak dia menangis...akhirnya dia tertidor. Suami aku entah balik pukul berapa...aku tak sedar.
Raya Ke 4
Pagi makan nasi berlauk...lepas tu pergi Pasir Mas (pergi klinik jap). Balik klinik singgah beraya lagi rumah sedara-mara suami aku. Sebelum tu kami pergi beraya rumah Nana. Lepas makan tengahari...(bestnya... makan sup daging, daging goreng dan daging cicah). Cuaca dah la panas...makan daging banyak pulak, sakit kepala aku. Petang ke rumah untie Zainun...kami dok lama rumah dia...Amalia tidor, Aqil dok syok main games. Tiba2 je aku rasa letih dan pening semacam...sampai muntah2. Malam dalam perjalanan balik ke rumah ma...aku muntah sekali lagi...sakit kepala. Sampai2 je terus tidor...suami aku tolong picitkan kepala aku...lega sikit rasanya. Lepas tu ma aku pulak tolong picit. Anak2 aku pun keletihan...tidor awal. Lepas makan ubat aku muntah sekali lagi...baru rasa lega semua dah keluar. Letih sangat dan makan macam-macam kot hari ni. Rasa serik dah nak berjalan esok...suami aku beritahu esok rehat je la, tak payah ke mana2.
Raya Ke 5
Dok rumah je...kepala rasa pening lagi. Membasuh. Berbual dengan ma dan adik-beradik aku. Tengok tv. Petang, kami pergi tengok kebun kami di Pasir Hor. Balik singgah jumpa kawan suami aku di HUSM. Malam tengok tv dan berbual2 dengan ahli keluarga aku.
Raya Ke 6
Hari ni ma masuk wad HUSM untuk pembedahan tyroid esok. Risau jugak aku...walaupun pun pembedahan kecil tapi perasaan ni bedebar jugak. Lepas ma pergi HUSM dengan Wak dan abah. Kami dan Bja ke KB...beli tudung lagi dan makan2. Lepas tu balik kg suami aku bawa Amalia berubat cacing dan gatal2. Singgah rumah mak sedara dia jap. Balik singgah TESCO...besar jugak, beli barang sikit. Balik dari TESCO singgah HUSM tengok ma. Ma dok rehat je. Balik...malam tengok tv.
Raya Ke 7
Tinggal aku, Aqil dan Amalia je. Suami aku pergi uruskan pasal tanah di kampung dia. Yang lain pergi hospital. Ma nak dibedah pada pukul 10 pagi. Aku membasuh dan mengemas apa yang patut. Pukul 10.30 terima panggilan dari Bja, ma hendak di bawa masuk ke dewan bedah...bedebar jantung aku...aku bercakap dengan ma semoga semuanya selamat, tak putus2 aku berdoa. Takut jugak aku dibuatnya. Aku dok bayangkan keadaan ma sekarang (masa dibedah). Dalam pukul 1 suami aku balik. Kami bersiap ke HUSM. Sampai sahaja di HUSM jatung aku bergerak kencang...risau dan macam2 bermain difikiran. Sampai depan dewan bedah...ahli keluarga aku dan ramai sedara-mara dok menunggu ma yang sedang dibedah. Amalia dok tak diam ke hulur ke hilir dia berjalan...kami semua suka tengok gelagat dia. Hilang sikit perasaan takut dalam hati ini. Kami semua dok menunggu dan kerap menjenguk ke bilik bedah, tapi ma tak keluar2 lagi. Lepas seorang2...ramai yang dah keluar...tapi ma belum lagi...makin bedebar rasanya. Dok hospital ni rasa takut tengok pelbagai penyakit...rasa insaf pun ada. Dalam pukul 5 aku lihat dua orang jururawat sedang menguruskan seorang pesakit yang baru dibawa kaluar dari bilik bedah...Bja adik aku tanya siapa nama pesakit itu...jururawat tu beritahu Rokiah Mohamed Noor...ya ma aku baru selesai menjalani pembedahan. Ya Tuhan semoga ma aku selamat...aku, Bja dan mak sedara aku masuk tengok ma. Ma sudah sedarkan diri tetapi masih lemah kerana ubat bius masih terasa. Aku cuba memanggil ma tapi tak menyahut...mungkin ma dengar tapi tak boleh menjawab panggilan ku. Aku mengusap kepala ma...kesian ma rasa nak menangis pun ada. Aku bercakap dengan jururawat yang ada, aku tanya dia pukul berapa pembedahan dilakuka, dia beritahu 11.40 pagi sampai la sekarang (pukul5 lebih). Lamanya aku kata. Aku mintak tengok apa yang dibuang dari leher ma aku. Macam hati ayam tapi berurat. Bja siap ambik gambar. Kami bergilir2 tengok ma. Lepas tu ma di bawa masuk wad 4 Timur. Badan ma masih lemah, ma pening2 dan muntah. Wayer masih ada dileher ma...kelihatan darah mengalir keluar. Kami semua berada disisi ma untuk memberi semangat kepada ma.
Selepas keadaan ma nampak ok, aku mintak balik dulu nanti malam aku datang balik jaga ma sebab esok aku akan ke Bangi dah. Nak kena balik mengemas dulu dan tidorkan Amalia. Aku mengucup dahi ma dan balik. Balik aku masak untuk adik2 dan mengemas apa yang patut. Dalam 9 lebih pergi ambik Ila (adik aku yang berkerja sebagai guru di GM) dia tak tengok lagi ma, tapi kerap telefon bertanyakan keadaan ma siang tadi. Kami ke HUSM tengok ma, untie zainun sambut kami. Abah setia menunggu ma diluar bilik. Moksu imah dok jaga ma. Keadaan ma nampak ok sikit daripada siang tadi...tapi ma dahaga dan lapar...Dr. tak bagi minum atau makan selagi ma tak hilang pening... takut nanti efek lain. Ila bawa anak2 dia, jadi dia tak boleh lama2 di situ. Dia balik dulu dengan moksu dan poksu. Aku jaga ma dengan Bja. Aku urut ma dan sapu air zam2 pada bibir ma...kesian ma tak boleh minum atau makan...dah la berpuasa dari malam semalam lagi...aku nasihatkan ma supaya bersabar...kalau dah hilang pening baru minum. Untie Zainun ketua jururawat di HUSM, dia terpaksa bertugas ronda seluruh HUSM. Aku dan Bja menggosok ma dengan minyak angin. Aku menjaga ma sampai pukul 12 je, lepas tu aku balik, sebab esok nak balik Bangi dah. Aku beritahu ma pagi esok aku datang lagi. Wak menunggu di bawah dengan Abang Rahim. Ami datang jugak tapi tak boleh masuk ramai2. Ami balik. Balik aku terus tidor...letihhhh...
Raya Ke 8
Bangun awal mengemas barang2, kami nak balik Bangi hari ni. Sebelum balik aku singgah rumah Ila jap, kemudian ke HUSM lawat ma sebelum kami balik. Keadaan ma beransur baik dan ma dah boleh minum dan makan. Lega aku tengok keadaan ma. Kami bersalam dan bertolak balik Bangi. Abah ahntar kami ke kereta. Kalau ikutkan hati tak sampai hati nak balik dalam keadaan ma macam tu. tapi apa boleh buat bekerja dengan orang (Gomen). Suami aku pun sepatutnya dah ada kelas hari ni. Cuti aku pun tinggal berapa hari je lagi. Dalam perjalanan aku call Bja beberapa kali tanya keadaan ma macam mana. Aku tidor...keletihan dan ngantuk. Kami singgah makan nasi di masjid Sg. Koyan. Amalia mula2 ok...lepas tu mengamuk nak duduk atas riba papa dia...suami aku berhenti jap dan dukung dia. Lega sampai di KL dah...singgah beli McD. Sampai rumah dalam pukul 5 lebih cuaca sejuk baru lepas hujan. Mok, jiran sebelah menyambut kami. Aku mengemas sikit2 dan kami semua tidor awal kerana keletihan...ini la cerite raya aku 2008 dan keluarga. Ada suka dan duka. Syukur semuanya selamat. Terima kasih Tuhan. Esok dah mula keje...malasnya...pikiran dok ingat kampung lagi (terutamanya pada ma). Aku call lagi tana keadaan ma dan yang lain2.

HaRi BuAt KeTuPaT

Bangun sahur...makan nasi goreng dengan teh O panas...sedap!!! lepas sahur tak tidur dok berbual dengan keluarga aku. Ami dok sibuk tunjuk kamera yang Wak beli untuknya RM3000.00 lebih.
Dalam pukul 10 kami ke bandar KB, Bja ikut sama. Aku pergi beli tudung untuk dipadankan dengan baju raya dan untuk keje sekali. Lepas tu terus ke kedai emas...suami aku belikan rantai yang harganya RM3***.00. Thanks to my husband. Bandar KB makin sesak sebab ramai perantauan dah balik dan ramai yang nak buat persiapan terakhir untuk raya esok. Balik...tunjukkan ke ma rantai yang abang beli...ma tolong pakaikan. Petang masak untuk berbuka hari terakhir posa ni. Best makan ramai-ramai. Licin makanan. Malam Aqil dan sepupunya main bunga api. Ma dan abah pergi rumah untie zainun untuk ambik ketupat raja yang ma tempah. Eg's family balik Tanah Merah. Abang dok melayan Amalia. Ila balik rumah dia yang dekat dengan rumah ma. Ingat nak tengok tv rancangan raya tapi mata ngantuk...tidur awal jugak. Semua gembira sebab esok Hari Raya.
Tamat sudah Ramadan untuk tahun ini semoga Allah terima amalan aku dan keluarga dan kami dapat beraya dengan selamat dan bahagia. Semoga berjumpa pulak untuk Ramadan tahun hadapan.

Puasa ke 28 & 29

Pagi aku, suami dan Aqil pergi menziarah kubur arwah anak aku Muhammad Arfan Iman di Perkuburan Sg. Tangkas yang telah meninggal disebabkan oleh 'polysistic kidney'. Aku sempat bersamanya hanya 33 jam sahaja selepas bersalin, itu pun dengan bantuan mesin pernafasan. Sedih terasa kalau teringat semasa aku di HKL dan saat2 nyawa anak aku hendak diambil oleh Yang Maha Esa pada 16 Jun 2004. Hanya Tuhan je yang tahu bagimana perasaan aku dan suami pada masa itu. Nasib baik ada ma, abah dan Wak serta adik-beradik aku menemani aku dan suami. Takan aku lupa saat dan detik itu sampai bila2. kalau ke HKL perasaan yang sama akan aku alami. Suami aku cepat tersentuh kalau teringatkan saat2 itu sebab dia menyaksikan bagaimana para doktor merawat anak aku dengan menebuk situ...sini...kesiannnn...dia tengok keadaan anak aku masa tu, kerana selepas melahirkan anak aku doktor terus bawa lari ke ICU untuk memberi rawatan kecemasan (Ya Allah tabahkan... hati hamba Mu ini). Kami menghadiahkan surah Al-Fatihah dan surah Yassin kepada arwah dan diakhiri dengan siraman air ke pusara anak aku. Kalau anak aku masih hidup umurnya sekarang lebih kurang 4 tahun 3 bulan. tapi Tuhan lebih menyayanginya. Aku redha semoga roh anak aku dicucuri RAHMAT, Amin. Aqil siap bercakap dengan adik dia lagi, dia beritahu kami nak balik kampung esok...dan Aqil menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada adiknya. Aqil masa tu umur 2 tahun, tapi dia ingat masa arwah meninggal tu...dan dia selalu bertanya pasal arwah. Terasa sedih la pulakkk...
Lepas menziarah kubur anak aku...balik singgah pasar jap. Lepas tu dok rumah je...mengemas.Suami aku ada kelas OUM pada petangnya. Selepas suami aku balik aku dan Aqil ke warta dan pasar ramadan. Tak ramai dah yang berniaga...ramai dah balik kampung. Amalia suami aku jaga.
Malam cek barang2 yang nak dibawa balik kampung dan letak kat ruang tamu siap2. Bangun sahur dan terus bersiap nak balik kampung...bestnya...anak2 aku pun bangun awal tak sabar2 nak balik kampung.
Puasa ke 29
Selepas subuh kami bertolak. Aqil dan Amalia siap nyanyi lagu ooo...ooo...balik kampung...happy anak2 aku. Dalam perjalanan ok je, jalan tak jam sebab ramai yang dah balik...singgah di Masjid Sg. Koyan untuk sembahyang dan bagi anak2 makan. Nasib baik Amalia tidor sepanjang perjalanan dan tak meragam. Meragam kejap je sebelum tidur...biasa la dia nak buai...nak buai...sampai Kelatan lega rasa dah selamat... sampai kampung suami aku hampir nak pukul 2. Kami rehat jap dan petang pergi ke pasar ramadan di cabang empat Tumpat...bestnya tengok makanan rasa semua nak beli...nampak sedap semuanya...tapi beli apa yang patutnya. Balik singgah rumah Kak Yah tukang jahit...pergi ambik baju raya...tapi satu pun tak siap lagi. Kak yah janji esok siap. Hari ni berbuka kat rumah mak sedara suami aku ni.
Lepas berbuka dan sembahyang Maghrib balik rumah aku di Pasir Tumbuh, tak sabar nak jumpa ma, abah dan adik-beradik aku...maklum lah setahun dah tak balik. Tengok rumah dah lain, dah renovate. Abah keje, ma pergi terawih...yang ada Bja dan Ila dan anak2 serta Eg's family. Aqil tak sabar2 nak jumpa Asraf, sepupu dia nak main bunga api. Aqil main bunga api dengan sepup dia, Amalia mula2 tak happy sebab bagi dia ni tempat baru...dulu dia kecik tak tahu apa lagi. Menangis jugak dia mula2...lama-kelamaan ok dan sibuk nak tengok orang main bunga api. Berbual dengan Bja sambil tunggu ma balik terawih. Letih rasa...kami tidur awal malam ni.

Puasa ke 27

Puasa ke 27, pagi basuh kain dulu dan lepas tu kami pergi Hotel Quality kat Shah Alam jumpa Wak (Abang aku, nama sebenarnya Murad) dan Ami (adik)...hantar pinggan milamie yang aku beli kat langkawi, nak suruh Wak bawa balik kampung...sebab kete aku dah tak muat nak bawa dua2 kotak sekali. Wak suruh pilih baju yang ada dikedai dia untuk anak2 aku, dan aku pilih untuk anak2 sedara yang lain sekali. Abang aku memang kuat buat bisness...kalau tidak tak boleh lah dia nak pakai BMW. Tetapi satu je takde orang rumah...bila la dia nak kawin? Dulu bisness perfume je, sekarang jual baju import pulak. Pukul 12 lebih balik. Malam packing barang2 untuk balik kampung. Rasa tak sabar dah nak balik kampung. Tahun ni keluarga aku balik lewat sekali, yang lain dah balik. Kalau ikut tahun2 sebelum ni family aku laaaa yang balik paling awal dan datang paling lewat sebab aku tak keje dulu dan suami aku boleh cuti bila2 masa je fleksibel. Petang berbuka ala kadar je. Malam kemas apa2 yang patut.